My Pengerang

Call Directions Website Contact the organization

My Pengerang Laman perkongsian pintar yg menghubungkan Majlis Perbandaran Pengerang bersama komuniti setempat.

KENYATAAN SEBUTHARGA/TENDER SEBAGAIMANA YANG BERIKUT:  β€’     MPP/SH/0046/2026β€’     MPP/SH/0049/2026PERMOHONAN PEMBELIAN ...
06/10/2026

KENYATAAN SEBUTHARGA/TENDER SEBAGAIMANA YANG BERIKUT:

β€’ MPP/SH/0046/2026
β€’ MPP/SH/0049/2026

PERMOHONAN PEMBELIAN SEBUTHARGA/TENDER PERLU MELALUI SISTEM EKONTRAK

http://ekontrak.mppengerang.gov.my/Default.aspx

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : 07-886 2692

β€œPengerang Indah, Masyarakat Sejahtera”
β€œKota Tinggi Mampan dan Berbudaya”

π‘πŽπŠπŽπŠ π‡π€ππˆπ’, 𝐏𝐔𝐍𝐓𝐔𝐍𝐆 π“πˆππ†π†π€π‹?Rokok habis, puntung dibuang.Hari ini kita kutip, esok dibuang lagi.Mungkin bagi yang membu...
06/10/2026

π‘πŽπŠπŽπŠ π‡π€ππˆπ’, 𝐏𝐔𝐍𝐓𝐔𝐍𝐆 π“πˆππ†π†π€π‹?

Rokok habis, puntung dibuang.
Hari ini kita kutip, esok dibuang lagi.

Mungkin bagi yang membuang, cuma satu puntung.
Tapi bagi yang menjaga kebersihan, ia tetap satu masalah.

Tong sampah ada. Tempat buang pun ada.

Merokok itu pilihan. Membuang puntung merata-rata bukan hak sesiapa.

Kita mungkin tidak mampu mengubah semua orang, tetapi kita boleh cuba ubah mentaliti satu demi satu.

Jaga kebersihan, jaga Pengerang kita.

Yang ikhlas,
Pengerang.

Nampak macam kereta biasa. Lama-lama jadi pemandangan biasa. Akhirnya, terus dianggap macam perabot awam.Majlis Perbanda...
05/10/2026

Nampak macam kereta biasa. Lama-lama jadi pemandangan biasa. Akhirnya, terus dianggap macam perabot awam.

Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) meneruskan Operasi Kenderaan Terbiar di kawasan pentadbiran MPP bagi memastikan persekitaran sentiasa bersih, selamat dan selesa untuk semua.

Kenderaan yang lama ditinggalkan bukan sahaja boleh menjejaskan pemandangan, malah berpotensi menjadi tempat pembiakan serangga perosak serta mengganggu pengguna jalan raya dan komuniti setempat.

MPP akan terus menjalankan tindakan sewajarnya terhadap kenderaan terbiar mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Kalau masih digunakan, pastikan dijaga dengan baik.
Kalau sudah tidak diperlukan, uruskan dengan cara yang betul.

β€œPengerang Indah, Masyarakat Sejahtera”
β€œKota Tinggi Mampan dan Berbudaya”

Susulan kemalangan yang berlaku di persimpangan susur keluar Tol Bandar Penawar, Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) mela...
05/10/2026

Susulan kemalangan yang berlaku di persimpangan susur keluar Tol Bandar Penawar, Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) melalui Bahagian Landskap tampil membantu pihak Bomba Bandar Penawar dalam usaha awal membersihkan kawasan kejadian.

Kerja-kerja pembersihan dilaksanakan bagi memastikan sisa dan serpihan akibat kemalangan dapat dialihkan, sekali gus membantu melancarkan aliran trafik serta mengurangkan risiko kepada pengguna jalan raya yang lain.

Tindakan pantas dan kerjasama antara agensi amat penting dalam situasi sebegini. Setiap usaha kecil yang dilakukan di lapangan memberi makna besar kepada keselamatan dan kelancaran perjalanan orang ramai.

Semoga semua pengguna jalan raya sentiasa berhati-hati dan mengutamakan keselamatan, khususnya ketika melalui kawasan persimpangan dan laluan keluar masuk tol.

MPP sentiasa bersama dalam memastikan persekitaran yang selamat dan selesa untuk komuniti.

Yang ikhlas,
Pengerang

π‰π€π‹πˆππ€π πŠπ€π’πˆπ‡ π’π„πŠπ€πŒππ”ππ† 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 π‰πŽπ‡πŽπ‘,  π™πŽπ πŸ‘ π“π€πŒπ€π ππ„π‘πŒπ€π“π€ 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐖𝐀𝐑 Meriah sungguh suasana di Taman Permata Penawar apabi...
05/10/2026

π‰π€π‹πˆππ€π πŠπ€π’πˆπ‡ π’π„πŠπ€πŒππ”ππ† 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 π‰πŽπ‡πŽπ‘, π™πŽπ πŸ‘ π“π€πŒπ€π ππ„π‘πŒπ€π“π€ 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐖𝐀𝐑

Meriah sungguh suasana di Taman Permata Penawar apabila penduduk bersama-sama berkumpul dalam Program Jalinan Kasih Sekampung Bangsa Johor.

Bukan sekadar sebuah program, tetapi menjadi ruang untuk masyarakat beramah mesra, berkongsi cerita dan mengeratkan silaturahim antara jiran tetangga.

Inilah semangat yang ingin dibina, apabila rakyat dan kerajaan dapat bersama-sama turun padang, bertemu secara dekat dan mewujudkan komuniti yang lebih harmoni dan sejahtera.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Puan Fauziah binti Misri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar, Yang Berbahagia Encik Zairul Adilla bin Haji Zani, Setiausaha Majlis Perbandaran Pengerang, Puan Nurul Insyirah binti Abdul Hamid, Ahli Majlis Zon 3, Encik Nor Asri bin Paimon, Ahli Majlis Zon 15, Ketua-Ketua Jabatan Majlis Perbandaran Pengerang serta Encik Jepri bin Taib, Pengerusi KRT Taman Permata Penawar A dan B, dan Ustaz Mohd Asfarizan bin Pungut sebagai penceramah jemputan.

Terima kasih kepada seluruh penduduk Taman Permata Penawar dan semua pihak yang bersama-sama menjayakan program ini.

Semoga jalinan yang terukir terus kukuh dan menjadi asas kepada komuniti yang saling mengenali, mengambil berat dan sentiasa bersama.

Rakyat bersama, kerajaan bersama. Kita bina Johor yang lebih sejahtera.

β€œPengerang Indah, Masyarakat Sejahtera”
β€œKota Tinggi Mampan dan Berbudaya”

πƒπ€π‘πˆ π‹πŽπ‘πŽππ† ππŽπ‹πˆππ†, π“π„π‘π‰π€π‹πˆπ π”πŠπ‡π”π–π€π‡ Bukan sekadar datang untuk menjatuhkan pin, tetapi inilah ruang untuk komuniti berk...
04/10/2026

πƒπ€π‘πˆ π‹πŽπ‘πŽππ† ππŽπ‹πˆππ†, π“π„π‘π‰π€π‹πˆπ π”πŠπ‡π”π–π€π‡

Bukan sekadar datang untuk menjatuhkan pin, tetapi inilah ruang untuk komuniti berkumpul, berkenalan dan meluangkan masa bersama.

Suasana cukup meriah apabila Zon 8 dan Zon 13, Majlis Perbandaran Pengerang berganding bahu menganjurkan Pertandingan Boling Komuniti yang disertai seramai 50 peserta daripada komuniti setempat.

Di sebalik setiap balingan, terjalin kemesraan. Di sebalik setiap sorakan, lahir semangat kebersamaan. Paling penting, hubungan antara komuniti terus diperkukuh dalam suasana santai dan penuh keceriaan.

Tahniah kepada semua peserta yang mengambil bahagian dan syabas kepada Zon 8 dan Zon 13 MPP atas penganjuran program yang bukan sahaja menghiburkan, malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim bersama komuniti.

Pengerang Indah, Masyarakat Sejahtera”
β€œKota Tinggi Mampan dan Berbudaya”

πŒπ„π‘πˆπ€π‡ππ˜π€ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ”πˆπ‡ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍Sebanyak 7 Zon Ahli Majlis telah menganjurkan Majlis Sambutan Sempena Hari Kuih Bulan ...
04/10/2026

πŒπ„π‘πˆπ€π‡ππ˜π€ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ”πˆπ‡ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍

Sebanyak 7 Zon Ahli Majlis telah menganjurkan Majlis Sambutan Sempena Hari Kuih Bulan dan Pertandingan Tanglung Mesra Keluarga dengan penuh meriah.

Program anjuran Ahli-Ahli Majlis MPP ini menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, memperkukuh semangat kejiranan serta memupuk keharmonian dalam kalangan masyarakat Pengerang.

Pertandingan tanglung yang diadakan turut menyerlahkan kreativiti peserta, di samping mewujudkan suasana ceria dan mesra dalam kalangan komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-Ahli Majlis MPP, pihak penganjur, peserta serta seluruh masyarakat yang bersama-sama menjayakan program ini.

Berbeza budaya, tetap bersama.
Bersama membina Pengerang yang harmoni.

β€œPengerang Indah, Masyarakat Sejahtera”
β€œKota Tinggi Mampan dan Berbudaya”

ππˆπ‹π€ πŠπˆπ“π€ ππˆπ‹πˆπ‡ π”ππ“π”πŠ πŒπ„πŒπ„π‹πˆπ‡π€π‘π€, πŠπˆπ“π€ 𝐉𝐔𝐆𝐀 πŒπ„πŒπˆπ‹πˆπ‡ π”ππ“π”πŠ 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐆𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁Menjadi pemilik haiwan peliharaan bukan sekada...
03/10/2026

ππˆπ‹π€ πŠπˆπ“π€ ππˆπ‹πˆπ‡ π”ππ“π”πŠ πŒπ„πŒπ„π‹πˆπ‡π€π‘π€, πŠπˆπ“π€ 𝐉𝐔𝐆𝐀 πŒπ„πŒπˆπ‹πˆπ‡ π”ππ“π”πŠ 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐆𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁

Menjadi pemilik haiwan peliharaan bukan sekadar memberi makan dan menyediakan tempat tinggal. Ia juga tentang memastikan kesihatan, kebajikan dan keselamatan haiwan sentiasa terjaga.

Atas kesedaran itu, Majlis Perbandaran Pengerang telah menganjurkan Program Vaksinasi & Pelesenan Anjing MPP 2026 di Dewan Serbaguna Persatuan Meninggikan Akhlak Che Huan Khor, Jalan Kurau 4, Sungai Rengit dengan kerjasama Family Veterinary.

Sambutan daripada pemilik anjing amat menggalakkan. Sepanjang program berlangsung, sebanyak 31 ekor anjing telah menerima perkhidmatan, melibatkan:

β€’ 29 ekor menerima vaksinasi
β€’ 2 ekor menjalani pemandulan/kembiri

Lebih daripada sekadar mendapatkan suntikan, program ini menjadi ruang untuk pemilik mendapatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan haiwan peliharaan dan pemilikan yang bertanggungjawab.

Program turut mendapat sokongan Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Pengerang yang hadir bersama-sama menjayakan usaha ini.

Terima kasih kepada semua pemilik anjing yang hadir dan memberikan kerjasama. Setiap usaha kecil dalam menjaga haiwan peliharaan turut menyumbang kepada komuniti yang lebih selamat dan sejahtera.

Pengerang Indah, Masyarakat Sejahtera”
β€œKota Tinggi Mampan dan Berbudaya”

𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 π€π”πƒπˆπ“ ππ„ππ˜π€π“π€ πŠπ„π–π€ππ†π€π πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 πŸπŸŽπŸπŸ“Setiap angka dalam penyata kewangan membawa cerita ten...
03/10/2026

𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 π€π”πƒπˆπ“ ππ„ππ˜π€π“π€ πŠπ„π–π€ππ†π€π πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 πŸπŸŽπŸπŸ“

Setiap angka dalam penyata kewangan membawa cerita tentang bagaimana amanah diurus dan tanggungjawab dilaksanakan.

Majlis Perbandaran Pengerang telah mengadakan Perbincangan Penutupan Audit Penyata Kewangan Tahun 2025. Perbincangan ini turut disertai oleh Jabatan Audit Negara Negeri Johor, Idris Ibrahim & Co selaku firma audit swasta, Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor secara dalam talian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Kerajaan Tempatan, Unit Audit Dalam, Unit Integriti serta Jabatan Kerja Raya Negeri Johor.

Audit bukan sekadar menyemak angka. Ia adalah sebahagian daripada usaha memastikan setiap urusan kewangan dilaksanakan dengan telus, teratur dan penuh amanah demi kepentingan rakyat.

Padi di sawah tumbuh melata,
Disabit orang di hujung desa;
Setiap angka disemak nyata,
Tanda amanah dijaga sentiasa.

β€œPengerang Indah, Masyarakat Sejahtera”
β€œKota Tinggi Mampan dan Berbudaya”

02/10/2026

Alhamdulillah, berita baik buat rakyat Johor yang menantikan penyerahan bantuan Perumahan Kasih Johor Fasa 6.

Saya ingin memaklumkan bahawa Majlis Penyampaian Inisiatif Perumahan Kasih Johor Fasa 6 akan diadakan pada 10 Oktober 2026 (Sabtu) di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru dan disempurnakan oleh YAB Dato Onn Hafiz Ghazi

Saya memahami ramai yang ternanti-nanti dan bertanyakan perkembangan bantuan ini. Semoga penyerahan nanti dapat membantu meringankan beban penerima dalam memenuhi keperluan perumahan keluarga.

Senarai nama pemohon yang berjaya akan diumumkan dalam masa terdekat. Pemohon yang berjaya juga akan menerima notifikasi melalui e-mel dan SMS dari Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor berdasarkan maklumat yang didaftarkan semasa permohonan. Mohon semua pemohon menyemak e-mel dan SMS masing-masing serta mengikuti hebahan rasmi PKPJ untuk maklumat lanjut.

Di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar Johor, kita terus berusaha memastikan inisiatif perumahan negeri sampai kepada rakyat yang memerlukan. Terima kasih atas kesabaran semua. Insya-Allah, kita bertemu pada 10 Oktober nanti!



Address

No 7, Jalan Kempas 1
Taman Desaru Utama
81930

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6078862692

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when My Pengerang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to My Pengerang:

Shortcuts

Share