Ahli Majlis MPSPK

Directions Website

Ahli Majlis MPSPK Platform perantara Ahli-Ahli Majlis MPSPK yang bersedia memberi komitmen membantu masyarakat

06/10/2026

HARI KOMUNITI & GOTONG-ROYONG TAMAN KEAN PENG : BERSAMA MEMBINA KOMUNITI PRIHATIN DAN SEJAHTERA

Ahad, 4 Oktober 2026 | Semangat kejiranan dan kebersamaan disemarakkan menerusi Hari Komuniti & Gotong-Royong Taman Kean Peng bersama Ahli Majlis Zon 4, Encik Ooi Teong Soon yang dianjurkan bersama MPSPK dan Pertubuhan Kean Peng Dou Mu Gong. Program ini turut melibatkan Jabatan Kesihatan Persekitaran MPSPK, Pusat Perniagaan Mutaiyas serta Komuniti Penduduk Pekan Lama.

Program ini menjadi wadah untuk menghimpunkan masyarakat, mengeratkan hubungan kejiranan serta menyemarakkan semangat kerjasama dalam komuniti. Aktiviti gotong-royong yang dilaksanakan bukan sahaja membantu menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan, malah mencerminkan sikap prihatin serta rasa tanggungjawab bersama dalam mewujudkan persekitaran komuniti yang selesa dan sejahtera.

Program turut dihadiri Penyelaras DUN Sidam, Tuan Nik Fazli Nik Fathil dan Ahli Majlis Zon 3, Encik Tai Kuang Tee. Semangat kebersamaan yang ditunjukkan jelas membuktikan bahawa sesuatu tugasan menjadi lebih ringan apabila dilakukan bersama, di samping dapat mengeratkan hubungan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan usia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pegawai Penyelaras MPSPK Zon 4, Encik Hafisol Abu Bakar serta Encik Mohd Fairus Saad selaku Setiausaha Program atas komitmen dan usaha dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Terima kasih juga kepada seluruh komuniti dan semua pihak yang hadir serta bersama-sama menjayakan program ini. Semoga semangat gotong-royong dan kebersamaan yang disemai terus menjadi budaya dalam masyarakat.





05/10/2026

PROGRAM HARI KOMUNITI, ALAM SEKITAR, KEBERSIHAN & KESIHATAN – TAMAN DELIMA FASA 2

Program Hari Komuniti, Alam Sekitar, Kebersihan dan Kesihatan telah berlangsung dengan meriah menerusi pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan komuniti setempat. Program dimulakan dengan aktiviti senaman Fits for Life, diikuti Fun Walk sejauh 2 kilometer sambil mengutip sampah di sepanjang laluan.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan, antaranya sukaneka, pertandingan mewarna dan pertandingan pakaian tradisional. Turut disediakan ialah pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi serta khidmat berkaitan ubat-ubatan bagi memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Turut hadir Ahli Majlis Zon 2, Tuan Haji Azman bin Ahmad, serta Encik Tai Kuang Tee, Ahli Majlis Zon 3, Encik Ooi Teong Soon, Ahli Majlis Zon 4 dan Encik Azhar bin Zakaria, Ahli Majlis Zon 9 yang turut meluangkan masa bersama-sama memeriahkan program.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada KRT Taman Delima. Semoga program sebegini dapat terus mengeratkan hubungan antara komuniti serta memupuk kesedaran bersama dalam menjaga kebersihan, kesihatan dan kelestarian alam sekitar.





04/10/2026

TINJAUAN ADUAN: KESELESAAN & KESELAMATAN PENGUNJUNG MASJID DIBERI PERHATIAN 📢

Satu lawatan kerja dan mesra telah diadakan di Masjid Al Muhsinin, Kampung Raja, Sungai Petani susulan aduan yang diterima daripada pihak masjid berhubung beberapa isu yang melibatkan keselamatan, kemudahan awam dan kebersihan di sekitar kawasan masjid.

Antara aduan yang ditinjau ialah kerosakan besi penutup longkang di tepi jalan raya utama yang boleh membahayakan pengunjung masjid serta kanak-kanak Tabika. Turut diberi perhatian ialah tembok simen penghadang longkang yang runtuh dan berisiko terhadap keselamatan kenderaan serta kelancaran lalu lintas di hadapan masjid. Keadaan jalan raya yang rosak dan berlubang di kawasan bersebelahan masjid juga menyukarkan pergerakan pengguna jalan raya.

Selain itu, isu berkaitan tong sampah dan kutipan sampah turut dibincangkan bagi memastikan aspek kebersihan di sekitar kawasan masjid dapat ditambah baik dan sentiasa berada pada tahap yang baik.

Tinjauan ini turut diiringi oleh Mohd Fairus Saad, aktivis sosial dan masyarakat. Ahli Majlis Zon 4, Encik Ooi Teong Soon turut berkesempatan bertemu serta berbincang bersama Haji Shofe Abdullah, Timbalan Pengerusi Masjid bagi mendapatkan gambaran lebih jelas berhubung permasalahan yang dihadapi.

Ahli Majlis Zon 4 akan berusaha membantu sebaik mungkin bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengunjung masjid serta orang ramai sentiasa diberi perhatian. Aduan anda, kami prihatin. Ahli Majlis Zon 4 akan terus berkhidmat untuk rakyat.





27/09/2026

💡🌳 TINJAU ADUAN LAMPU JALAN & POKOK MENGGANGGU PENCAHAYAAN DI TAMAN BERANGAN

MPSPK menerima aduan daripada penduduk Taman Berangan, Sungai Petani berkaitan beberapa lampu jalan yang tidak berfungsi dan mengalami kerosakan, termasuk tiang lampu yang tidak mempunyai nombor pengenalan tiang lampu. Dianggarkan hampir 4 hingga 5 lampu jalan tidak berfungsi, sekali gus menjejaskan pencahayaan di kawasan perumahan dan berhampiran Sekolah Menengah Pengkalan Lebai Man. 💡

Turut hadir dalam tinjauan, Ahli Majlis Zon 4, Encik Ooi Teong Soon bagi meninjau keadaan lampu jalan serta persekitaran di kawasan berkenaan. Hasil tinjauan turut mendapati terdapat wayar kabel yang berjuntai di bawah pokok-pokok.

Selain itu, terdapat dahan pokok yang menghala ke jalan raya dan menghalang pencahayaan lampu jalan. Penduduk turut memohon agar pokok-pokok besar di tepi jalan dipangkas bagi memastikan pencahayaan serta keselamatan pengguna jalan raya dan pelajar sekolah lebih terjamin. 🌳✂️

MPSPK mengambil maklum aduan yang disampaikan dan akan meneliti tindakan susulan yang bersesuaian bagi menangani isu lampu jalan, kabel serta dahan pokok di kawasan berkenaan demi memastikan persekitaran yang lebih selamat, terang dan selesa untuk komuniti setempat. 🤝

📖 RENUNGAN BERSAMA 🌷 Salam Jumaat 29 Rabi'ul Awal / 11 September 2026 buat semua wanita 🌷Qana’ah mengajar kita untuk mer...
11/09/2026

📖 RENUNGAN BERSAMA

🌷 Salam Jumaat 29 Rabi'ul Awal / 11 September 2026 buat semua wanita 🌷

Qana’ah mengajar kita untuk merasa cukup dengan apa yang Allah beri.

Tidak perlu membandingkan hidup kita dengan orang lain, kerana setiap rezeki dan jalan hidup telah Allah aturkan dengan penuh hikmah.

Yang sedikit disyukuri, yang ada dihargai, yang belum dimiliki tidak perlu dikejar hingga melelahkan jiwa.

Semoga Allah kurniakan hati yang qana’ah, jiwa yang tenang, rezeki yang berkat dan kekuatan untuk sentiasa reda dengan setiap ketentuan-Nya.

PUAN NAFIZAH BINTI MOHAMED YUSOF
AHLI MAJLIS ZON 10





11/09/2026

TINJAUAN SUNGAI KAMPUNG HAJI WAHAB: TANGANI SAMPAH HARAM, PELIHARA ALIRAN SUNGAI

Prihatin terhadap isu kebersihan dan keadaan persekitaran setempat, satu tinjauan telah diadakan di kawasan Sungai Kampung Haji Wahab, belakang SJKC Min Terk, bagi melihat sendiri keadaan di lokasi susulan isu pembuangan sampah haram yang dibangkitkan oleh Persatuan Penduduk Batu 2.

Lawatan kerja tersebut dihadiri oleh Ahli Majlis Zon 4 MPSPK, Encik Ooi Teong Soon dan diiringi oleh Setiausaha MKK Pengkalan Lebai Man, Encik Sophan Abd Salim, wakil MKK Olak, Miss Hang, serta beberapa orang aktivis alam sekitar dan masyarakat setempat yang turut sama menyuarakan keprihatinan terhadap kebersihan dan kelestarian kawasan berkenaan.

Tinjauan turut dilakukan di sepanjang sungai bagi melihat keadaan semasa aliran air serta mengenal pasti kawasan yang terjejas akibat pembuangan sampah. Sampah yang dibuang sewenang-wenangnya bukan sahaja mencemarkan persekitaran, malah boleh menghalang kelancaran aliran sungai dan menyebabkan sistem saliran tersumbat.

Sehubungan itu, Ahli Majlis menyeru orang ramai agar tidak menjadikan kawasan sungai dan persekitarannya sebagai tempat pembuangan sampah. Sampah hendaklah dibuang di tempat yang sepatutnya kerana sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak akhirnya boleh memberi kesan kepada seluruh komuniti, khususnya apabila aliran sungai terganggu.

Pada masa yang sama, kerja-kerja pembersihan sedang giat dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam usaha memastikan kebersihan kawasan serta kelancaran aliran sungai terus terpelihara.

Usaha menjaga kebersihan sungai memerlukan kerjasama semua pihak. Jangan biarkan sampah yang kita buang hari ini menjadi punca masalah kepada masyarakat pada masa hadapan.

"Sungai bersih, persekitaran terpelihara, komuniti sejahtera."





09/09/2026

TINJAU LOKASI BANJIR: SUARA DAN KELUHAN PENDUDUK DIBERI PERHATIAN

Keprihatinan terhadap permasalahan penduduk menjadi antara keutamaan dalam memastikan kesejahteraan dan keselesaan komuniti setempat terus terpelihara.

Sehubungan itu, Ahli Majlis Zon 4 MPSPK, Encik Ooi Teong Soon telah mengadakan lawatan di Kampung Haji Wahab, Kampung Bukit Belah dan kawasan belakang Sekolah Min Teik yang berdepan isu banjir, bagi melihat keadaan semasa serta meneliti faktor yang menyumbang kepada permasalahan tersebut.

Dalam lawatan berkenaan, beliau turut mengadakan perbincangan bersama Setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Haji Wahab, Encik Haji Ismail, serta bertemu penduduk setempat bagi mendapatkan maklumat dan mendengar pandangan serta permasalahan yang dihadapi, khususnya ketika berlakunya hujan lebat dan banjir.

Beberapa penduduk setempat turut mengambil kesempatan menyampaikan keluhan dan berkongsi keadaan yang dihadapi mereka. Setiap maklum balas yang diterima amat penting bagi membolehkan isu di kawasan seperti Kampung Haji Wahab, Kampung Bukit Belah dan belakang Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Min Teik dikenal pasti dengan lebih menyeluruh serta membantu dalam penyelarasan tindakan bersama pihak-pihak berkaitan.

Pendekatan ini akan terus diperkasakan bagi memastikan suara masyarakat didengari dan setiap permasalahan yang dibangkitkan dapat diberikan perhatian sewajarnya demi kesejahteraan penduduk serta persekitaran yang lebih selamat dan selesa.





AHLI MAJLIS MPSPK TURUN PADANG, PASTIKAN ADUAN RAKYAT DIAMBIL TINDAKANSUNGAI PETANI, 8 September 2026 – Keselamatan dan ...
09/09/2026

AHLI MAJLIS MPSPK TURUN PADANG, PASTIKAN ADUAN RAKYAT DIAMBIL TINDAKAN

SUNGAI PETANI, 8 September 2026 – Keselamatan dan kesejahteraan penduduk sentiasa menjadi keutamaan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK). Prihatin terhadap kebimbangan penduduk mengenai kenderaan yang dipandu laju di kawasan perumahan, Ahli Majlis Zon 3 MPSPK, Encik Tai Kuang Tee, telah mengambil tindakan proaktif dengan meneliti dan menyelaras aduan yang diterima daripada penduduk setempat.

Hasil kerjasama antara Ahli Majlis Zon 3 dan Jabatan Kejuruteraan MPSPK, kerja-kerja pemasangan bonggol jalan telah berjaya dilaksanakan di Lorong Teja, Taman Keladi bagi meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya, khususnya kanak-kanak dan pelajar sekolah yang menggunakan laluan tersebut setiap hari.

Menurut beliau, setiap aduan yang dikemukakan oleh penduduk akan diberi perhatian sewajarnya dan diteliti mengikut keutamaan serta keperluan semasa. Beliau turut menegaskan bahawa peranan Ahli Majlis bukan sekadar menerima aduan, malah memastikan setiap isu yang dibangkitkan mendapat tindakan yang sewajarnya.

"Kami mendengar, kami menilai dan kami bertindak. Selagi ada ruang untuk penambahbaikan, kami akan terus berusaha memastikan kemudahan awam berada pada tahap terbaik demi keselesaan dan keselamatan penduduk Sungai Petani."

MPSPK akan terus memperkukuhkan budaya kerja yang pantas, responsif dan berorientasikan hasil dalam memastikan setiap suara rakyat didengari serta setiap aduan yang munasabah mendapat penyelesaian yang terbaik.





CABARAN MEMANAH TRADISIONAL RAWJA' 3.0 2026Kelab Memanah Tradisional Kelisa Ria (KMTKR) merupakan sebuah kelab yang berd...
07/09/2026

CABARAN MEMANAH TRADISIONAL RAWJA' 3.0 2026

Kelab Memanah Tradisional Kelisa Ria (KMTKR) merupakan sebuah kelab yang berdaftar secara rasmi dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 4 Disember 2024 dengan nombor pendaftaran C-KDH-15085.

KMTKR juga bernaung di bawah Persatuan Memanah Tradisional Negeri Kedah (PMTK) serta Persatuan Memanah Tradisional Malaysia (TAAM) dalam usaha memartabatkan sukan memanah tradisional di peringkat negeri dan kebangsaan.

Pada tahun 2026, KMTKR telah menganjurkan Cabaran Memanah Tradisional Rawja' 3.0 2026 dengan kerjasama Ahli Majlis MPSPK Zon 10, Puan Nafizah Binti Mohamed Yusof. Penganjuran ini merupakan edisi ketiga kejohanan tersebut yang berjaya dilaksanakan hasil kerjasama erat bersama Ahli Majlis MPSPK Zon 10.

Penyertaan Mengikut Kategori
- Cilik Lelaki: 36 orang
- Cilik Perempuan: 36 orang
- Remaja Lelaki: 29 orang
- Remaja Perempuan: 28 orang
- Dewasa Lelaki: 36 orang
- Dewasa Perempuan: 24 orang

Jumlah keseluruhan penyertaan ialah seramai 189 orang pemanah.

Cabaran Memanah Tradisional Rawja' 3.0 2026 merupakan kejohanan terbuka anjuran Kelab Memanah Tradisional Kelisa Ria (KMTKR) yang menghimpunkan penyertaan dari 9 buah negeri di seluruh Malaysia, iaitu:
1. Kedah
2. Perlis
3. Pulau Pinang
4. Perak
5. Selangor
6. Melaka
7. Negeri Sembilan
8. Kelantan
9. Terengganu

Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengembangkan bakat dalam sukan memanah tradisional, malah turut mengeratkan silaturahim antara pemanah dari seluruh negara serta menyokong usaha mempromosikan Sungai Petani sebagai destinasi penganjuran acara sukan dan rekreasi.Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat serta terus memperkukuhkan pembangunan sukan memanah tradisional di Malaysia.





Address

MPSPK Jalan Patani
Sungai Petani
08000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahli Majlis MPSPK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share