Majlis Daerah Sabak Bernam

Directions Website Contact the organization

Majlis Daerah Sabak Bernam Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) adalah salah sebuah daripada 12 Pihak Bekuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor

🏃‍♂️🌿 JOM MERIAHKAN LARIAN LESTARI 2026! 🌿🏃‍♀️💚 PERKASA BIODIVERSITI, LESTARI ALAM 💚Ayuh warga Sabak Bernam, Selangor da...
04/11/2026

🏃‍♂️🌿 JOM MERIAHKAN LARIAN LESTARI 2026! 🌿🏃‍♀️

💚 PERKASA BIODIVERSITI, LESTARI ALAM 💚

Ayuh warga Sabak Bernam, Selangor dan seluruh Malaysia! Jom sertai LARIAN LESTARI 2026, sebuah program yang menggabungkan gaya hidup sihat, semangat kebersamaan dan kecintaan terhadap alam sekitar! 🌾🌳

Bukan sekadar larian, tetapi satu pengalaman penuh keseronokan bersama keluarga, rakan-rakan dan komuniti dalam suasana yang meriah!

📅 Tarikh: 12 Disember 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 7.30 pagi
📍 Lokasi: SK Seri Sekinchan
🏃‍♂️ Jarak: 5KM

🎁🔥 *CABUTAN BERTUAH LUMAYAN MENANTI ANDA!*

💰 RM1,000 TUNAI
🥇 GOLD BAR – 2 PEMENANG
💵 RM300 – 2 PEMENANG
💵 RM200 – 2 PEMENANG
💵 RM100 – 5 PEMENANG
💵 RM50 – 10 PEMENANG

🏆 HADIAH KHAS PENYERTAAN TERBANYAK!

🏢 Kategori Jabatan/Agensi – RM200
👨‍👩‍👧‍👦 Kategori Keluarga – RM200
🤝 Kategori Pemimpin Komuniti – RM200

🔥 JANGAN TUNGGU LAGI!

Jom ajak keluarga, sahabat handai, rakan sekerja dan seluruh komuniti untuk sama-sama memeriahkan program ini.

🌿 Berlari untuk kesihatan, melangkah demi kelestarian!

📌 *TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 20 NOVEMBER 2026*

📲 DAFTAR SEKARANG! Melalui links dibawah:
https://forms.gle/W1JggGGgz1WeZsCF8

📞 Sebarang pertanyaan (WhatsApp sahaja): 019-586 5134

💚 SATU LANGKAH UNTUK KESIHATAN, SERIBU MANFAAT UNTUK KELESTARIAN!

🏃‍♂️ LARIAN LESTARI 2026 – JUMPA ANDA DI GARISAN PERMULAAN! 🏁

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 (𝐇𝐏𝐁𝐒) 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍4 November 2026 – Sambutan Hari Perancangan Ban...
04/11/2026

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 (𝐇𝐏𝐁𝐒) 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍

4 November 2026 – Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2026 Peringkat Kebangsaan telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Majlis perasmian sambutan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Penganjuran pada tahun ini turut menyaksikan peluncuran Rancangan Fizikal Negara Kelima (RFN5) dan Dasar Perbandaran Negara Ketiga (DPN3) oleh Perdana Menteri sebagai antara dokumen dasar strategik yang menjadi panduan dalam memperkukuh hala tuju pembangunan fizikal negara serta agenda pembangunan bandar yang mampan, inklusif dan berdaya tahan. Majlis turut diserikan dengan penyampaian beberapa anugerah sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan dalam bidang perancangan bandar dan pembangunan mampan.

Hadir mewakili Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) ialah YBrs. Tuan Awaluddin bin Zakaria, Yang Dipertua MDSB, bersama TPr. Roslan bin Amat Zainal, Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MDSB, En. Mohd Shahril bin Mohammad Shah, Ketua Unit Pusat Setempat (OSC) MDSB dan En. Faisol bin Paduli, Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa MDSB.

PENGIKTIRAFAN MDSB MELALUI MALAYSIA URBAN PLANNING AWARDS (MUPA) 2026

Lebih membanggakan, MDSB telah menerima pengiktirafan menerusi Malaysia Urban Planning Awards (MUPA) 2026 bagi kategori Anugerah Penarafan Smart City 2026 – peringkat Early Adopter. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Penerimaan pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian bermakna buat MDSB serta mencerminkan komitmen dan usaha berterusan pihak berkuasa tempatan dalam memperkukuh agenda bandar pintar melalui penerapan teknologi, inovasi dan pendigitalan dalam sistem penyampaian perkhidmatan serta tadbir urus perbandaran.

Sambutan HPBS 2026 yang mengangkat tema “Bandar Kita, Masa Depan Kita” dengan aspirasi “Bersama Melakar Malaysia Makmur, Berdaya Tahan dan Sejahtera” merupakan platform penting dalam meningkatkan kesedaran serta memperkukuh komitmen semua pihak terhadap kepentingan perancangan bandar yang strategik, inklusif dan mampan.




TAHNIAH PEMENANG HADIAH UTAMA CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN MDSB 2026Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) telah mengadakan...
03/11/2026

TAHNIAH PEMENANG HADIAH UTAMA CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN MDSB 2026

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Utama Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MDSB kepada pemenang bertuah yang telah terpilih melalui kempen pembayaran cukai taksiran menggunakan platform e-Bayar MDSB.

Pemenang hadiah utama sebuah motosikal merupakan antara pembayar cukai taksiran yang telah membuat pembayaran bil cukai taksiran bagi tempoh setahun penuh melalui kemudahan e-Bayar MDSB sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Encik Khirun bin MD Shah (Wakil Isteri) atas kejayaan membawa pulang hadiah utama.

Inisiatif ini merupakan salah satu usaha MDSB dalam menggalakkan pembayaran cukai taksiran secara digital, di samping menghargai komitmen dan sokongan para pembayar cukai dalam bersama-sama menyumbang kepada pembangunan daerah Sabak Bernam.

💻 Bayar Cukai Taksiran Melalui e-Bayar MDSB. Mudah dan Pantas.

Terima kasih atas sokongan anda.

KEROSAKAN ALAT PERMAINAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAKTerdapat 4 Unit Kerosakan Tempat Buaian kanak-kanak di Taman Bayu de...
03/11/2026

KEROSAKAN ALAT PERMAINAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK

Terdapat 4 Unit Kerosakan Tempat Buaian kanak-kanak di Taman Bayu dengan kos kerugian hampir RM 2,000.00. Taman permainan ini telah siap dibina pada tahun 2018.

kami ingin memaklumkan bahawa kemudahan awam yang disediakan adalah untuk kesejahteraan semua penduduk, tanpa mengira latar belakang. Apabila buaian ini dirosakkan dengan sengaja, ia bukan sahaja meragut kegembiraan kanak-kanak bermain, malah membebankan pihak pengurusan untuk membaiki semula. Kami amat menyanjungi penduduk yang sentiasa menjaga keutuhan fasiliti menggunakannya dengan cermat. Kami menyeru agar kita semua mengamalkan sikap 'rasa memiliki' terhadap kemudahan yang disediakan.



PERHIMPUNAN BULANAN MDSB BIL. 11/2026pada 3 November 2026 (Selasa) bertempat di Dewan Seri Bernam telah diadakan Perhimp...
03/11/2026

PERHIMPUNAN BULANAN MDSB BIL. 11/2026

pada 3 November 2026 (Selasa) bertempat di Dewan Seri Bernam telah diadakan Perhimpunan Bulanan MDSB Bil. 11/2026 yang menghimpunkan barisan pengurusan serta seluruh warga kerja MDSB . Penganjur perhimpunan kali ini adalah Jabatan Kejuruteraan. membawa tema “Integriti Kita, Nilai Kita"

Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Ts. Mohd Firdaus bin Ahmad Nor, Pengarah Jabatan Kejuruteraan, MDSB. Ucapan perhimppunan bulanan telah disampaikan oleh Tuan Awaluddin bin Zakaria, Yang Dipertua MDSB.

Selain memperbaharui Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Penjawat Awam bulunan, perhimpunan turut menyaksikan beberapa penyampaian hadiah untuk penyertaan Johan di Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS), Anugerah Khas PBT Inklusif OKU Selangor 2026, Hadiah Pertandingan Tarik Tali Sempena Hari Sukan Negara dan Hadiah Tarik Tali anjuran Komuniti Hulu Selangor 3.0

Penganjur juga menyediakan hadiah untuk kuiz integriti dan kuiz kumpulan inovasi. majlis diakhiri dengan jamuan sarapan pagi.


PROGRAM PEMERKASAAN DAN PENGUKUHANMAJLIS DAERAH SABAK BERNAM (MDSB) SIRI 3 TAHUN 2026📅 Tarikh: 30 Oktober hingga 1 Novem...
02/11/2026

PROGRAM PEMERKASAAN DAN PENGUKUHAN
MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM (MDSB) SIRI 3 TAHUN 2026

📅 Tarikh: 30 Oktober hingga 1 November 2026 (Jumaat–Ahad)

📍 Tempat: Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor

Program Pemerkasaan dan Pengukuhan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) Siri 3 Tahun 2026 telah diadakan sebagai usaha memperkukuh pembangunan warga kerja serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan organisasi.

🎯 OBJEKTIF PROGRAM

🤝 Memperkukuh kerjasama dan komunikasi berkesan dalam kalangan warga kerja bagi memastikan penyelarasan tugas serta penyampaian perkhidmatan berjalan dengan lancar.

🌟 Meningkatkan motivasi, semangat kekitaan dan komitmen terhadap organisasi bagi membentuk warga kerja yang proaktif serta berorientasikan kecemerlangan perkhidmatan.

🧠 Membina ketahanan mental dan emosi supaya warga kerja lebih bersedia mengurus tekanan, menangani konflik serta menghadapi cabaran tugas di lapangan.

Antara pengisian program adalah Kursus Komunikasi Berkesan dan Pengurusan Konflik yang telah dikendalikan oleh Encik Luqman bin Mohd Yusop, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam. Selain itu, aktiviti fizikal merentas hutan, berkayak dan aktiviti berkumpulan turut diadakan. Turut diadakan slot Refresh & Refocus Undang-Undang Kecil (UUK) MDSB yang disampaikan oleh Puan Nur Suhada binti Bakri, Penolong Pegawai Undang-Undang MDSB.

Tuan Mohd Azreen bin Ariffin, Setiausaha MDSB telah menyampaikan amanat kepada semua yang terlibat. Beliau menekankan kepentingan semangat berpasukan, komunikasi berkesan serta sikap saling menghormati dalam melaksanakan tugas. Beliau turut menyeru seluruh warga kerja agar sentiasa berdisiplin, berintegriti dan komited terhadap tanggungjawab yang diamanahkan.

Secara keseluruhannya, penganjuran program ini merupakan inisiatif MDSB untuk membentuk pasukan kerja yang saling menyokong, berdaya tahan dan komited terhadap tanggungjawab. Semangat kerjasama serta nilai positif yang diterapkan diharapkan dapat diterjemahkan dalam pelaksanaan tugas harian bagi menyokong penyampaian perkhidmatan yang cekap, responsif dan berkualiti kepada masyarakat.


02/11/2026
01/11/2026

Jom semua, esok kami tunggu anda semua ya! Jimat sangat tau!





31/10/2026

31 Oktober 2026 ~

KENYATAAN AKHBAR

Dengan ini dimaklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, kini gering akibat dijangkiti virus Influenza A.

Menurut doktor-doktor peribadi yang merawat Baginda, YBhg. Dato Setia Dr Anuar Onah dan YBhg. Dato Setia Dr Tan Hui Meng, gejala jangkitan mula dikesan pada pagi Jumaat, 30 Oktober 2026, apabila Baginda mengalami demam panas yang tinggi serta lemah anggota badan.

Berdasarkan penilaian mereka, Baginda berkemungkinan mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis keramaian dan berinteraksi dengan orang ramai, termasuk di kawasan terbuka.

Alhamdulillah, keadaan kesihatan Baginda kini beransur pulih, namun Baginda masih mengalami demam. Sehubungan itu, doktor-doktor yang merawat menasihatkan agar Baginda berehat dan tidak menghadiri sebarang majlis bagi tempoh lima hingga tujuh hari bagi membolehkan Baginda pulih sepenuhnya.

Susulan perkembangan terbaharu ini, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor, yang dijadualkan berlangsung pada Ahad, 1 November 2026, ditangguhkan ke hari Sabtu, 7 November 2026.

Semua pihak yang terlibat dimohon mengambil maklum mengenai perubahan tarikh tersebut. Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan segera kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor serta melimpahkan kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan kepada Baginda.

ISTANA ALAM SHAH
31 Oktober 2026

Pada 30 Oktober 2026, Tuan Mohd Azreen Bin Ariffin Setiausaha MDSB telah menghadiri Majlis Sanjungan Budi SUKMA XXII & P...
30/10/2026

Pada 30 Oktober 2026, Tuan Mohd Azreen Bin Ariffin Setiausaha MDSB telah menghadiri Majlis Sanjungan Budi SUKMA XXII & PARA SUKMA Selangor 2026.

Majlis ini adalah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada pihak-pihak yang telah memberikan kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan temasya SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026.

Majlis Sanjungan Budi SUKMA XXII & PARA SUKMA Selangor 2026 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.


Address

Sungai Besar

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Sabak Bernam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Daerah Sabak Bernam:

Shortcuts

Share

Nearby government services