Majlis Perbandaran Taiping

Directions Website

Majlis Perbandaran Taiping Majlis Perbandaran Taiping (MPT) ditubuhkan pada 1hb September 1979 mengikut Akta Kerajaan Tempatan

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Majlis Perbandaran Taiping tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

🚨 LESEN PREMIS PERNIAGAAN KINI DI HUJUNG JARI! 📲Nak perbaharui lesen premis perniagaan? Kini lebih mudah, pantas dan dig...
16/10/2026

🚨 LESEN PREMIS PERNIAGAAN KINI DI HUJUNG JARI! 📲

Nak perbaharui lesen premis perniagaan? Kini lebih mudah, pantas dan digital dengan Lesen Premis Digital myPATIL Biz!

Jangan tunggu hingga saat akhir! Pemilik premis perniagaan digalakkan untuk memperbaharui lesen bagi mengelakkan denda lewat atau pembatalan lesen perniagaan.

✨ Apa yang anda boleh lakukan melalui myPATIL Biz?

✅ Lihat lesen digital
✅ Perbaharui lesen secara dalam talian
✅ Kemas kini maklumat perniagaan yang terkini
✅ Buat pembayaran dalam talian

Layari portal rasmi:
🌐 biz.mypatil.my

Urusan pelesenan kini lebih mudah, lebih pantas dan lebih digital. Tak perlu bertangguh, perbaharui lesen anda sekarang!

PERNIAGAAN KECIL NADI EKONOMI BANDAR Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah mengadakan lawatan ke The Pahet Cafe, Taipin...
16/10/2026

PERNIAGAAN KECIL NADI EKONOMI BANDAR

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah mengadakan lawatan ke The Pahet Cafe, Taiping sebagai inisiatif untuk menyantuni dan menghargai pengusaha premis makanan yang menunjukkan komitmen tinggi dalam mengekalkan tahap kebersihan, keselamatan makanan, kualiti hidangan serta pengurusan premis yang baik.

Lawatan siri pertama ini telah diketuai oleh YBrs. Tuan Mohamed Akmal bin Dahalan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, bersama Ahli-Ahli Majlis dan pegawai-pegawai MPT bagi meninjau pengoperasian premis, amalan kebersihan serta kualiti makanan yang ditawarkan kepada pelanggan.

Dalam lawatan ini, pihak MPT turut berpeluang mendengar perkongsian daripada pemilik The Pahet Cafe mengenai pengalaman dan cabaran yang dihadapi dalam mengusahakan perniagaan di bandar Taiping, termasuk aspek pengurusan operasi, mengekalkan kualiti makanan dan perkhidmatan serta memenuhi kehendak pelanggan dalam persekitaran perniagaan yang semakin mencabar. Perkongsian ini menjadi ruang perbincangan dua hala bagi memahami keperluan dan pandangan pengusaha tempatan dalam usaha memajukan sektor perniagaan makanan di Taiping.

Program ini turut menyaksikan penyerahan pelekat pengiktirafan Gred A kepada premis makanan terpilih sebagai tanda penghargaan atas pencapaian dalam penilaian kebersihan premis makanan.

Melalui pengiktirafan ini, MPT berharap agar dapat menjadi galakan kepada pengusaha premis makanan untuk terus mengekalkan standard kebersihan, memastikan kualiti dan keselamatan makanan, mempertingkatkan mutu perkhidmatan serta mengamalkan pengurusan premis yang baik demi keselesaan dan keselamatan pelanggan.

Selain menitikberatkan aspek kualiti dan kebersihan, The Pahet Cafe, Taiping turut mempunyai keunikan tersendiri apabila membuka peluang pekerjaan kepada pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bagi mengasah bakat, membina keyakinan diri dan mengembangkan potensi mereka dalam dunia pekerjaan.

Usaha murni ini bukan sahaja memberikan pengalaman berharga kepada pelajar, malah mencerminkan peranan sektor perniagaan dalam membentuk masyarakat yang lebih inklusif serta prihatin terhadap golongan berkeperluan khas.

MPT komited untuk terus menjalinkan kerjasama dengan pengusaha premis makanan tempatan bagi memperkukuh budaya kebersihan, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menyokong pertumbuhan perniagaan demi menjadikan Taiping sebuah bandar yang bersih, berdaya saing dan sejahtera.

PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN DAN TANDAS DI HOTEL TAIPING PERDANA DAN HOTEL WARISANMajlis Perbandaran Taiping (MPT) telah m...
15/10/2026

PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN DAN TANDAS DI HOTEL TAIPING PERDANA DAN HOTEL WARISAN

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah melaksanakan pemeriksaan premis makanan dan tandas di Hotel Taiping Perdana dan Hotel Warisan bagi memastikan tahap kebersihan serta keselamatan makanan sentiasa berada pada tahap yang memuaskan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Dua (2) premis makanan telah diperiksa dan kedua-duanya memperoleh Gred A, berdasarkan tahap pematuhan terhadap keperluan kebersihan dan keselamatan makanan.

Selain itu, sebanyak dua (2) kompaun telah dikeluarkan berkaitan restoran makanan yang dikenal pasti mempunyai kesalahan melibatkan grease trap.

MPT akan terus mempergiatkan aktiviti pemeriksaan dan pemantauan secara berkala bagi memastikan pengusaha premis makanan sentiasa mematuhi standard kebersihan dan keselamatan makanan yang ditetapkan.

PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN DAN TANDAS DI HOTEL SEKITAR TAIPINGMajlis Perbandaran Taiping (MPT) telah melaksanakan pemeri...
14/10/2026

PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN DAN TANDAS DI HOTEL SEKITAR TAIPING

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah melaksanakan pemeriksaan premis makanan dan tandas di Hotel Seri Malaysia, Hotel Flemington, Hotel Grand Baron dan Hotel Kamalodge bagi memastikan tahap kebersihan serta keselamatan makanan sentiasa berada pada tahap yang memuaskan.

Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak enam (6) premis makanan telah diperiksa dan kesemuanya memperoleh Gred A berdasarkan tahap pematuhan terhadap keperluan kebersihan dan keselamatan makanan.

Sebanyak empat (4) notis pemakluman telah dikeluarkan kepada restoran makanan Greasetrap untuk tindakan selanjutnya.

MPT akan terus melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan pengusaha premis makanan sentiasa mematuhi standard kebersihan dan keselamatan makanan yang ditetapkan demi melindungi kesihatan serta kesejahteraan orang awam.

13/10/2026

Iklan Harta Penyewaan Majlis Perbandaran Taiping Bil. 12/2026 : Pengurusan Penyewaan Bangunan Pasar Taiping 1885 dilanjutkan.
(Tarikh Iklan: 28 September hingga 21 Oktober 2026)

Borang permohonan boleh didapati di Bahagian Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Taiping atau dimuat turun bersama maklumat berkaitan melalui pautan berikut:
https://tinyurl.com/rtrnkb87

Tempoh permohonan adalah bermula 28 September 2026 dan berakhir pada 21 Oktober 2026, jam 12.00 tengah hari.

Sebarang borang permohonan yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan diproses.

Notis Kerja Undi Bil 4/2026 (15 Oktober 2026)Pendaftaran akan dibuat secara 'walk-in' pada tarikh dan masa seperti berik...
13/10/2026

Notis Kerja Undi Bil 4/2026 (15 Oktober 2026)

Pendaftaran akan dibuat secara 'walk-in' pada tarikh dan masa seperti berikut :

TARIKH & HARI : 15 OKTOBER 2026 (KHAMIS)
TEMPAT : Jabatan Kejuruteraan, Tingkat 3, Majlis Perbandaran Taiping
MASA :
Sesi 1 : Jam 9:30 pagi hingga 12:30 tengah hari
Sesi 2 : Jam 2:30 petang hingga 4:30 petang
Sila bawa cop syarikat bagi memudahkan proses pendaftaran

Maklumat terperinci : chrome-extensio://kdpelmjpfafjppnhbloffcjpeomlnpah/https://mptaiping.gov.my/images/pdf/NOTIS%20KERJA%20UNDI%20BIL%204-2026.pdf

Iklan Harta Penyewaan Majlis Perbandaran Taiping Bil. 13/2026(Tarikh Iklan: 12 Oktober hingga 23 Oktober 2026)Borang per...
12/10/2026

Iklan Harta Penyewaan Majlis Perbandaran Taiping Bil. 13/2026
(Tarikh Iklan: 12 Oktober hingga 23 Oktober 2026)

Borang permohonan boleh didapati di Bahagian Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Taiping atau dimuat turun bersama maklumat berkaitan melalui pautan berikut:
https://tinyurl.com/2fcp53sf

https://mptaiping.gov.my/index.php/informasi/terkini/iklan-harta-penyewaan-majlis-perbandaran-taiping-bil-13-2026-tarikh-iklan-12-hingga-23-oktober-2026

Tempoh permohonan adalah bermula 12 Oktober 2026 dan berakhir pada 23 Oktober 2026, jam 12.00 tengah hari.

Sebarang borang permohonan yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan diproses.

OPERASI PENUNDAAN KENDERAAN TERBIAR DI SEKITAR AULONG DAN TAMAN SIMPANG MULIA, TAIPINGMajlis Perbandaran Taiping (MPT) t...
12/10/2026

OPERASI PENUNDAAN KENDERAAN TERBIAR DI SEKITAR AULONG DAN TAMAN SIMPANG MULIA, TAIPING

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah melaksanakan Operasi Penundaan Kenderaan Terbiar di sekitar Aulong dan Taman Simpang Mulia, Taiping sebagai tindakan penguatkuasaan bagi memastikan kawasan awam sentiasa berada dalam keadaan bersih, selamat dan teratur.

Tindakan ini dilaksanakan berdasarkan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Seksyen 46(1)(e) yang memperuntukkan larangan meletakkan kenderaan buruk, bahan buangan atau barangan lain di tempat awam.

Pihak MPT memandang serius isu kenderaan terbiar yang boleh menjejaskan kebersihan, keselamatan serta keselesaan penduduk setempat.

Sehubungan itu, orang ramai diseru agar sentiasa peka dan bertanggungjawab dengan tidak membiarkan kenderaan terbiar di kawasan awam. Kerjasama masyarakat amat penting dalam memastikan persekitaran Taiping kekal bersih, selamat dan terpelihara.

OPERASI PENGUATKUASAAN LARANGAN KENDERAAN BERATPada 8 Oktober 2026, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melaksanakan ...
10/10/2026

OPERASI PENGUATKUASAAN LARANGAN KENDERAAN BERAT

Pada 8 Oktober 2026, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melaksanakan operasi penguatkuasaan susulan pemasangan papan tanda larangan kenderaan berat yang dilaksanakan di Jalan Taman Assamara, Taiping baru-baru ini.

Hasil daripada operasi tersebut, sebanyak tiga (3) buah lori telah dikenakan tindakan melalui pengeluaran notis oleh pihak JPJ atas kesalahan gagal mematuhi perintah larangan jalan terhad.

Pihak JPJ memandang serius perkara ini dan akan terus menjalankan pemantauan serta tindakan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan terhadap larangan kenderaan berat yang telah ditetapkan.

Tindakan ini bertujuan memastikan peraturan lalu lintas dipatuhi, di samping meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya serta menjaga kesejahteraan penduduk setempat.

Orang ramai, khususnya pengusaha dan pemandu kenderaan berat, diingatkan agar sentiasa mematuhi papan tanda larangan yang telah dipasang dan peraturan lalu lintas yang berkuat kuasa.

Address

Taiping

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perbandaran Taiping posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share