02/10/2026
Pelbagai isu berkaitan tanah telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tuaran merangkap Adun Tamparuli, YB DSP Wilfred Madius Tangau, semasa kunjungan beliau kepada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Chua Ming Ling di Kota Kinabalu semalam.
Perbincangan tertumpu kepada pelaksanaan Program PANTAS di Tuaran, khususnya di Kiulu dan Tamparuli, melibatkan kawasan yang telah lama diduduki dan diusahakan penduduk serta permohonan tanah yang masih belum selesai proses pengukuran dan pengeluaran geran.
YB DSP Madius berharap pelaksanaan PANTAS dapat dipercepatkan, dan Datuk Pengarah memberikan maklum balas yang positif ke arah penyelesaian isu pemilikan tanah yang dibangkitkan. Beliau turut menghargai usaha dan sokongan Ahli Parlimen Tuaran dalam mendapatkan peningkatan peruntukan bagi program tersebut.
Pemilikan geran tanah penting untuk memberi kepastian hak kepada penduduk, meningkatkan taraf sosioekonomi serta membuka peluang kepada pelbagai program pembangunan dan bantuan kerajaan.
Kunjungan ini turut disertai pasukan pelayanan rakyat YB DSP Madius termasuk PPM Tamparuli Tn Jeffry Teo, Setiausaha Perhubungan Awam Adun Tamparuli Tn Kanil Dayou, serta kakitangan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tuaran Tn Salbinous Saribun, Tn Rayner Ebi, Tn Jainysius Sipan, Pn Jiana Stephen dan Setiausaha Kerja Upko Bahagian Tuaran Tn Robert Tinus.
Tanah yang diusahakan turun-temurun perlu mempunyai kepastian hak. Geran memberi kepastian, kepastian membuka peluang, dan peluang membantu keluarga membina kehidupan yang lebih baik.
Ewon Benedick Official Media UPKO Malaysia UPKO Tuaran UPKO CLC Kiulu UPKO CLC Tamparuli Pemuda UPKO Tuaran Wanita UPKO Progressive Tuaran Generasi Muda UPKO Tuaran CLC UPKO DALIT