03/11/2026
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐈𝐀𝐑 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐘𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓
SUNGAI PETANI, 3 NOVEMBER 2026 – KEMAS Parlimen Sungai Petani melalui Kelas Pembangunan Insan telah menganjurkan Program Pemantapan Syiar Islam Kelas Pembangunan Insan Tahun 2026 bertempat di Dewan Kampung Bakar Kapor, Sungai Petani, Kedah.
Program yang bermula pada jam 8.00 pagi ini bertujuan memperkukuh penghayatan Islam, menyemai kecintaan terhadap al-Quran serta menyemarakkan amalan berselawat dalam kalangan peserta dan masyarakat setempat.
Antara pengisian utama program ialah Pertandingan Tilawah al-Quran yang melibatkan bacaan Surah al-Mulk oleh peserta Kelas Pembangunan Insan Kampung Bakar Kapor. Selain itu, Pertandingan Selawat turut diadakan bagi memberi peluang kepada peserta mengetengahkan bakat, meningkatkan keyakinan diri serta memupuk rasa cinta kepada Rasulullah SAW.
Program ini turut dihadiri oleh Dato’ Shahanim binti Mohammad Yusuf, Pengerusi Komuniti KEMAS Parlimen Sungai Petani dan Encik Yusuf bin Lazim, Pengerusi KRT Kampung Bakar Kapor.
Turut memainkan peranan dalam menjayakan program ialah Puan Wan Hafizah binti Wan Ahmad, Penolong Pegawai Pembangunan Komuniti dan Kemahiran KEMAS Sungai Petani, Ustaz Haji Muhammad Jailani bin Haji Yaacob serta barisan Pemaju Masyarakat Bina Insan, Ustazah Uraidah binti Kadis, Ustazah Roswati binti Shaari dan Ustazah Siti Aishah binti Hashim.
Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah Islamiah, meningkatkan penghayatan nilai-nilai keagamaan serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti kerohanian yang dianjurkan oleh KEMAS.
“Merapatkan Ukhuwah, Menyemai Perpaduan, Memperkasa Insan Berteraskan Nilai Islam.”
KEMAS PARLIMEN SUNGAI PETANI