Permodalan Darul Ta'zim

Call Directions Website Contact the organization

Permodalan Darul Ta'zim A Johor State Government investment arm and equity holding company. Company No. : 199401041837 (327525-V)
(1)

Jerebu boleh menjejaskan kesihatan dan kualiti kehidupan seharian. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil la...
20/10/2026

Jerebu boleh menjejaskan kesihatan dan kualiti kehidupan seharian. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan pelitup muka yang sesuai, minum air secukupnya, menjaga kebersihan diri serta memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sebelum melakukan aktiviti di luar.

Selain itu, sentiasa peka terhadap tahap kesihatan diri, kurangkan aktiviti luar apabila kualiti udara tidak sihat dan kongsikan maklumat yang sahih berkaitan jerebu kepada keluarga serta komuniti.

…

Haze can affect our health and daily quality of life. Therefore, the public is advised to take precautionary measures by wearing appropriate face masks, drinking sufficient water, maintaining personal hygiene and monitoring the Air Pollutant Index (API) before engaging in outdoor activities.

In addition, stay alert to your health, minimise outdoor activities when air quality reaches unhealthy levels and share reliable haze-related information with family members and the community.

  | Kursus Asas Pengurusan Projek Pembinaan
13/10/2026

| Kursus Asas Pengurusan Projek Pembinaan

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍

𝗞𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗶𝗻𝗶 :
☘️ Memahami prinsip asas dan kitaran pengurusan projek pembinaan.
☘️ Mengenal pasti Langkah perancangan projek, termasuk skop kerja, jadual dan sumber.
☘️ Memahami kaedah asas pemantauan kemajuan, kos dan kualiti projek.
☘️ Mengenal risiko, masalah dan cabaran lazim dalam pelaksanaan projek pembinaan
☘️ Memahami kepentingan koordinasi, komunikasi dan keselamatan di tapak pembinaan

🗓️ 27 Oktober 2026 (Selasa)
💰 RM 50
🔊 10 Mata CCD
🔖 Sijil Kursus Diberikan
📍 Online Webinar

𝗦𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝗶 𝗵𝗮𝗱𝗶𝗿 𝗸𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗶𝗻𝗶❓

Kumpulan Sasaran
🚧Pemilik/Pengarah/Staf Syarikat
🚧Kontraktor yang berdaftar dengan CIDB Gred G1 hingga G7

𝗝𝗼𝗺 𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 ‼️‼️

TEKAN LINK UNTUK MENDAFTAR
PENDAFTARAN MELALUI GOOGLE FORM

https://forms.gle/gRMwKJPUPkyN9Ste7
Sebarang pertanyaan hubungi kami di 07-596 4011/4012
Atau boleh WhatsApp https://wa.link/wcc3hs
Email : [email protected]

  | INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) JOHOR
29/09/2026

| INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) JOHOR

Keadaan kualiti udara di Negeri Johor menunjukkan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat jam 12 tengah hari ini apabila kesemua lapan stesen pemantauan merekodkan tahap Tidak Sihat. Orang ramai disaran mengurangkan aktiviti luar dan terus mengikuti perkembangan kualiti udara dari semasa ke semasa.








Sesi Taklimat Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor (JETP) Daerah Segamat yang dihadiri oleh YAB Menteri Besar Johor, ...
25/09/2026

Sesi Taklimat Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor (JETP) Daerah Segamat yang dihadiri oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi telah berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Utama, Segamat.

Sesi ini turut merangkumi pembentangan cadangan projek utama oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), serta lawatan ke reruai pempamer. Menerusi JETP, Segamat dikenal pasti sebagai Hab Pertanian Tanaman Bernilai Tinggi dan Pemprosesan Biojisim Johor dengan potensi untuk berkembang sebagai pusat pemprosesan, pelaburan dan penciptaan nilai ekonomi.

Berteraskan kekuatan dan potensi sedia ada, pembangunan Segamat akan terus diperkasa melalui pengukuhan sektor pertanian bernilai tinggi, bio-agro dan biojisim, disokong oleh infrastruktur, logistik serta tenaga boleh diperbaharui. Pendekatan bersepadu ini membuka peluang kepada pengembangan rantaian nilai, pemerkasaan industri tempatan serta penerokaan peluang pelaburan baharu yang dapat menyokong pertumbuhan ekonomi daerah secara lebih mampan.

Seiring dengan agenda tersebut, PDT bersama UEM Lestra Berhad turut memacu pembangunan ladang solar fotovoltaik (PV) berkapasiti 866 MWp melalui syarikat usahasama, Lestra HEXA JV Sdn. Bhd. Dengan nilai pelaburan sebanyak RM3.3 bilion, projek ini dijangka mula beroperasi pada suku keempat 2028, sekali gus memperkukuh peranan Segamat dalam pembangunan tenaga bersih serta menyokong aspirasi ekonomi hijau Johor.

Secara keseluruhannya, JETP menjadi landasan dalam menyokong pembangunan daerah secara lebih tersusun dengan mengambil kira potensi ekonomi, keperluan setempat serta peluang pelaburan. Usaha ini diharap dapat terus menyokong pertumbuhan ekonomi daerah dan memberi manfaat yang berterusan kepada masyarakat.

…

The Briefing Session on the Johor Economic Transformation Plan (JETP) for the Segamat District attended by the YAB Menteri Besar of Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi was held at Dewan Serbaguna Taman Utama, Segamat.

The session also included presentations on main project proposals by the Local Authorities (PBT), as well as a visit to the exhibitors’ booths. Through JETP, Segamat has been identified as the Johor Hub for High-value Crop Agriculture and Biomass Processing with the potential to develop into a centre for processing, investment and economic value creation.

Building on its existing strengths and potential, the development of Segamat will be further strengthened through the enhancement of the high-value agriculture, bio-agro and biomass sectors, supported by infrastructure, logistics and renewable energy. This integrated approach creates opportunities for the expansion of value chains, strengthening of local industries, as well as the exploration of new investment opportunities that can support the district’s economic growth in a more sustainable manner.

In line with this agenda, PDT together with UEM Lestra Berhad is also driving the development of an 866 MWp photovoltaic (PV) solar farm through their joint venture company, Lestra HEXA JV Sdn. Bhd. With a total investment value of RM3.3 billion, the project is expected to commence operations in the fourth quarter of 2028, further strengthening Segamat’s role in clean energy development while supporting Johor’s green economy aspirations.

Overall, JETP serves as a platform to support more structured district development by taking into account economic potential, local needs and investment opportunities. These efforts are expected to further support the district’s economic growth while delivering sustained benefits to the local community.

Permodalan Darul Ta’zim (PDT) terus komited dalam melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang member...
24/09/2026

Permodalan Darul Ta’zim (PDT) terus komited dalam melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan.

Wakil PDT berkesempatan menyantuni penghuni Hayati Care Centre, Batu Pahat menerusi Program Tautan Kasih. Penganjuran program ini memasuki tahun kedua di bawah inisiatif CSR PDT dengan tumpuan khusus kepada golongan warga emas.

Sebagai tanda sokongan dan keprihatinan, PDT telah menyampaikan sumbangan berupa barangan perubatan dan keperluan kesihatan kepada pusat penjagaan berkenaan. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Pengurus Hal Ehwal Korporat PDT, Norindah Khairi kepada Pengurus Hayati Care Centre, Muhammad Luqman Halim Ahmad.

Ditubuhkan pada tahun 2024, Hayati Care Centre berhasrat menyediakan perlindungan dan penjagaan yang selesa kepada golongan warga emas serta individu yang memerlukan.

Melalui pelaksanaan program ini, PDT berharap agar sumbangan yang disalurkan dapat membantu memenuhi keperluan penghuni serta mencerminkan komitmen berterusan PDT dalam memperkukuh kesejahteraan masyarakat menerusi inisiatif CSR yang dilaksanakan.

….

Permodalan Darul Ta’zim (PDT) remains committed to implementing Corporate Social Responsibility (CSR) initiatives that benefit the community, particularly those in need.

PDT representatives had the opportunity to spend time with the occupants of Hayati Care Centre, Batu Pahat through the Tautan Kasih Programme. This marks the second year of the programme, which is carried out under PDT’s CSR initiatives with a specific focus on senior citizens.

As a gesture of support and care, PDT presented contributions comprising medical supplies and healthcare necessities to the care centre. The contribution was presented by PDT Deputy Manager of Corporate Affairs, Norindah Khairi to the Manager of Hayati Care Centre, Muhammad Luqman Halim Ahmad.

Established in 2024, Hayati Care Centre aims to provide a safe and comfortable environment for senior citizens and individuals in need of care.

Through the implementation of this programme, PDT hopes that the contribution will help fulfil the needs of the residents while reflecting PDT’s continued commitment in strengthening community well-being through its CSR initiatives.

  | Kursus "Brand2Market"
18/09/2026

| Kursus "Brand2Market"

Sertai Kursus "Brand2Market"

Terbuka kepada usahawan atau individu yang ingin mengetahui aspek pasaran dan jenama

Tarikh : 22 September 2026 (Selasa)
Masa : 09.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar Bestari, PUJB, Iskandar Puteri

Modul bimbingan : -
• Memperkasa minda dan sikap usahawan peserta sebelum mereka membina sebarang strategi jenama atau pemasaran.

• Membimbing peserta membina penjenamaan diri usahawan yang jelas, tulen dan konsisten.

• Membimbing peserta membina penjenamaan produk dan perniagaan yang berbeza dan mudah diingati.

• Membekalkan peserta asas marketability supaya jenama diri dan perniagaan mereka benar-benar boleh dipasarkan kepada khalayak sasaran

Sahkan penyertaan di https://catalog.billplz.com/AmazingPUJB/link/2209 atau scan QR Code di poster

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 16 September merupakan tarikh bersejarah yang memperingati penubuhan Malaysia melal...
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026

16 September merupakan tarikh bersejarah yang memperingati penubuhan Malaysia melalui penyatuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dalam membentuk sebuah negara yang berdaulat dan harmoni.

Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan rasa cinta terhadap negara terus dipupuk dalam kalangan rakyat demi memastikan Malaysia kekal aman, maju dan sejahtera.

…..

HAPPY MALAYSIA DAY 2026

16 September is a historic date that commemorates the establishment of Malaysia through the unification of Malaya, Sabah and Sarawak to form a sovereign and harmonious nation.

May the spirit of unity, harmony and love for the country continue to be nurtured among the people to ensure that Malaysia remains peaceful, developed and prosperous.

Sekalung Tahniah kepada Yang Berbahagia Datuk Narendran Maniam, Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium Sdn Bhd.A...
07/09/2026

Sekalung Tahniah kepada Yang Berbahagia Datuk Narendran Maniam, Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium Sdn Bhd.

Atas Pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran “Datuk”.

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Jadi Ke-77 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka pada 26 Ogos 2026.

….

Heartiest Congratulations to Yang Berbahagia Datuk Narendran Maniam, Chief Executive Officer of Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.

On the Conferment of the Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.), which carries the title “Datuk.”

In conjunction with the 77th Birthday Celebration of His Excellency the Yang di-Pertua Negeri of Melaka on 26 August 2026.

Mesyuarat Lembaga Pengarah Permodalan Darul Ta’zim (PDT) Kali Ke-37 (Bil. 1/2026) telah berlangsung dan dipengerusikan o...
03/09/2026

Mesyuarat Lembaga Pengarah Permodalan Darul Ta’zim (PDT) Kali Ke-37 (Bil. 1/2026) telah berlangsung dan dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, bertempat di Pejabat Pengurusan PDT.

Antara agenda utama mesyuarat ialah pembentangan bertajuk “Honouring the Past, Inspiring the Future: Menelusuri Legasi, Mencipta Inspirasi” oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PDT, Dato’ Ramlee A. Rahman.

Mesyuarat turut membentangkan pelaporan dan pengesahan pencapaian PDT sepanjang tempoh kepimpinan Dato’ Ramlee A. Rahman dari tahun 2021 hingga 2026, yang merangkumi pelbagai pencapaian dan perkembangan penting dalam memperkukuh kedudukan serta hala tuju PDT.

Mesyuarat kemudiannya disusuli dengan sesi penyampaian sijil dan plak penghargaan kepada Dato’ Ramlee A. Rahman sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, sumbangan, dedikasi dan kepimpinan beliau sepanjang menerajui PDT.

Penghargaan ini mencerminkan apresiasi terhadap komitmen beliau dalam memacu kemajuan PDT serta meninggalkan legasi yang akan terus menjadi landasan dalam meneruskan aspirasi dan hala tuju PDT pada masa hadapan.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Dato’ Mohammed Ridha Dato’ Abd Kadir; Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Dato' Mohd Noorazam Dato’ Osman; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YB Dato' Haji Mohd Jafni Md Shukor dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia, YB Tuan Lee Ting Han.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Ekonomi, YBhg Datuk Dr. Zunika Mohamed; Pengerusi Governance, Risk & Audit Committee (GRAC) PDT, Dato’ Ishak Sahari; Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), Haji Ahmad Nazir Mohd Nasir dan Presiden & Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, YB Dato' Ramlee A Rahman serta barisan pengurusan kanan PDT.

….

The 37th Meeting of the Board of Directors of Permodalan Darul Ta’zim (PDT) (No. 1/2026) was held and chaired by the Menteri Besar of Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi at the PDT Management Office.

Among the key agenda was a presentation entitled “Honouring the Past, Inspiring the Future: Menelusuri Legasi, Mencipta Inspirasi” by the President & Group Chief Executive of PDT, Dato’ Ramlee A. Rahman.

The meeting also included the presentation of PDT’s achievements throughout Dato’ Ramlee A. Rahman’s tenure from 2021 to 2026, including various significant achievements and developments in strengthening PDT’s position and direction.

The meeting was subsequently followed by the presentation of certificate and plaque to Dato’ Ramlee A. Rahman as a token of appreciation for his invaluable service, contributions, dedication and leadership throughout his tenure at PDT.

This recognition reflects his commitment in driving PDT’s progress and leaving a lasting legacy that will continue to serve as a foundation for pursuing PDT’s aspirations and direction in the future.

In attendance were the Johor State Secretary, YB Dato’ Mohammed Ridha Dato’ Abd Kadir; Johor State Financial Officer, YB Dato’ Mohd Noorazam Dato’ Osman; Chairman of the Johor State Housing and Local Government Committee, YB Dato’ Haji Mohd Jafni Md Shukor and Chairman of the Investment, Trade, Consumer Affairs and Human Resources Committee, YB Tuan Lee Ting Han.

Also present were the Deputy Secretary-General (Policy) of the Ministry of Economy, YBhg Datuk Dr. Zunika Mohamed; Chairman of PDT’s Governance, Risk & Audit Committee (GRAC), Dato’ Ishak Sahari; Deputy Johor State Secretary (Development), Haji Ahmad Nazir Mohd Nasir and President & Group Chief Executive of PDT, YB Dato’ Ramlee A. Rahman, together with the PDT senior management team.

Semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara terus disemarakkan menerusi penyertaan warga PDT dalam Majlis Sambutan ...
01/09/2026

Semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara terus disemarakkan menerusi penyertaan warga PDT dalam Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Daerah Johor Bahru Tahun 2026 yang berlangsung di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada pagi semalam.

Bersama-sama 49 kontinjen yang terdiri daripada badan beruniform, jabatan kerajaan, agensi swasta, institusi pendidikan dan badan bukan kerajaan (NGO), kontinjen PDT turut menyertai perbarisan Hari Kebangsan bagi memeriahkan lagi sambutan pada hari tersebut.

Penyertaan ini merupakan tahun kelima berturut-turut sejak 2022, mencerminkan komitmen warga PDT untuk terus menghayati nilai patriotisme, perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.

PDT turut berjaya meraih Tempat Kedua bagi kategori Sepanduk Terbaik – Badan Berkanun/Swasta/Badan Bukan Kerajaan (NGO). Kejayaan ini menjadi simbol semangat berpasukan dan kesungguhan warga PDT dalam menjayakan sambutan penuh bermakna ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Mohd Jafni Md Shukor yang mewakili Menteri Besar Johor.

…

The spirit of patriotism and love for the nation continues to be fostered through the participation of PDT employees in the 69th National Day Celebration Ceremony for Johor Bahru District 2026, held at Dataran Bandaraya Johor Bahru yesterday morning.

Together with 49 contingents including uniformed bodies, government departments, private agencies, educational institutions and non-governmental organisations (NGOs), the PDT contingent also took part in the National Day parade to enliven the celebration that day.

This participation marks the fifth consecutive year since 2022, reflecting the commitment of PDT employees to continue embracing the values of patriotism, unity and harmony within the community.

PDT also successfully secured Second Place in the Best Banner category – Statutory Bodies/Private Sector/Non-Governmental Organisations (NGOs). This achievement serves as a symbol of teamwork and the dedication of PDT staff in making this meaningful celebration a success.

The ceremony was officiated by Chairman of the Johor State Housing and Local Government Committee, YB Dato’ Haji Mohd Jafni Md Shukor, who represented the Menteri Besar of Johor.

Address

No. 44, Jalan Padi Emas 1/2, Uda Business Centre, Bandar Baru Uda
Tampoi
81200

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+6072396567

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Permodalan Darul Ta'zim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Permodalan Darul Ta'zim:

Shortcuts

Share