IKBN Tanah Merah

Call Directions Website

IKBN Tanah Merah IKBN Tanah Merah merupakan salah satu dari 22 ILKBS di Malaysia

πŸ”₯ ENOGEN-TM BAWA COTID-26, BUKTIKAN INOVASI CIPTA IMPAK!πŸš€PUTRAJAYA | 6 OKTOBER 2026 – Satu lagi pencapaian membanggakan ...
07/10/2026

πŸ”₯ ENOGEN-TM BAWA COTID-26, BUKTIKAN INOVASI CIPTA IMPAK!πŸš€

PUTRAJAYA | 6 OKTOBER 2026 – Satu lagi pencapaian membanggakan buat warga IKBN Tanah Merah! πŸŽ‰

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Enogen-TM telah berjaya melaksanakan pembentangan projek COTID-26 dengan lancar dan penuh keyakinan pada 6 Oktober 2026.

Dianggotai oleh 10 orang ahli, Enogen-TM membangunkan COTID-26 sebagai satu penyelesaian inovatif bagi menangani permasalahan yang dihadapi oleh pengajar dan pelajar IKBN Tanah Merah.

Lebih membanggakan, usaha murni ini turut mendapat sokongan padu daripada pihak pengurusan IKBN Tanah Merah, sekali gus memperlihatkan komitmen institut dalam memperkukuh budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan warga kerja. πŸ’‘πŸ‘

Seramai 6 orang wakil Enogen-TM telah hadir bagi menjayakan sesi pembentangan tersebut.

Daripada idea, kepada inovasi.
Daripada masalah, kepada penyelesaian.
Inilah semangat Enogen-TM! πŸ”₯

Tahniah dan syabas kepada seluruh pasukan Enogen-TM atas komitmen, kerjasama dan keberanian membawa idea sehingga ke pentas pembentangan.

Teruskan berinovasi. Teruskan mencipta impak. Teruskan mengharumkan nama IKBN Tanah Merah!πŸ’ͺ✨

SEMBAH TAHNIAH & UCAPANDaulat Tuanku! πŸ‘‘Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena Perayaan Ulang Ta...
28/09/2026

SEMBAH TAHNIAH & UCAPAN

Daulat Tuanku! πŸ‘‘

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-57 Tahun 2026.

Semoga Allah SWT terus melimpahkan rahmat, kesejahteraan, kesihatan dan kebijaksanaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam memerintah serta memayungi rakyat Negeri Kelantan dengan penuh adil dan saksama.

Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!

🀝 MEMPERKUKUH JALINAN INDUSTRI, MEMACU KEBOLEHPASARAN GRADUAN! πŸš€IKBN Tanah Merah hari ini menerima kunjungan hormat dari...
27/09/2026

🀝 MEMPERKUKUH JALINAN INDUSTRI, MEMACU KEBOLEHPASARAN GRADUAN! πŸš€

IKBN Tanah Merah hari ini menerima kunjungan hormat daripada Global Partners Group bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam usaha memperkukuh kebolehpasaran dan peluang kerjaya graduan.

Sesi perbincangan dimulakan dengan perkongsian mengenai profil, fungsi dan pengoperasian IKBN Tanah Merah, termasuk bidang latihan kemahiran yang ditawarkan kepada golongan belia. Pihak Global Partners Group turut memperkenalkan organisasi, bidang operasi serta peluang kerjasama yang boleh diterokai bersama.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk potensi penempatan pekerjaan graduan, latihan industri, perkongsian kepakaran serta jaringan kerjasama strategik antara institusi dan industri. πŸ’ΌπŸŽ“

Kunjungan ini diharapkan menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dalam menyediakan lebih banyak peluang dan laluan kerjaya kepada graduan IKBN Tanah Merah.

Daripada kemahiran kepada kerjaya.
Daripada institusi kepada industri. πŸ’ͺ







27/09/2026

πŸŽ“ JOM MOHON ILKBS – AMBILAN JANUARI 2027! πŸš€

Dah bersedia untuk bina masa depan dalam bidang kemahiran? Inilah masa untuk pilih laluan TVET yang sesuai dengan minat dan cita-cita anda! ✨

πŸ“… Permohonan dibuka bermula 1 Oktober hingga 16 November 2026

Sebelum memohon, pastikan Profil Pemohon lengkap dan semua maklumat yang diberikan adalah tepat. Kemudian, pilih program-program TVET di ILKBS yang sesuai dengan minat dan perancangan masa depan anda.

πŸ”₯ Jangan tunggu last minute!
Rancang masa depan anda hari ini dan mulakan langkah pertama bersama ILKBS!

🌐 Mohon di https://mohon.tvet.gov.my/

πŸ’Ό TVET Pilihan Utama Kerjaya
πŸ† ILKBS Profesional Terunggul

SEDANG BERLANGSUNG HARI CUCI MALAYSIA 2026 PERINGKAT IKBN TANAH MERAH - PEMBERSIHAN KEBUNTI IKBN TANAH MERAH
26/09/2026

SEDANG BERLANGSUNG HARI CUCI MALAYSIA 2026 PERINGKAT IKBN TANAH MERAH - PEMBERSIHAN KEBUNTI IKBN TANAH MERAH

SEDANG BERLANGSUNG HARI CUCI MALAYSIA 2026 PERINGKAT IKBN TANAH MERAH - PEMBERSIHAN ASRAMA
26/09/2026

SEDANG BERLANGSUNG HARI CUCI MALAYSIA 2026 PERINGKAT IKBN TANAH MERAH - PEMBERSIHAN ASRAMA

SEDANG BERLANGSUNG HARI CUCI MALAYSIA 2026 PERINGKAT IKBN TANAH MERAH - PEMBERSIHAN TANAH PERKUBURAN MUKIM BUKIT PANAU
26/09/2026

SEDANG BERLANGSUNG HARI CUCI MALAYSIA 2026 PERINGKAT IKBN TANAH MERAH - PEMBERSIHAN TANAH PERKUBURAN MUKIM BUKIT PANAU

🧹🌏 JOM BERSIH, JOM PEDULI!Sempena World Cleanup Day 2026, IKBN Tanah Merah akan menyertai Hari Cuci Malaysia sebagai usa...
24/09/2026

🧹🌏 JOM BERSIH, JOM PEDULI!

Sempena World Cleanup Day 2026, IKBN Tanah Merah akan menyertai Hari Cuci Malaysia sebagai usaha bersama memupuk kesedaran dan tanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.

πŸ“… 26 September 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi
πŸ“ Tanah Perkuburan Mukim Bukit Panau & Asrama IKBN Tanah Merah

Ayuh warga IKBN Tanah Merah bersama-sama turun padang, berganding bahu membersihkan kawasan dan mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selamat dan selesa. πŸ’ͺ🌱

Kebersihan tanggungjawab kita bersama.
Satu langkah kecil, impak besar untuk alam sekitar! 🌿✨









24/09/2026
BELIA DIPERKASA, POTENSI DISERLAH: IKBN TANAH MERAH DI MAJLIS PENTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA PERINGKAT ...
24/09/2026

BELIA DIPERKASA, POTENSI DISERLAH: IKBN TANAH MERAH DI MAJLIS PENTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI KELANTAN

23 September 2026 – Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tanah Merah hadir menerima pentauliahan di Majlis Pentauliahan Perak dan Gangsa Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan yang sedang berlangsung di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Seramai 39 peserta Tahap Perak dan 41 peserta Tahap Gangsa menerima pentauliahan dalam majlis tersebut sebagai pengiktirafan atas kejayaan mereka melengkapkan komponen yang telah ditetapkan menerusi Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.

Penyertaan pelajar IKBN Tanah Merah dalam program ini mencerminkan komitmen mereka dalam membangunkan potensi diri, meningkatkan kemahiran serta melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembangunan belia.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima atas kejayaan dan komitmen yang telah diberikan. Semoga pentauliahan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan serta mencapai kejayaan di Tahap Emas.









Address

Jalan BUKIT PANAU
Tanah Merah
17500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKBN Tanah Merah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share