26/09/2026
๐ถโโ๏ธ๐ช PROGRAM MEMBUDAYAKAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT โ 10,000 LANGKAH ๐ช๐ถโโ๏ธ
SEMPENA SAMBUTAN HARI PENJARA YANG KE-236 PERINGKAT PENJARA TAIPING
TAIPING, 25 SEPTEMBER 2026 (JUMAAT) โ Penjara Taiping telah melaksanakan Program Membudayakan Amalan Gaya Hidup Sihat โ 10,000 Langkah melalui aktiviti Briskwalk yang berlangsung pada jam 3.30 petang.
Program ini melibatkan penyertaan Unit Pentadbiran, pegawai dan anggota giliran awal, giliran malam, mainshift serta ahli PERSIAP dan keluarga. Para peserta hadir dengan pakaian sukan dan mengikuti beberapa pengisian antaranya taklimat laluan Briskwalk, senaman ringan (warm-up), sesi bergambar, pelepasan Briskwalk serta regangan badan (cooling down).
Program turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Penjara Taiping, PKK Rizalma bin Cheโ Abd Hamid dan TPP Khairul Esmail bin Mohd Zawawi.
Pelaksanaan program ini bukan sahaja memberi penekanan terhadap kepentingan kecergasan fizikal dan amalan gaya hidup sihat, malah turut menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan silaturahim, semangat kebersamaan dan kerjasama dalam kalangan warga Penjara Taiping serta keluarga.
๐ฅ PEMBAKARAN ARTIKEL LARANGAN
Dalam program yang sama, turut dilaksanakan Aktiviti Pembakaran Artikel Larangan yang dilaksanakan oleh Pengarah Penjara Taiping, PKK Rizalma bin Cheโ Abd Hamid, sebagai simbolik komitmen institusi dalam membanteras pemilikan serta kemasukan artikel larangan.
Antara artikel larangan yang telah dilupuskan melalui kaedah pembakaran ialah:
๐ซ Tembakau
๐ซ Senjata tajam
๐ซ Pemetik Api
Aktiviti ini mencerminkan komitmen berterusan Penjara Taiping dalam memastikan keselamatan, ketenteraman dan kawalan institusi sentiasa berada pada tahap yang terbaik.
Semoga program ini terus menyemarakkan budaya hidup sihat, berdisiplin dan saling bekerjasama dalam kalangan warga Penjara Taiping, selaras dengan semangat Sambutan Hari Penjara Yang Ke-236.
๐ฒ๐พ โPenjara Selamat, Berdaya Huni dan Menginspirasikan Harapan.โ