01/10/2026
PERHIMPUNAN BULANAN KETUA POLIS DAERAH TAIPING BAGI BULAN OKTOBER 2026
Pada 01/10/2026 IPD Taiping telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Taiping bagi bulan Oktober 2026 yang telah dipimpin oleh YDH ACP Saravanan a/l Shanmuggam Ketua Polis Daerah Taiping.
Perhimpunan ini turut dihadiri oleh Ketua-ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, pegawai kanan, pegawai rendah polis & pegawai awam IPD Taiping.
Antara pengisian perhimpunan adalah nyanyian lagu rasmi, bacaan doa dan ikrar, amanat Ketua Polis Daerah Taiping serta penyampaian Sijil Penghargaan Ketua Polis Perak dan Ketua Polis Daerah Taiping kepada penerima yang telah menunjukkan komitmen, disiplin dan dedikasi dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan.
Dalam amanatnya, YDH Ketua Polis Daerah Taiping menekankan kepentingan kepimpinan yang memudahkan dan memudahcarakan, semangat kerjasama, esprit de corps, integriti dan profesionalisme, selain memastikan rondaan, pencegahan jenayah dan kehadiran polis sentiasa dipertingkatkan.
Beliau turut menegaskan agar setiap warga IPD Taiping melaksanakan tugas dengan penuh amanah, berasaskan fakta, peraturan dan kepentingan organisasi serta memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat dilaksanakan dengan cekap, mesra, profesional, adil dan berintegriti.