Polis Trafik Kuala Muda

Directions

Polis Trafik Kuala Muda All about the traffic management around Kuala Muda

01/10/2026
28/09/2026

[HEBAHAN] LTdL 2026: PENUTUPAN LALUAN PERINGKAT KETIGA

Sempena Kejohanan Lumba Basikal Antarabangsa Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026, penutupan jalan akan dilaksanakan bagi peringkat ketiga bermula di negeri Kedah dan berakhir di Perak esok, 29 September 2026.

Bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan yang dirancang, orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi arahan pegawai bertugas dan menggunakan laluan alternatif yang disediakan bagi melancarkan pergerakan semasa kejohanan berlangsung.

Sumber: Sekretariat Le Tour de Langkawi 2026 dan Majlis Sukan Negara Malaysia

26/09/2026
06/09/2026

BERBASIKAL DI JALAN RAYA: KENALI LALUAN, FAHAMI RISIKO

Tidak semua jalan raya sesuai untuk aktiviti berbasikal. Lebih-lebih lagi lebuh raya yang direka untuk pergerakan kenderaan pada kelajuan tinggi.

Penunggang basikal perlu mengetahui di mana boleh dan di mana tidak boleh berbasikal, serta memahami risiko yang bakal ditanggung sekiranya berlaku kemalangan.

⚠️ Perbezaan kelajuan antara basikal dan kenderaan bermotor amat tinggi.
⚠️ Kesilapan kecil boleh mengundang kemalangan serius.
⚠️ Kemalangan di lebuh raya boleh mengakibatkan kecederaan parah, malah meragut nyawa.

Jangan kerana mahu meneruskan kayuhan, nyawa sendiri dipertaruhkan.

Patuhi peraturan. Gunakan kelengkapan keselamatan yang sesuai dan sentiasa hormati pengguna jalan raya yang lain.

PDRM tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

31/08/2026

🚨 Ibu bapa, jangan ambil mudah soal keselamatan anak-anak di jalan raya.

Tolonglah pantau pergerakan mereka. Jangan biarkan anak-anak menunggang motosikal tanpa lesen dan tanpa kemahiran yang sepatutnya. Jalan raya bukan tempat untuk belajar secara berani tanpa ilmu dan tanggungjawab.

Kadang-kadang sebagai ibu bapa, kita perlu menasihati, menegur malah memarahi mereka jika perlu demi keselamatan dan masa depan mereka.

Jangan kerana terlalu berlembut, akhirnya kita menyesal seumur hidup.

Ingat, satu kecuaian boleh meragut nyawa dan menghancurkan harapan sebuah keluarga. 🚑💔

Cegah sebelum terlambat.
Sayangi anak-anak bukan sekadar memberi kebebasan, tetapi memastikan mereka selamat. 🛵⚠️






31/08/2026
BSPT IPD KUALA MUDA
03/08/2026

BSPT IPD KUALA MUDA

Address

Balai Polis Trafik IPD Kuala Muda
Sungai Petani
08000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Trafik Kuala Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share