Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang

Directions Website

Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang FB Page Ini Merupakan Halaman Rasmi Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang. "

"Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang Merupakan Hutan Simpan Bakau Terbesar Di Malaysia Dengan Keluasan Lebih Kurang 40,000 Hektar.

KURSUS PENGURUSAN TEKANAN DAN KESEJAHTERAAN DIRIANJURAN PEJABAT HUTAN DAERAH LARUT & MATANG22 SEPTEMBER 2026 | SELASAKur...
24/09/2026

KURSUS PENGURUSAN TEKANAN DAN KESEJAHTERAAN DIRI
ANJURAN PEJABAT HUTAN DAERAH LARUT & MATANG

22 SEPTEMBER 2026 | SELASA

Kursus Pengurusan Tekanan dan Kesejahteraan Diri anjuran Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang telah dilaksanakan pada 22 September 2026 bertempat di Taman Botani Taiping dan Paintball Taiping, Jalan Taman Sentosa.

Kursus ini telah disertai seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada 10 kumpulan, melibatkan warga kerja Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang serta renj-renj di bawah pentadbirannya. Wakil daripada Pusat Eko Pelajaran (PEP) Kuala Sepetang turut mengambil bahagian dalam kursus ini.

Antara pegawai yang turut menyertai program ialah En. Mohd Firdaus bin Jamel, Pegawai Hutan Daerah Larut & Matang, En. Shaier Shah bin Mukhtar, Penolong Pemelihara Hutan Renj Taiping dan En. Azizi bin Othman, Penolong Pemelihara Hutan Renj Kuala Sepetang.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang kursus, antaranya senamrobik, aktiviti rekreasi serta permainan Paintball. Aktiviti yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan membantu peserta mengurus tekanan dan meningkatkan kesejahteraan diri, malah turut menggalakkan kerjasama berpasukan, komunikasi dan semangat setiakawan dalam kalangan warga kerja.

Program ini juga menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim dan hubungan kekeluargaan antara kakitangan Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang, yang melibatkan Renj Taiping, Renj Kuala Trong, Renj Sungai Sega dan Renj Kuala Sepetang.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa sebagai salah satu usaha meningkatkan kesejahteraan, kecergasan fizikal dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

“Kesejahteraan Diri, Kekuatan Pasukan, Kecemerlangan Organisasi.”

PROGRAM JALINAN KERJASAMA PUSAT EKO PELAJARAN KUALA SEPETANG DAN SK LAKSAMANA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI ...
19/09/2026

PROGRAM JALINAN KERJASAMA PUSAT EKO PELAJARAN KUALA SEPETANG DAN SK LAKSAMANA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026

15 SEPTEMBER 2026 | SELASA
SK LAKSAMANA, KUALA SEPETANG

Program Jalinan Kerjasama Pusat Eko Pelajaran (PEP) Kuala Sepetang dan Sekolah Kebangsaan Laksamana (SKL) sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 telah diadakan pada 15 September 2026 bertempat di SK Laksamana, Kuala Sepetang.

Program dimulakan pada sebelah pagi dengan aktiviti hiasan basikal bertemakan Hari Kebangsaan yang disertai oleh seramai 10 orang peserta. Para peserta telah menghias dan menceriakan basikal masing-masing menggunakan kreativiti serta idea tersendiri dengan mengetengahkan elemen patriotisme dan semangat cintakan negara.

Seterusnya, para peserta telah menyertai perarakan basikal di sekitar Kampung Menteri dan kawasan sekitar Kuala Sepetang. Aktiviti ini bukan sahaja memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, malah turut menjadi medium untuk menyemarakkan semangat patriotisme serta mengeratkan hubungan antara warga sekolah dan komuniti setempat.

Program diteruskan dengan Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah yang berlangsung di Dewan Canselor, SK Laksamana. Majlis telah disempurnakan oleh En. Muhammad Ikhwan Ng bin Abdullah, Penolong Pegawai Perpaduan Kanan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS).

Pihak Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang turut diwakili oleh En. Azizi bin Othman, Penolong Pemelihara Hutan Kuala Sepetang, dan En. Abu Bakar bin Mat Saad, Pengawas Hutan Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang.

Program jalinan kerjasama ini merupakan satu inisiatif yang positif dalam memperkukuh hubungan strategik antara PEP Kuala Sepetang dengan SK Laksamana, di samping menyemai nilai patriotisme, perpaduan dan semangat cintakan Malaysia dalam kalangan generasi muda.

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”
“MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI”

PROGRAM PERKHEMAHAN ALAM SEMULAJADI SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SIAKAP TAHUN 202612 SEPTEMBER 2026 (SABTU)PROGRAM PERKHEMAHAN...
13/09/2026

PROGRAM PERKHEMAHAN ALAM SEMULAJADI SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SIAKAP TAHUN 2026

12 SEPTEMBER 2026 (SABTU)

PROGRAM PERKHEMAHAN ALAM SEMULAJADI SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SIAKAP TAHUN 2026
Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang

Program Perkhemahan Alam Semulajadi Sekolah Kebangsaan Sri Siakap Tahun 2026 telah diadakan di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang, melibatkan seramai 40 orang murid dan 10 orang guru.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan secara langsung kepada para murid mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, khususnya ekosistem Hutan Paya Laut Matang yang mempunyai nilai ekologi, ekonomi dan sosial yang tinggi.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah taklimat dan penerangan berkaitan ekosistem Hutan Paya Laut serta kepentingannya kepada alam sekitar dan kehidupan manusia. Para peserta turut dibawa melawat sekitar Pusat Eko Pelajaran dan Pusat Interpretasi bagi mendapatkan pemahaman yang lebih jelas mengenai pengurusan hutan paya laut serta biodiversiti yang terdapat di kawasan tersebut.

Selain itu, para murid berpeluang menyertai aktiviti penanaman anak pokok di dalam polibag. Aktiviti ini memberi pengalaman praktikal kepada murid dalam memahami proses penjagaan dan pembesaran anak pokok, di samping memupuk sikap mencintai serta bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Peserta turut diberi pendedahan mengenai industri pemprosesan kayu arang melalui lawatan ke kilang kayu arang. Lawatan ini memberi gambaran kepada murid tentang pemanfaatan hasil hutan paya laut secara terkawal serta kepentingan pengurusan sumber hutan yang lestari.

Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dengan memberikan pengalaman pembelajaran secara teori dan amali kepada para murid. Program seumpama ini amat wajar diteruskan pada masa akan datang kerana mampu meningkatkan kesedaran generasi muda terhadap kepentingan pemeliharaan hutan, biodiversiti dan kelestarian ekosistem Hutan Paya Laut Matang.

Selamat Hari Merdeka yang ke-69 🇲🇾🇲🇾🇲🇾buat seluruh rakyat Malaysia! Sempena sambutan tahun 2026 ini,  "Malaysia MADANI: ...
31/08/2026

Selamat Hari Merdeka yang ke-69 🇲🇾🇲🇾🇲🇾
buat seluruh rakyat Malaysia! Sempena sambutan tahun 2026 ini,
"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati" dengan memperkukuh semangat perpaduan, keharmonian, dan rasa cinta akan tanah air tercinta

Salam Maulidur Rasul 1448 Hijrah / 2026 Masihi menyambut ulang tahun kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. "MADAN...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448 Hijrah / 2026 Masihi menyambut ulang tahun kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
"MADANI Dihayati, Ummah Diberkati"

LAWATAN PASUKAN KAWAD JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK KE HUTAN SIMPAN KELIP-KELIPKUALA SEPETANG, PERAK | 21 OGOS 2026Pas...
21/08/2026

LAWATAN PASUKAN KAWAD JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK KE HUTAN SIMPAN KELIP-KELIP

KUALA SEPETANG, PERAK | 21 OGOS 2026

Pasukan Kawad Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah mengadakan lawatan ke Hutan Simpan Kelip-kelip bagi melihat dengan lebih dekat spesies kelip-kelip Pteroptyx tener yang menjadi antara tarikan ekopelancongan serta khazanah biodiversiti penting di kawasan Kuala Sepetang.

Lawatan ini disertai oleh sebahagian daripada 50 orang anggota Pasukan Kawad Jabatan Perhutanan Negeri Perak yang menginap di Chalet Pusat Eko-Pelajaran Kuala Sepetang. Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada anggota mengenali biodiversiti hutan paya laut, malah meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan habitat semula jadi.

Hutan Simpan Kelip-kelip telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada 27 November 2025, meliputi kawasan seluas lebih kurang 310.7 hektar. Pewartaan ini merupakan satu langkah penting dalam memastikan habitat kelip-kelip terus dilindungi dan populasi spesies tersebut dapat dikekalkan untuk generasi akan datang.

Kawasan ini turut mempunyai tumbuhan penting ekosistem hutan paya laut, khususnya pokok Berembang (Sonneratia caseolaris), Bakau Minyak (Rhizophora apiculata) serta Nipah (Nypa fruticans) yang menjadi sebahagian daripada ekosistem dan habitat semula jadi bagi pelbagai hidupan.

Pemeliharaan kawasan Hutan Simpan Kelip-kelip bukan sahaja penting bagi melindungi populasi Pteroptyx tener, tetapi turut menyumbang kepada kelestarian ekosistem hutan paya laut, biodiversiti serta pembangunan ekopelancongan berasaskan alam semula jadi di Kuala Sepetang.

“Memelihara Habitat, Menjamin Kelestarian Biodiversiti.”









LAWATAN SAMBIL BELAJAR MAKTAB RENDAH SAINS MARA ( MRSM) PENGAKALAN HULU,PERAK KE PUSAT EKO PELAJARAN KUALA SEPETANG15 OG...
16/08/2026

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MAKTAB RENDAH SAINS MARA ( MRSM) PENGAKALAN HULU,PERAK KE PUSAT EKO PELAJARAN KUALA SEPETANG

15 OGOS 2026 | SABTU

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Eko Pelajaran Paya Laut Matang

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat menyempurnakan lawatan ke *Pusat Eko Pelajaran* pada hari ini dalam keadaan selamat dan lancar. Seramai 2 Orang Guru Pengiring dan melibatkan 35 orang pelajaran Tingkatan 3 MRSM,Pengkalan Hulu Perak.

Bagi Pusat Eko Pelajaran Paya Laut Matang, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak MRSM Pengkalan Hulu
kerana sudi meluangkan masa untuk hadir dan menjadikan pusat kami sebagai destinasi pembelajaran luar kelas ( bilik darjah)

Kehadiran tuan puan dan para pelajar memberi sinar baru kepada kami.
Kami berharap lawatan ini dapat memberi ilmu, pengalaman dan kesedaran tentang kepentingan memelihara alam sekitar serta warisan ekopelancongan negara.

Terima kasih juga kepada guru-guru pengiring atas kerjasama dan disiplin yang ditunjukkan oleh para pelajar sepanjang program. Semoga hubungan baik antara MRSM Pengkalan Hulu dan Pusat Eko Pelajaran kami dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sekali lagi, jutaan terima kasih. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi manfaat dan menjadi bekalan untuk masa depan.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Address

Taiping

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share