APM TANAH MERAH

Call Directions Contact the organization

APM TANAH MERAH respon panggilan kecemasan 999

 APM Daerah Tanah Merah telah menghadiri Mesyuarat Persiapan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) yang diadakan pada 6 Okt...
06/10/2026



APM Daerah Tanah Merah telah menghadiri Mesyuarat Persiapan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) yang diadakan pada 6 Oktober 2026 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YDH Ketua Polis Daerah Tanah Merah dan turut melibatkan penyertaan pelbagai agensi berkaitan.

Mesyuarat diadakan bagi membincangkan persediaan, penyelarasan tugas serta perancangan operasi antara agensi dalam menghadapi sebarang kejadian atau bencana. Perbincangan turut memberi penekanan kepada aspek koordinasi, komunikasi, penugasan anggota, pengurusan sumber serta kelancaran pengoperasian PKTK sekiranya diperlukan.

Penglibatan APM Daerah Tanah Merah mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kesiapsiagaan dan kerjasama antara agensi sentiasa berada pada tahap terbaik demi keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.

APM Daerah Tanah Merah — Sedia, Pantas, Berintegriti.

Jabatan Perdana Menteri

APM Negeri Kelantan













 Pada 2 Oktober 2026, APM Daerah Tanah Merah telah melaksanakan operasi menangkap ular (sawa) di Kg Chita Jaya Batu 6, 1...
02/10/2026



Pada 2 Oktober 2026, APM Daerah Tanah Merah telah melaksanakan operasi menangkap ular (sawa) di Kg Chita Jaya Batu 6, 17500 Tanah Merah, Kelantan. Operasi melibatkan seramai 4 orang anggota lain-lain pangkat dan menggunakan kenderaan CD 205. Pasukan APM bertindak pantas mengendalikan dan menangkap ular sawa yang ditemui di kawasan rumah penduduk sebelum dipindahkan ke lokasi yang selamat. Operasi bermula pada jam 0810H dan tamat pada 0916H. Hasil tindakan anggota, operasi telah berjaya dilaksanakan dengan selamat.

Jabatan Perdana Menteri

APM Negeri Kelantan













 Pada 29 September 2026, APM Daerah Tanah Merah telah melaksanakan Operasi MHL (Kera) di Kampung Batang Merbau, BT 8, 17...
29/09/2026



Pada 29 September 2026, APM Daerah Tanah Merah telah melaksanakan Operasi MHL (Kera) di Kampung Batang Merbau, BT 8, 17500 Tanah Merah, Kelantan. Operasi bermula pada jam 2055H dan berjaya diselesaikan pada 2156H dengan kekuatan 1 pegawai dan 3 anggota lain-lain pangkat menggunakan kenderaan CD 009.

Pasukan APM telah menjalankan tindakan menangkap seekor kera yang berada di kawasan tiang utiliti dan berpotensi mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat. Operasi dilaksanakan dengan berhati-hati bagi memastikan keselamatan anggota serta orang awam. Hasil tindakan pantas dan kerjasama anggota di lokasi, operasi berjaya dan kera berjaya ditangkap.
APM Daerah Tanah Merah — Sedia Pantas Berintegriti.

Jabatan Perdana Menteri

APM Negeri Kelantan













Pada 29 September 2026, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tanah Merah telah menerima maklumat berkaitan pen...
29/09/2026

Pada 29 September 2026, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tanah Merah telah menerima maklumat berkaitan penemuan seekor beruang di kawasan Kampung Batu 11, 17500 Tanah Merah, Kelantan. Susulan maklumat tersebut, seramai 4 orang anggota APM telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menangkap dan mengawal keadaan dengan selamat.

Operasi bermula pada jam 0137H dan anggota tiba serta menjalankan tindakan di lokasi sehingga operasi selesai pada jam 0245H. Dengan menggunakan peralatan dan kaedah yang bersesuaian, anggota APM berjaya melaksanakan operasi menangkap beruang tersebut secara terkawal.

Operasi turut dilaksanakan dengan mengutamakan keselamatan anggota, orang awam serta haiwan berkenaan. Hasil kerjasama dan tindakan pantas anggota di lokasi, operasi telah berjaya dilaksanakan tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Jabatan Perdana Menteri

APM Negeri Kelantan













Pada 28 September 2026, APM Daerah Tanah Merah telah melaksanakan tindakan pengendalian dan penyerahan ular kepada pihak...
28/09/2026

Pada 28 September 2026, APM Daerah Tanah Merah telah melaksanakan tindakan pengendalian dan penyerahan ular kepada pihak Perhilitan untuk tindakan selanjutnya. Sebanyak beberapa spesies ular telah diserahkan, iaitu sawa batik, senduk, rusuk kerbau, katam tebu dan tedung selar. Operasi dilaksanakan dengan kerjasama anggota APM bagi memastikan proses penangkapan, pengendalian dan penyerahan ular berjalan dengan selamat serta terkawal. Kerjasama ini turut membantu menjaga keselamatan orang awam dan kebajikan hidupan liar.

Jabatan Perdana Menteri

APM Negeri Kelantan













 APM Daerah Tanah Merah telah melaksanakan Perkhemahan Briged Pertahanan Awam (Asas Kawad Kaki) pada 28 September 2026 b...
28/09/2026



APM Daerah Tanah Merah telah melaksanakan Perkhemahan Briged Pertahanan Awam (Asas Kawad Kaki) pada 28 September 2026 bertempat di Kolej Vokasional Tanah Merah. Program ini melibatkan seramai 24 orang pelajar dengan bimbingan 1 orang jurulatih daripada APM.

Latihan ini memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai asas kawad kaki, disiplin, kekemasan barisan, pergerakan serentak serta kepatuhan terhadap arahan jurulatih. Selain meningkatkan kecergasan dan ketahanan diri, aktiviti ini turut memupuk semangat berpasukan, keyakinan diri, kerjasama dan disiplin dalam kalangan peserta. Diharapkan latihan yang dijalankan dapat membentuk pelajar yang lebih berdisiplin, berdaya tahan dan mempunyai semangat kesukarelawanan.

Jabatan Perdana Menteri

APM Negeri Kelantan













APM Daerah Tanah Merah telah melaksanakan penugasan standby pertolongan cemas sempena Program Fun Walk yang berlangsung ...
27/09/2026

APM Daerah Tanah Merah telah melaksanakan penugasan standby pertolongan cemas sempena Program Fun Walk yang berlangsung di Kg. Belimbing, Tanah Merah pada 27 September 2026. Penugasan melibatkan 2 orang anggota lain-lain pangkat dengan sebuah ambulans CD 208 bagi memastikan aspek keselamatan dan bantuan kecemasan kepada para peserta sepanjang program berlangsung.

Sepanjang penugasan, anggota APM berada dalam keadaan siap siaga bagi memberikan bantuan sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau keperluan perubatan. Penugasan berjalan dengan lancar dan terkawal.

APM Daerah Tanah Merah — Sedia Pantas Berintegriti.

Jabatan Perdana Menteri

APM Negeri Kelantan













APM Daerah Tanah Merah telah terlibat dalam Karnival Pendidikan Madani 2026 (Pameran) yang berlangsung pada 26 September...
26/09/2026

APM Daerah Tanah Merah telah terlibat dalam Karnival Pendidikan Madani 2026 (Pameran) yang berlangsung pada 26 September 2026 bertempat di Dewan Majlis Daerah Tanah Merah, dari jam 0800H hingga 1600H. Penglibatan ini melibatkan 2 orang pegawai dan 1 orang anggota lain-lain pangkat.

Sepanjang program, APM membuka pameran serta memberikan penerangan dan pendidikan berkaitan keselamatan, kesiapsiagaan menghadapi bencana, pertolongan cemas dan peranan APM kepada masyarakat. Aktiviti interaksi bersama pengunjung turut dijalankan bagi meningkatkan kesedaran, khususnya dalam kalangan komuniti dan generasi muda.

Program berlangsung dengan lancar serta mendapat sambutan daripada pengunjung. Kehadiran APM juga dapat mengeratkan hubungan bersama komuniti dan memperkenalkan peranan APM dalam membantu serta melindungi masyarakat ketika berdepan situasi kecemasan dan bencana.

Jabatan Perdana Menteri

APM Negeri Kelantan













APM Daerah Tanah Merah telah melaksanakan penugasan Stanby PC sempena Kejohanan Olahraga Tahunan di SMK Alor Pasir, Tana...
26/09/2026

APM Daerah Tanah Merah telah melaksanakan penugasan Stanby PC sempena Kejohanan Olahraga Tahunan di SMK Alor Pasir, Tanah Merah pada 26 September 2026. Penugasan melibatkan 1 orang pegawai dan 2 anggota LLP dengan menggunakan kenderaan Toyota Hilux 4x4 CD 205.

Sepanjang penugasan dari 0753H hingga 1310H, anggota APM berada dalam keadaan siap siaga bagi memberikan bantuan kecemasan serta memastikan aspek keselamatan peserta sekiranya berlaku sebarang insiden. Program melibatkan seramai 190 orang pelajar dan 21 orang guru dan berlangsung dengan lancar serta terkawal.

Jabatan Perdana Menteri

APM Negeri Kelantan













Address

JKR 529, Jalan PEGAWAI
Tanah Merah
17500

Telephone

+6099502263

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM TANAH MERAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to APM TANAH MERAH:

Shortcuts

Share