02/11/2026
PROGRAM PENILAIAN BERPUSAT PETUGAS AMBILAN BAHARU FELDA GRED G1 & S1
Cawangan Perjawatan, Jabatan Pengurusan Modal Insan, FELDA telah menganjurkan Program Penilaian Berpusat Petugas Ambilan Baharu FELDA Gred G1 & S1 pada 26 hingga 28 Oktober 2026 bertempat di Institut Latihan FELDA (ILF).
Program penilaian ini dilaksanakan bagi calon-calon yang telah disenarai pendek bagi menguji keupayaan dan ketahanan diri sebelum melangkah ke alam kerjaya bersama FELDA.
Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah memberikan yang terbaik sepanjang sesi penilaian berlangsung. Semoga dipermudahkan urusan ke peringkat seterusnya.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi Puan Nadia, Cawangan Fasiliti ILF melalui talian 019-5900252.