15/10/2026
𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐓𝐈𝐅 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 (𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏) 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐌𝐔𝐃𝐀
SUNGAI PETANI, 15 OKTOBER 2026 – Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Kuala Muda bersama Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia telah diadakan di Dewan Serbaguna IPD Kuala Muda pada hari ini.
Ketibaan YBhg. Dato’ Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, telah disambut oleh YDH ACP Hanyan bin Ramlan, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, bersama Yang Berbahagia Puan Junaidah binti Main, Pengerusi PERKEP IPD Kuala Muda.
Turut hadir YDH Supt. Ganes A/L Arumugam, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, YBrs. Puan Muznita binti Mahmood, Pengarah Bahagian Penyelidikan AKM, ketua-ketua bahagian, ketua-ketua polis balai, pegawai kanan polis, anggota serta ahli PERKEP IPD Kuala Muda.
Seminar ini merangkumi perkongsian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berkaitan gangguan seksual di tempat kerja, sesi interaktif Kenegaraan Malaysia serta sesi bersama Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia menerusi slot Input MADANI. Penganjuran seminar ini menjadi platform untuk memperkukuh pemahaman terhadap prinsip Malaysia MADANI, menyemai semangat patriotisme serta memantapkan nilai integriti dan jati diri dalam kalangan warga PDRM dan ahli PERKEP IPD Kuala Muda.
#