08/08/2026
BILA NAK MAKAN UBAT?
Persoalan yang biasa diterima daripada pesakit ialah, ubat ni nak makan sebelum atau selepas makan?
Sebenarnya,masa untuk makan ubat bergantung kepada sifat ubat tersebut.
Ada ubat yang perlu keadaan perut yang berasid untuk membolehkan ia dapat diserap dengan berkesan.
Ada p**a ubat yang tidak boleh keadaan berasid. Dan ada p**a ubat yang tidak kisah sama ada keadaan perut berasid atau tidak.
Sifat-sifat ini lah yang menentukan masa untuk anda mengambil ubat sama ada sebelum makan, selepas makan atau pun tidak kisah sama ada sebelum atau selepas makan.
Jadi, sentiasa bertanya kepada pegawai farmasi anda sewaktu mengambil ubat untuk memastikan anda mendapat kesan yang optimum daripada pengambilan ubat tersebut.
Naquiddin
Pegawai Farmasi bertugas
😁😁😁😁😁