Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia

Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia

Share

Peneraju kecemerlangan tadbir urus badan sukan di Malaysia. Mewujudkan suasana kondusif kepada semu

31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku

Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Sembah Takzim daripada:
Seluruh Warga Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia

31/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK

Seluruh warga Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak buat semua penganut agama buddha di Malaysia.

Bersama-samalah kita terus menyebarkan kasih sayang, belas kasihan, dan hidup dalam keharmonian sesama insan. Semoga kita semua diberkati, dikurniakan kesihatan yang baik dan ketenangan jiwa.

30/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI

Seluruh warga Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Semoga sambutan pesta menuai tahun ini membawa limpahan rezeki, kebahagiaan, dan kedamaian yang berpanjangan kepada kita sekeluarga.

Selamat menyambut Hari Gawai kepada komuniti Dayak di mana sahaja anda berada. Semoga keharmonian, keamanan, dan kemakmuran sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita sekeluarga.

28/05/2026

PEMAKLUMAN PENYELENGGARAAN SISTEM eROSA

Sistem eROSA akan ditutup bagi tujuan kerja-kerja penyelenggaraan dan safety calibration bermula pada 30 Mei 2026 sehingga 2 Jun 2026. Sistem eROSA akan dibuka semula pada 3 Jun 2026.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, tuan/ puan boleh menghubungi pejabat di talian 03-8994 4800 (PJS HQ) 088-762232 (PJS Rantau Sabah) 082-237542 (PJS Rantau Sarawak) atau melalui emel [email protected].

26/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H/ 2026M

Seluruh warga Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat islam.

Semoga keberkatan Aidiladha ini membawa keberkatan, kedamaian, dan kebahagiaan kepada anda dan seisi keluarga.

Photos from Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia's post 25/05/2026

PROGRAM PENDAFTARAN KELAB DAN BENGKEL MYKB ANJURAN PRESTIGE UNITED FOOTBALL CLUB

23 Mei 2026,Kompleks Sukan Ranau,Sabah- Prestige United Football Club telah menjemput Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah untuk bekerjasama dalam menganjurkan Program Pendaftaran Kelab dan Bengkel MYKB.

Program ini bertujuan memberi pendedahan serta bantuan kepada kelab dan badan sukan berkaitan proses pendaftaran sukan yang sah di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia, di samping meningkatkan kefahaman mengenai laporan MYKB dalam pengurusan organisasi sukan.

Sebanyak lapan kelab sukan penaja terlibat dalam sesi pendaftaran kelab, manakala tiga badan sukan telah menyertai Bengkel MYKB yang diadakan sepanjang program berlangsung.

Kerjasama antara Prestige United Football Club dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah ini diharap dapat memperkukuhkan pengurusan serta pentadbiran sukan di peringkat akar umbi, selain membantu memastikan setiap organisasi sukan beroperasi secara lebih teratur, profesional dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Program ini juga menjadi platform penting dalam memperkasakan pembangunan sukan di Negeri Sabah serta memperkukuhkan hubungan antara pihak Pejabat dan badan sukan di Sabah.

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Fedrius bin Jumi, Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah dan turut disaksikan oleh Encik Jossie Langkait, Presiden Prestige United Football Club.

Photos from Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia's post 21/05/2026

KOTA KINABALU, 21 Mei 2026-Seramai 128 peserta menyertai Kursus Asas Pengurusan Badan Sukan Baharu Berdaftar yang dianjurkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah bagi memperkukuh pengurusan dan tadbir urus badan sukan baharu.

Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang itu memberi fokus kepada pengurusan perlembagaan, pematuhan dokumen, pengurusan kewangan serta akses bantuan kewangan kerajaan.

Peserta turut mengikuti beberapa slot berkaitan pengurusan pertikaian badan sukan, penyediaan dokumen MYKB, asas kewangan dan bantuan kewangan badan sukan negeri yang dikendalikan oleh pegawai daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada badan sukan baharu supaya dapat mengurus organisasi secara lebih sistematik, profesional dan mematuhi peraturan ditetapkan.

Photos from Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia's post 20/05/2026

LIBAT URUS SPRM BERSAMA PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA BERKENAAN PENGURUSAN ORGANISASI

Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia telah menerima kunjungan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung aspek tatakelola berkaitan amalan, sistem dan tatacara pengurusan organisasi.

Pejabat ini menegaskan bahawa semua badan sukan perlu melaksanakan pengurusan organisasi secara teratur dan telus, selaras dengan peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa.

Sesi bersama SPRM ini diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada usaha Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dalam memperkukuh pelaksanaan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576], sekali gus memastikan ekosistem sukan negara terus berkembang dengan integriti dan profesionalisme.

Photos from Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia's post 20/05/2026

SESI TAKLIMAT KEPADA JAWATANKUASA AD HOC PERSATUAN PICKLEBALL MALAYSIA (MPA)

Pesuruhjaya Sukan Malaysia telah memberikan taklimat kepada Jawatankuasa Ad Hoc yang akan menguruskan Persatuan Pickleball Malaysia (MPA) sementara menunggu keputusan Menteri terhadap rayuan penggantungan pendaftaran MPA.

Menteri telah melantik Jawatankuasa Ad Hoc pada 11 Mei 2026 di bawah seksyen 22 Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] yang akan menguruskan hal ehwal MPA semasa dalam tempoh penggantungan.

Terdahulu, MPA telah digantung pendaftarannya pada 27 Fabruari 2026 apabila mengalami isu tadbir urus yang serius.

Photos from Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia's post 19/05/2026

PROGRAM LIBAT URUS DAN SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) telah melaksanakan Program Libat Urus dan Santai Bersama Pelanggan (SBP) bersama Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) pada 18 Mei 2026 bertempat di Ar-Riyadah Residence, Kuala Terengganu, Terengganu.

Tujuan sesi libat urus diadakan adalah untuk memberi pencerahan, panduan serta penyampaian maklumat yang lebih jelas dan berkesan kepada PBSNT dan badan-badan gabungan berhubung keperluan pematuhan, pengurusan badan sukan serta tatacara pelaksanaan yang berkaitan selaras dengan peruntukan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576].

Terima kasih kepada semua badan gabungan PBSNT dan pengunjung yang hadir bagi mendapatkan pelbagai khidmat nasihat, tadbir urus badan sukan daripada pegawai PJS sepanjang program berlangsung.

Want your business to be the top-listed Government Service in Sungai Besi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Sungai Besi

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30