YADIM Negeri Kedah dan Perlis

Call Directions Website

YADIM Negeri Kedah dan Perlis YADIM sebagai Peneraju gerakan dakwah di Malaysia secara inklusif dan bertindak sebagai sebuah badan dakwah bertaraf antarabangsa

Menyebarluas kegiatan dakwah menerusi kebajikan, pendidikan dan sosial untuk meninggikan martabat Islam dan kesejahteraan ummah

20/10/2026

*MAJLIS BICARA WAHYU (MBW) SIRI 10 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TAHUN 2026/1448*

Tarikh :
*22 Oktober 2026 (Khamis) / 22 Jamadilawal 1448*

Masa :
*8:30pagi - 11:30 pagi*

Tempat :
*Dewan Al-Farabi, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah,Kedah*

Juga boleh diikuti melalui platform atas talian di pautan :

*EduWebTV KPM*
https://www.youtube.com/live/xuyjLJKHmG8?si=EcMPPqR0bREglwhU

Tajuk:
*“Amanah, Integriti dan Keberkatan, Membina Sahsiah Insan”*

Penceramah :
*Ustaz Hazwan Syah Niezam bin Abdul Haniff*
Pegawai Zakat Daerah Yan
Lembaga Zakat Negeri Kedah

Jangan lupa share!!! Makin banyak share, makin ramai yang akan mendapat manfaatnya

Sekian terima kasih..

*BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM*
*KPM*



YADIM Negeri Kedah dan Perlis

19/10/2026

Moment Pemukiman Zamalah Siri 1/2026 YADIM Negeri Kedah dan Perlis

🕌 BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH: ILMU FARDU AIN UNTUK BEKALAN BERSAMA 🕌"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati."Adaka...
19/10/2026

🕌 BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH: ILMU FARDU AIN UNTUK BEKALAN BERSAMA 🕌

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati."
Adakah kita sudah bersedia dengan ilmu untuk menguruskan insan tersayang apabila tiba waktunya nanti? Jangan lepaskan peluang untuk mendalami dan memantapkan fardu ain ini melalui latihan teori dan praktikal yang sahih!

📋 BUTIRAN PROGRAM:
* 📅 Tarikh: 24 Oktober 2026 (Sabtu)
* ⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.30 petang
* 📍 Lokasi: Masjid Ameer Fawwaz, Kampung Sungai Baru

🎙️ PENCERAMAH JEMPUTAN:
Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak
(Pegawai Jabatan Mufti Negeri Perlis)

✨ APA YANG BAKAL ANDA PELAJARI?
✅ Teori Pengurusan Jenazah: Panduan lengkap hukum dan adab.
✅ Praktikal Memandikan & Mengkafankan Jenazah: Latihan secara terus untuk kefahaman yang lebih mantap.

👥 ANJURAN BERSAMA:
Majlis Pimpinan Guru Rakan Siswa YADIM (RSY) IPG Kampus Perlis 2025/2026 bersama JBSN Perlis, IPGKPS, YADIM Negeri Kedah dan Perlis , dan Masjid Ameer Fawwaz.
> "Semarak Dakwah, Perkasa Ummah"
>
📲 Ikuti perkembangan kami di:
* 📸 Instagram:
* 🎵 TikTok:

💡 Jemput hadir dan sebarkan kepada rakan-rakan serta ahli keluarga! Semoga ilmu yang dipelajari menjadi amal jariyah buat kita semua.

Alhamdulillah
17/10/2026

Alhamdulillah

PROGRAM  Dakwah Negara 2026 giat dilaksanakan di Kedah menerusi pelbagai pendekatan.Antaranya ialah penganjuran Pemukima...
17/10/2026

PROGRAM Dakwah Negara 2026 giat dilaksanakan di Kedah menerusi pelbagai pendekatan.

Antaranya ialah penganjuran Pemukiman Zamalah Siri 1/2026 YADIM Negeri Kedah dan Perlis pada 17 Oktober.

Hasil kerjasama dengan Pusat Tarbiah dan Pengajian Darul Hikmah, Kuala Nerang, ia berlangsung meriah di dewan pusat berkenaan.

Dengan fokus kepada agenda 'Melestari Gerakan Dakwah', program ini telah disempurnakan pelancarannya oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Profesor Madya Dr. Adi Anuar Azmin.

Penganjuran ini turut disemarakkan dengan kehadiran tokoh ilmuwan tersohor, antaranya Pimpinan Pusat Tarbiah dan Pengajian Darul Hikmah, Syeikh Dr. Khalil Ismail Ilyas Al-Iraqi, serta Pimpinan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah, Tuan Guru Jamil Sodaqi Syeikh Tajuddin Al-Jarumi.

Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Dr. Ahmad Mujahid Abdullah, juga turun padang bersama Penolong Pengarahnya, Ustaz Mohamad Bilal Mohd Zain, serta 50 orang peserta Zamalah.

Pemukiman ini menjadi platform strategik bagi menyatukan saf para pendakwah dan ulama di utara tanah air. Selain memperkukuh penyelarasan gerak kerja, program ini bermatlamat merangka pendekatan dakwah yang lebih segar, inklusif, dan mampan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam mendepani cabaran masyarakat masa kini.

***

YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.

Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.

Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 1402 3010 0455 56 (Bank Islam)

Atau klik link dibawah :

Sumbangan secara potongan bulanan

InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim

Sumbangan secara one-off
InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim












17/10/2026

Moment Pemukiman Zamalah Siri 1/2026 Yadim Kedah Dan Perlis YADIM Negeri Kedah dan Perlis teratas

PENAFSIRAN LAFAZ AL-GHAD MENURUT PERSPEKTIF BAHASA ARAB DAN ILMU TAFSIRDalam perbahasan mengenai penggunaan ayat al-Qura...
17/10/2026

PENAFSIRAN LAFAZ AL-GHAD MENURUT PERSPEKTIF BAHASA ARAB DAN ILMU TAFSIR

Dalam perbahasan mengenai penggunaan ayat al-Quran dalam ucapan rasmi, Sheikh Dr. Khalil Ismail Ilyas menjelaskan tentang ruang toleransi (tasāmuḥ) dalam menilai bacaan ayat al-Quran yang dipetik sebagai dalil atau sandaran dalam sesuatu ucapan.

Penggunaan ayat al-Quran sebagai petikan dalam ucapan rasmi tidak semestinya bermaksud seseorang itu sedang membacanya dengan menerapkan kaedah-kaedah ilmu tajwid. Sebaliknya, tujuan utama petikan tersebut adalah untuk menyampaikan maksud yang dikehendaki. Ketiadaan sebutan baris fathah dalam konteks yang dibincangkan p**a berlaku disebabkan oleh kepantasan ketika menyampaikan ucapan.

Sheikh Khalil mengingatkan bahawa tindakan mencari-cari dan mengintai kesalahan dalam perkara seumpama ini merupakan suatu perbuatan yang tercela. Sikap sedemikian, menurut beliau, menunjukkan adanya penyakit hati.

Rasulullah SAW bersabda:

“Binasalah golongan yang bersikap melampau dan berlebih-lebihan.”

(Riwayat Muslim)



Address

YADIM Negeri Kedah Dan Perlis, No 79, Tingkat 2, Jalan Lagenda 1, Lagenda Heights Darul Aman
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 15:00
Sunday 08:30 - 16:30

Telephone

+6044207820

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when YADIM Negeri Kedah dan Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share