Puspanita Daerah Kerian

Directions

Puspanita Daerah Kerian Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Puspanita Daerah Kerian, Government Organization, Taiping.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 βœ¨πŸ‡²πŸ‡ΎPUSPANITA Daerah Kerian mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ

PUSPANITA Daerah Kerian mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina sebuah negara yang aman, harmoni, sejahtera dan penuh dengan nilai kemanusiaan.

Marilah kita bersama-sama menghargai nikmat keamanan dan kemerdekaan yang dikecapi, sambil menyemai semangat patriotisme serta memperkukuhkan perpaduan demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

β€œMerdeka! Merdeka! Merdeka!” πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

Ikhlas daripada,
Pengerusi dan seluruh Ahli PUSPANITA Daerah Kerian





Late post:🌸✨ KURSUS PENGHASILAN KEK SEMPENA KARNIVAL SINERGI KOMUNITI MADANI ✨🌸Alhamdulillah, telah berlangsung dengan j...
28/08/2026

Late post:

🌸✨ KURSUS PENGHASILAN KEK SEMPENA KARNIVAL SINERGI KOMUNITI MADANI ✨🌸

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Penghasilan Kek pada 9 Julai 2026 (Khamis) bertempat di Kolej Komuniti Bagan Serai, bersempena Karnival Sinergi Komuniti MADANI. πŸŽ‚πŸ§

Program ini telah memberi peluang kepada para peserta untuk mempelajari asas serta teknik penghasilan kek dalam suasana yang santai, interaktif dan menyeronokkan. Selain menambah ilmu dan kemahiran, program ini juga menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta. 🌷

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya pihak Kolej Komuniti Bagan Serai, tenaga pengajar, urus setia serta para peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang program berlangsung. 🫢🏻

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta menjadi inspirasi untuk terus berkarya dan mencipta peluang dalam bidang penghasilan makanan. πŸ’•πŸŽ‚

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang menjayakan program! 🌸






Karnival Semarak Merdeka PUSPANITA KERIAN 2026 - Pertandingan Gubahan Roti Jala Merdeka dan Gubahan Sayur-sayuran Merdek...
22/08/2026

Karnival Semarak Merdeka PUSPANITA KERIAN 2026 - Pertandingan Gubahan Roti Jala Merdeka dan Gubahan Sayur-sayuran Merdeka πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸŒΊπŸ‡²πŸ‡Ύ TERIMA KASIH & TAHNIAH! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒΊKARNIVAL SEMARAK MERDEKA PUSPANITA KERIAN 2026 β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah...
22/08/2026

πŸŒΊπŸ‡²πŸ‡Ύ TERIMA KASIH & TAHNIAH! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒΊ

KARNIVAL SEMARAK MERDEKA PUSPANITA KERIAN 2026 β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana Karnival Semarak Merdeka PUSPANITA Kerian yang telah berlangsung pada hari ini berjalan dengan lancar dan penuh meriah! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Pelbagai aktiviti telah berlangsung dengan penuh semangat dan keceriaan, antaranya Senamrobik, Sukaneka, Pertandingan Gubahan Roti Jala Merdeka serta Pertandingan Gubahan Sayur-Sayuran Merdeka. 🌸πŸ₯³

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan TERIMA KASIH kepada semua ahli PUSPANITA Kerian, para peserta, urus setia, juri, serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus memberikan kerjasama, tenaga dan komitmen bagi menjayakan program ini. 🫢🏻🌷

Tahniah juga kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dengan penuh kreativiti, semangat kesukanan dan sporting! πŸ‘πŸ»πŸ†

Semoga program sebegini terus mengeratkan ukhuwah, silaturahim dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga PUSPANITA Kerian. ❀️

πŸ‡²πŸ‡Ύ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Terima kasih semua atas kenangan dan kemeriahan yang tercipta.
Jumpa lagi di program PUSPANITA Kerian yang akan datang! 🌺✨






πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

22/08/2026
Jom sertai pertandingan sambil beriadah.
31/07/2026

Jom sertai pertandingan sambil beriadah.

🌿 JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM HIKING DAN HEALING PUSPANITA KERIAN 🌿Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Sukacita dimaklumk...
10/07/2026

🌿 JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM HIKING DAN HEALING PUSPANITA KERIAN 🌿

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Kerian akan menganjurkan Program Hiking dan Healing seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 25 Julai 2026 (Sabtu)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
πŸ“ Tempat: Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang (Hike In, Cruise Out)
πŸ’΅ Bayaran: RM35 Sahaja

✨ Penyertaan Termasuk:
βœ… Pengangkutan
βœ… Goodies
βœ… Makan Pagi & Tengah hari
βœ… Sijil Penyertaan

πŸ‘• Kod Pakaian:
* T-Shirt PUSPANITA (baharu)
* Tudung kelabu (grey) atau hitam
* Kasut sukan yang sesuai untuk aktiviti hiking

πŸ”— Pautan Pendaftaran: https://forms.gle/6yEtpntqkse5qKoH9

βΈ»

πŸ“Œ Tempat adalah terhad.
Mohon buat pendaftaran segera bagi mengesahkan penyertaan. Terbuka kepada Ahli Puspanita Kerian

🌷 JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA 🌷Assalamualaikum & salam sejahtera warga PUSPANITA yang dikasihi πŸ’œDengan pe...
06/02/2026

🌷 JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA 🌷

Assalamualaikum & salam sejahtera warga PUSPANITA yang dikasihi πŸ’œ
Dengan penuh hormat, semua Ahli PUSPANITA Cawangan Daerah Kerian dijemput hadir ke:

🌼 Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA
Cawangan Daerah Kerian
Kali Ke-38 Tahun 2026 🌼

πŸ“… 13 Februari 2026 (Jumaat)
⏰ 2.30 petang
πŸ“ Dewan Kerian Sejahtera,
Pusat Kecemerlangan PPD Kerian, Parit Buntar

✨ Mohon ahli yg hadir membawa bersama kad keahlian Puspanita atau skrin shot status Pendaftaran ahli sebagai bukti keahlian yg sah. Bukti keahlian penting utk mendapatkan kupon tuntutan goodies dan kelayakan memenangi hadiah-hadiah Roda Bertuah.

✨ Jika ada yg belum mendaftar sebagai Ahli atau tidak dapat mengesan keahlian, mohon semak status keahlian atau isi Pendaftaran keahlian di pautan berikut: https://ahli.puspanita.org.my/

Kehadiran, sokongan dan kebersamaan semua ahli amatlah kami hargai 🌹
Semoga pertemuan ini mengeratkan lagi silaturahim kita πŸ’•
🌸 _"Wanita Sepakat Negara Meningkat"_ 🌸

Alhamdulillah, Majlis Malam Gala PUSPANITA Kerian bertemakan Etnik Malaysia telah berlangsung dengan jayanya pada malam ...
22/12/2025

Alhamdulillah, Majlis Malam Gala PUSPANITA Kerian bertemakan Etnik Malaysia telah berlangsung dengan jayanya pada malam 19 Disember 2025.
Malam yang dipenuhi warna-warni kebersamaan, keindahan busana etnik serta semangat perpaduan yang indah.
Majlis ini menjadi acara penutup bagi aktiviti PUSPANITA Kerian tahun 2025.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya. Sesungguhnya tanpa kehadiran dan kerjasama semua pasti majlis semalam tidak semeriah malam itu.
Insya-Allah, kita akan berjumpa lagi dalam program-program PUSPANITA yang akan datang pada tahun 2026. 🌺✨

Address

Taiping

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspanita Daerah Kerian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share