APM Tambunan

Directions Website

APM Tambunan Lokasi Bangunan APM Tambunan https://g.co/kgs/kQWziE

Salam Sejahtera.Untuk makluman, talian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) kini...
25/09/2026

Salam Sejahtera.

Untuk makluman, talian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) kini telah berfungsi semula dengan baik dan boleh dihubungi.

Sekiranya terdapat sebarang kecemasan atau memerlukan bantuan, orang awam boleh terus menghubungi talian yang telah disediakan.

PKOD: PDPA TAMBUNAN
TALIAN TETAP: 087-774 050

Sekian, untuk makluman dan perhatian.
Terima kasih.

๐ŸŒ™ MALAM GELAP, JALAN PUN TERHALANG.Pada 21.09.2026, jam 2350H, satu panggilan diterima berhubung pokok tumbang di Jalan ...
22/09/2026

๐ŸŒ™ MALAM GELAP, JALAN PUN TERHALANG.

Pada 21.09.2026, jam 2350H, satu panggilan diterima berhubung pokok tumbang di Jalan Rafflesia, Tambunan, yang menghalang laluan utama Tambunanโ€“Kota Kinabalu.

Tanpa menunggu lama, Skuad Delta bergerak. Tiba pada 0030H, kerja pemotongan dan pembersihan segera dimulakan.

Sedikit demi sedikit, halangan disingkirkan. Jalan yang gelap kembali terbuka untuk perjalanan.

Bila jalan terhalang, kami datang membuka laluan. ๐ŸŒณ๐Ÿชš๐Ÿ’ช

๐Ÿ“ Rafflesia Information Centre, Tambunan
โฑ๏ธ Terima panggilan: 2350H | Selesai: 0047H
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿš’ 4 anggota LLP

APM TAMBUNAN
Sedia, Pantas dan Berintegriti.

๐Ÿ DIAM DI RANTING, TAPI BUKAN BERERTI TIADA BAHAYA.๐Ÿ“… 18 September 2026 | โฐ 1649H๐Ÿ“ Jabatan Veterinar, TambunanSatu panggi...
18/09/2026

๐Ÿ DIAM DI RANTING, TAPI BUKAN BERERTI TIADA BAHAYA.

๐Ÿ“… 18 September 2026 | โฐ 1649H
๐Ÿ“ Jabatan Veterinar, Tambunan

Satu panggilan diterima, Skuad Bravo terus bergerak ke lokasi. Di sebalik rimbunan pokok mangga, tersimpan sarang tebuan sebesar bola takraw.

Dengan langkah berhati-hati dan kelengkapan yang sesuai, sarang tersebut berjaya dimusnahkan.

Bahaya mungkin tersembunyi, tetapi bantuan APM sentiasa bersedia. ๐Ÿšจ๐Ÿ

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia













16/09/2026



KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN PERKHIDMATAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) TAHUN 2026

Adalah dimaklumkan bahawa Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan Perkhidmatan APM Tahun 2026. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berhubung tahap penyampaian perkhidmatan yang melibatkan orang awam, penjawat awam, agensi kerajaan dan agensi swasta.

Inisiatif ini merupakan komitmen berterusan APM dalam memperkukuh budaya kerja yang cemerlang, inovatif serta berfokuskan pelanggan. Sehubungan itu, kajian ini akan dilaksanakan mulai 1 Julai hingga 31 Oktober 2026 dan boleh diakses secara dalam talian melalui pautan berikut:

https://forms.gle/oXzmCn7mpnZmK4co6

Kerjasama YBhg. Datuk Seri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/YBrs. Prof./Ts./Ir./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai untuk menyertai kajian ini, seterusnya memanjangkan hebahan ini kepada warga kerja serta pelanggan di bawah seliaan masing-masing melalui semua saluran komunikasi sedia ada.

Pihak APM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan YBhg. Datuk Seri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/YBrs. Prof./Ts./Ir./Dr./Tuan/Puan. Hasil dapatan kajian ini sangat penting bagi menilai dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan demi kecemerlangan APM masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Perdana Menteri














**

Penutup bagi latihan bulanan APM Tambunan September 2026 | Pra-Survival |  Pra-Survival bukan sekadar belajar bertahan, ...
10/09/2026

Penutup bagi latihan bulanan APM Tambunan September 2026 | Pra-Survival |

Pra-Survival bukan sekadar belajar bertahan, tetapi belajar berjalan bersama.

Dalam susah dan senang, setiap langkah mengajar kita bahawa kekuatan bukan pada seorang, tetapi pada satu pasukan yang saling menyokong.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia














๐Ÿ โ€œBila Si Tebuan Bina Sarang, APM P**a Datang Berkunjung.โ€Malam itu, satu panggilan membawa 4 anggota APM Tambunan ke K...
30/08/2026

๐Ÿ โ€œBila Si Tebuan Bina Sarang, APM P**a Datang Berkunjung.โ€

Malam itu, satu panggilan membawa 4 anggota APM Tambunan ke Kampung Tabilung Baru.

Di sebatang pokok rambutan, ada โ€œpenghuniโ€ yang bukan sembarang penghuniโ€”sarang tebuan sebesar bola keranjang menanti untuk ditangani.

Dengan PPE dan kelengkapan operasi, anggota mendekati sarang tersebut dengan penuh berhati-hati. Tidak lama kemudian, ancaman berjaya dihapuskan.

Rumah kembali tenang. Pengadu pun lega.
Satu panggilan, satu tindakan, satu lagi bahaya berjaya diselesaikan. ๐Ÿ๐Ÿ›ก๏ธ

APM Tambunan sentiasa bersedia bila diperlukan.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah













๐Ÿšจ BILA KUNCI TERKUNCI, BANTUAN TIDAK PERNAH JAUH.28 Ogos 2026 | Pekan TambunanSatu panggilan diterima, empat anggota ber...
28/08/2026

๐Ÿšจ BILA KUNCI TERKUNCI, BANTUAN TIDAK PERNAH JAUH.

28 Ogos 2026 | Pekan Tambunan

Satu panggilan diterima, empat anggota bergerak. Dalam beberapa minit, masalah kecil yang mengunci sebuah kenderaan akhirnya terurai.

Dengan peralatan khas dan tindakan pantas, pintu kenderaan berjaya dibuka tanpa kerosakan.

Masalah mungkin datang tanpa dijangka, tetapi bantuan sentiasa bersedia.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia













๐Ÿ“ Dewan Pisompuruan Square, Tambunan๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ Bendera Berkibar, Semangat Menyala.Tambunan hari ini bukan sekadar dihiasi warna...
27/08/2026

๐Ÿ“ Dewan Pisompuruan Square, Tambunan

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ Bendera Berkibar, Semangat Menyala.

Tambunan hari ini bukan sekadar dihiasi warna-warni Bulan Kebangsaan dan Hari Sabah 2026, tetapi turut dipenuhi semangat yang menyatukan hati masyarakat.

Kehadiran Ahli Parlimen P.180 Keningau merangkap ADUN N.39 Tambunan, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, turut menyemarakkan lagi suasana dan menghidupkan makna sebenar sebuah kemerdekaan.

Jalur Gemilang terus berkibar, semangat Malaysia terus menyala. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia













Pagi itu, satu panggilan masuk dari Kampung Mangi Pangi, Tambunan. Sebuah kunci yang terlupa di dalam kereta, akhirnya m...
21/08/2026

Pagi itu, satu panggilan masuk dari Kampung Mangi Pangi, Tambunan. Sebuah kunci yang terlupa di dalam kereta, akhirnya mengunci perjalanan pemiliknya.

Pada jam 0940H, panggilan diterima. Tidak lama kemudian, empat anggota bergerak menuju lokasi dengan PPE dan peralatan operasi. Tepat 0958H, pasukan tiba dan terus menjalankan tindakan menggunakan set pembuka kunci kenderaan.

Beberapa ketika kemudian, pintu berjaya dibuka tanpa sebarang kerosakan. Masalah yang bermula daripada satu kecuaian kecil akhirnya selesai dengan tindakan yang pantas dan tepat.

Satu panggilan. Satu tindakan. Satu masalah berjaya diselesaikan.

Angkatan Pertahanan Awam Daerah Tambunan

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah













Address

Jalan Basinau, Lorong Mesra 3
Tambunan
89657

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Tambunan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share