22/10/2026
π PROGRAM GEMPAK (GENERASI MUDA PEKEBUN KECIL) | REMBAU
Suasana Program GEMPAK hari ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sukan dan permainan santai yang menghimpunkan generasi muda pekebun kecil dalam suasana penuh kemeriahan, semangat kesukanan dan ukhuwah. π―
Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pertandingan karom, dam aji, pingpong dan dart yang bukan sahaja menguji kemahiran, ketangkasan serta strategi para peserta, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta.
Lebih daripada sekadar pertandingan, aktiviti sebegini membuka ruang kepada generasi muda untuk berinteraksi, membina keyakinan diri dan mencipta kenangan bersama dalam suasana yang sihat dan positif.
RISDA sentiasa komited dalam memperkasa generasi muda pekebun kecil melalui pelbagai pendekatan yang mampu membentuk generasi berpotensi, berdaya saing dan bersedia menerajui masa depan sektor pekebun kecil.
Generasi muda diperkasa, ukhuwah diperkukuh, masa depan pekebun kecil terus disemarakkan! π€π±