Jabatan Keselamatan USM

Call Directions Website

Jabatan Keselamatan USM "Memberi perkhidmatan kawalan keselamatan yang berkualiti kepada warga kampus dan pelawat"

𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍/𝐋𝐀𝐋𝐔𝐋𝐈𝐍𝐓𝐀𝐒 Tarikh : 4 November 2026Lokasi : Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM Acara : Majl...
04/11/2026

𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍/𝐋𝐀𝐋𝐔𝐋𝐈𝐍𝐓𝐀𝐒

Tarikh : 4 November 2026
Lokasi : Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM
Acara : Majlis Persamian Pameran Batik Pulau Betong : Model Integrasi Seni Pelancongan & Pemerkasaan Komuniti Berasaskan Warisan.
VIP : Yang Mulia Toh Puan Raja Dato' Datin Seri Noora Ashikin binti Raja Abdullah

Tugasan pemantauan dan kawalan keselamatan serta lalulintas telah dijalankan dengan lancar sempena Majlis Perasmian Pameran Batik Pulau Betong: Model Integrasi Seni Pelancongan & Pemerkasaan Komuniti Berasaskan Warisan di Muzium Galeri Tuanku Fauziah. Kehadiran para VIP serta tetamu kehormat turut diraikan dengan kawalan lalulintas yang teratur oleh barisan pegawai bertugas.

𝐔𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐆𝐑𝐄𝐃 𝐊𝐏𝟗19 Oktober 2026 (Isnin), Jabatan Keselamatan USM telah mengadakan Ujian Sarin...
20/10/2026

𝐔𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐆𝐑𝐄𝐃 𝐊𝐏𝟗

19 Oktober 2026 (Isnin), Jabatan Keselamatan USM telah mengadakan Ujian Saringan Pegawai Keselamatan Gred KP9 bertempat di Stadium Olahraga, Universiti Sains Malaysia (USM).

Ujian saringan ini dilaksanakan bagi menilai tahap kecergasan fizikal, ketahanan serta kesesuaian calon untuk memenuhi keperluan jawatan Pegawai Keselamatan Gred KP9. Ujian ini merupakan sebahagian daripada proses pemilihan bagi memastikan calon yang berkelayakan, berdisiplin dan berkeupayaan dapat menyertai pasukan keselamatan universiti.

Semoga proses ujian berjalan lancar dan berjaya melahirkan anggota keselamatan yang kompeten, berintegriti serta komited dalam melaksanakan tanggungjawab demi keselamatan dan kesejahteraan warga kampus.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐌 (𝐉𝐊𝐔𝐒𝐌)Alhamdulillah, Majlis Sambutan Persaraan Anggota Jabata...
11/10/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐌 (𝐉𝐊𝐔𝐒𝐌)

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Persaraan Anggota Jabatan Keselamatan Universiti Sains Malaysia (JKUSM) telah berlangsung di Dewan Banquet USM pada 9 Oktober 2026 dengan jayanya dalam suasana penuh penghargaan dan kemesraan.

Majlis ini diadakan bagi meraikan seramai tujuh (7) orang anggota JKUSM yang telah bersara dan bakal menamatkan perkhidmatan pada penghujung tahun ini. Kehadiran para pesara diraikan sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, pengorbanan, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh berkhidmat kepada jabatan dan universiti.

Majlis turut dihadiri oleh Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan serta khidmat bakti yang telah diberikan oleh para pesara.

Sesungguhnya, segala jasa dan bakti yang dicurahkan amat bermakna dan akan terus dikenang oleh seluruh warga JKUSM. Semoga semua pesara dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan menikmati kehidupan persaraan yang penuh kebahagiaan bersama keluarga tersayang.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Budi dikenang, bakti disanjung.

Ikhlas daripada seluruh warga Jabatan Keselamatan USM (JKUSM).



𝗔𝗠𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗦 : 𝗘𝗟𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗣𝗔𝗧𝗨𝗞/𝗗𝗜𝗦𝗘𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗜𝗪𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗜𝗦𝗔
07/10/2026

𝗔𝗠𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗦 : 𝗘𝗟𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗣𝗔𝗧𝗨𝗞/𝗗𝗜𝗦𝗘𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗜𝗪𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗜𝗦𝗔

🚨 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒𝐀𝐖𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐒𝐂𝐀𝐌𝐌𝐄𝐑!Mohon semua warga kampus berwaspada terhadap kes penipuan...
24/09/2026

🚨 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒
𝐀𝐖𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐒𝐂𝐀𝐌𝐌𝐄𝐑!

Mohon semua warga kampus berwaspada terhadap kes penipuan (scam) yang melibatkan warga USM.

Jangan sesekali berkongsi maklumat peribadi atau perbankan dengan pihak yang tidak dikenali.

Sila sentiasa berwaspada dan buat semakan sebelum mengambil sebarang tindakan.


𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈 (𝐏𝐒𝐋) 𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕22 September 2026 | USM Ka...
22/09/2026

𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈 (𝐏𝐒𝐋) 𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕

22 September 2026 | USM Kampus Induk

Pagi tadi telah berlangsung sesi Taklimat Keselamatan kepada pelajar baharu Program Siswa Lestari (PSL) Sidang Akademik 2026/2027 sebagai salah satu usaha memberikan pendedahan awal berkaitan aspek keselamatan dan kesejahteraan sepanjang berada di kampus.

Taklimat ini memberi penekanan kepada beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh para pelajar, antaranya peringatan berkaitan isu buli, ancaman penipuan (scammer), larangan membawa dan menggunakan kenderaan di dalam kampus serta tindakan yang perlu diambil ketika berhadapan dengan situasi kecemasan.

Para pelajar turut diberikan penerangan mengenai talian kecemasan Jabatan Keselamatan (JK) yang beroperasi 24 jam bagi membolehkan sebarang insiden atau kecemasan dilaporkan dengan segera untuk tindakan lanjut.

Diharapkan taklimat ini dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman pelajar baharu mengenai tanggungjawab bersama dalam menjaga keselamatan diri, rakan serta komuniti kampus.


𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐈𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄 𝐉𝐊𝐔𝐒𝐌18 September 2026 | Jabatan Keselamatan USM (JKUSM...
18/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐈𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄 𝐉𝐊𝐔𝐒𝐌

18 September 2026 | Jabatan Keselamatan USM (JKUSM)

Jabatan Keselamatan Universiti Sains Malaysia (JKUSM) telah menerima kunjungan delegasi Ibu Pejabat Polis Bantuan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dalam satu Lawatan Penanda Aras pada pagi ini.
Lawatan ini bertujuan menjadi platform perkongsian ilmu, maklumat, pengalaman serta amalan terbaik berkaitan pengurusan dan operasi keselamatan di institusi pengajian tinggi.
Sesi perbincangan turut memberi tumpuan kepada perkongsian teknologi keselamatan, sistem dan kaedah kerja serta pelaksanaan tugasan harian dalam memastikan aspek keselamatan, ketenteraman dan kelancaran operasi kampus sentiasa berada pada tahap yang baik.
JKUSM amat menghargai kunjungan dan kesudian pihak UiTM Cawangan Shah Alam untuk bersama-sama berkongsi pengalaman serta idea. Diharapkan jalinan kerjasama dan perkongsian strategik seperti ini dapat terus diperkukuhkan demi meningkatkan kecekapan, profesionalisme dan kualiti pengurusan keselamatan universiti.

“Berkongsi Ilmu • Memperkasa Keselamatan • Memacu Kecemerlangan”

𝐏𝐄𝐍𝐔𝐆𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕Penugasan sempena Pendaftaran Pelajar Baharu Sidang Akadem...
15/09/2026

𝐏𝐄𝐍𝐔𝐆𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕

Penugasan sempena Pendaftaran Pelajar Baharu Sidang Akademik 2026/2027 telah berlangsung dengan lancar pada 12 hingga 14 September 2026 di sekitar Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia (USM).

Pihak pengurusan Jabatan Keselamatan USM (JKUSM) merakamkan ucapan selamat datang dan selamat menyertai keluarga Universiti Sains Malaysia kepada seluruh pelajar baharu yang telah mendaftar bagi sidang akademik 2026/2027. Kehadiran saudara dan saudari sebagai warga baharu USM diharapkan dapat menyemarakkan lagi kecemerlangan akademik, pembangunan sahsiah dan kegemilangan universiti.

Sepanjang tempoh pendaftaran, warga JKUSM berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Hari pertama diceriakan dengan hujan, diikuti cuaca panas pada hari kedua, manakala hari ketiga p**a diselubungi keadaan berjerebu. Walau bagaimanapun, keadaan tersebut tidak sedikit pun menjejaskan komitmen dan kesiapsiagaan anggota JKUSM dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan.

Dengan penuh dedikasi, disiplin dan semangat tanggungjawab, anggota JKUSM sentiasa bersedia memastikan aspek keselamatan, kawalan lalu lintas, kelancaran pergerakan serta ketenteraman sepanjang proses pendaftaran dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Tidak lupa juga, ucapan ribuan terima kasih kepada warga USM iaitu 𝗣𝗣𝗦𝗟 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗗𝗲𝘀𝗮𝘀𝗶𝘀𝘄𝗮 atas kerjasama dan semangat dalam membantu pihak JK.

Hasil kerjasama dan komitmen semua pihak, proses pendaftaran pelajar baharu yang berlangsung di beberapa lokasi sekitar Kampus Induk telah dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan jayanya.

Sesungguhnya, segala pengorbanan, kesungguhan dan komitmen yang dicurahkan oleh warga JKUSM adalah demi memastikan kelancaran urusan universiti serta memberikan perkhidmatan keselamatan yang terbaik kepada seluruh warga USM.

“Berkhidmat Dengan Amanah, Demi Keselamatan dan Kecemerlangan USM.”



𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐏𝐈𝐍𝐓𝐔 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐔𝐒𝐌Jabatan Keselamatan USM (JKUSM) telah melaksanakan Operasi Sekatan secara bersep...
11/09/2026

𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐏𝐈𝐍𝐓𝐔 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐔𝐒𝐌

Jabatan Keselamatan USM (JKUSM) telah melaksanakan Operasi Sekatan secara bersepadu di setiap pintu masuk utama Universiti Sains Malaysia (USM). Operasi ini dilaksanakan sebagai langkah kawalan keselamatan bagi memastikan pergerakan keluar masuk warga universiti, pelawat dan kenderaan ke dalam kampus berada dalam keadaan terkawal serta mematuhi prosedur keselamatan yang telah ditetapkan.

Pelaksanaan operasi turut melibatkan pemeriksaan dan pemantauan terhadap kenderaan serta individu yang memasuki kawasan kampus. Tindakan ini bertujuan meningkatkan tahap keselamatan, mencegah kemasukan pihak yang tidak dibenarkan serta memastikan persekitaran kampus sentiasa berada dalam keadaan selamat, terkawal dan kondusif.

Operasi Sekatan ini akan dilaksanakan dari semasa ke semasa di lokasi-lokasi strategik dan pintu masuk utama USM sebagai sebahagian daripada usaha berterusan JKUSM dalam memperkukuh kawalan keselamatan serta menjaga keselamatan warga universiti dan aset USM.


𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗜𝗡𝗧𝗨 𝗠𝗜𝗡𝗗𝗘𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗦𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟲/𝟮𝟬𝟮𝟳  /2027
10/09/2026

𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗜𝗡𝗧𝗨 𝗠𝗜𝗡𝗗𝗘𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗦𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟲/𝟮𝟬𝟮𝟳


/2027

Address

JABATAN KESELAMATAN, USM
Sungei Nibong
11800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Keselamatan USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Nearby government services