25/09/2026
Assalamualaikum
salam Jumaat
Jumaat datang lagi…
Sebentar tinggalkan urusan dunia, datang menghadap Allah. Kita sibuk mengejar rezeki, bekerja siang dan malam, sampai kadang-kadang terlupa siapa yang memberi rezeki itu.
Jangan terlalu sibuk mengejar dunia hingga terlupa bekalan untuk akhirat.
Luangkan masa untuk Solat Jumaat. Semoga langkah kita ke masjid hari ini menjadi sebab Allah permudahkan urusan, lapangkan hati dan berkati rezeki kita.
Jangan tinggalkan Solat Jumaat. Dunia boleh menunggu, tetapi panggilan Allah jangan kita abaikan. 🤲🏻