18/10/2026
๐ PERHIMPUNAN BULANAN JKR PULAU PINANG
1 Oktober 2026 | JKR Pulau Pinang
GEORGE TOWN, 1 Oktober 2026 โ Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang telah melaksanakan Perhimpunan Bulanan JKR Pulau Pinang pada 1 Oktober 2026. Perhimpunan ini merupakan perhimpunan bulanan pertama selepas pelantikan YBrs. Ir. Azmi bin Abdul Hamid sebagai Pengarah Kerja Raya Pulau Pinang yang baharu.
Perhimpunan ini menjadi wadah penting dalam memperkukuh semangat kebersamaan warga kerja, menyampaikan amanat kepimpinan serta memperjelaskan hala tuju jabatan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi kepentingan rakyat dan negara.
Dalam amanat sulung beliau sebagai Pengarah JKR Pulau Pinang, YBrs. Ir. Azmi bin Abdul Hamid telah menyampaikan amanat yang penuh bermakna dengan menekankan kepentingan komitmen, integriti, profesionalisme, kerja berpasukan dan budaya kerja berprestasi tinggi dalam memastikan setiap tugasan serta projek yang dilaksanakan oleh JKR Pulau Pinang terus mencapai tahap kecemerlangan yang dihasratkan.
Perhimpunan kali ini turut diserikan dengan majlis penghargaan dan pengiktirafan kepada warga serta pasukan projek JKR Pulau Pinang atas pencapaian, sumbangan dan komitmen yang telah ditunjukkan sepanjang tahun 2026.
Antara penghargaan dan pengiktirafan yang disampaikan adalah:
๐
Anugerah Perkhidmatan Terpuji
Pengiktirafan kepada pegawai-pegawai yang telah menunjukkan prestasi perkhidmatan yang cemerlang, komitmen serta dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
๐ Anugerah Tokoh JKR Pulau Pinang
Penghargaan kepada warga JKR yang telah memberikan sumbangan, dedikasi dan khidmat bakti yang signifikan kepada jabatan.
๐๏ธ Sijil Penghargaan kepada Penerima Pingat Pemasyhuran
Penghargaan khas kepada pegawai dan kakitangan JKR Pulau Pinang yang telah menerima Pingat Pemasyhuran sempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, sebagai tanda pengiktirafan atas jasa, sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan.
๐๏ธ Penghargaan kepada Pasukan Projek yang Berjaya Diserahkan kepada Pelanggan
Pengiktirafan kepada pasukan projek yang telah berjaya menyiapkan dan menyerahkan projek kepada pelanggan sepanjang tahun 2026 hasil daripada komitmen, kerjasama dan usaha berterusan semua pihak.
โฑ๏ธ Penghargaan kepada Pasukan Projek yang Berjaya Disiapkan Lebih Awal (Ahead of Time โ AOT)
Pengiktirafan kepada pasukan projek yang berjaya menyiapkan projek lebih awal daripada tarikh siap asal melalui perancangan yang berkesan, pengurusan projek yang cekap serta kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat.
Penyampaian penghargaan ini mencerminkan komitmen JKR Pulau Pinang dalam membudayakan kecemerlangan, menghargai sumbangan warga kerja serta mengiktiraf pencapaian individu dan pasukan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam dilaksanakan dengan berkesan.
Majlis ini juga menjadi platform untuk menyemarakkan budaya menghargai, mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan dalam kalangan warga JKR Pulau Pinang, sekali gus menjadi pemangkin kepada seluruh warga kerja untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik dengan penuh integriti dan profesionalisme.
Semoga amanat yang disampaikan oleh YBrs. Ir. Azmi bin Abdul Hamid menjadi suntikan semangat dan panduan kepada seluruh warga JKR Pulau Pinang untuk terus bergerak sebagai satu pasukan yang kukuh, kompeten dan berintegriti dalam mendepani cabaran serta melaksanakan amanah pembangunan negeri.
Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah dan penghargaan serta pasukan projek yang telah mencipta pelbagai pencapaian membanggakan sepanjang tahun 2026.
Teruskan kecemerlangan. Teruskan memberikan yang terbaik.
JKR Pulau Pinang โ Bersama Menjayakan Amanah, Demi Rakyat dan Negara. ๐ฒ๐พ