APM Cameron Highlands

Call Directions Website

APM Cameron Highlands Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from APM Cameron Highlands, Government Organization, Jalan Sungai Ruil, Tanah Rata.

Pejabat Daerah Pertahanan Awam Cameron Highlands, Lot 131, Jalan Sungai Ruil, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands
Pejabat : 054901991
Pusat Kawalan Operasi (24jam) : 054901999
www.civildefence.gov.my

13/10/2026



LENSA APM SIRI 2/2026 : BUNYI SISTEM AMARAN AWAM (PUBLIC WARNING SYSTEM - PWS)

Info terkini berkaitan Sistem Amaran Awam (Public Warning System - PWS) iaitu sistem yang digunakan untuk memberikan amaran kepada orang ramai ketika berlaku kecemasan atau bencana.

Terdapat empat (4) jenis bunyi amaran yang perlu diketahui oleh masyarakat supaya tindakan yang betul dapat diambil demi keselamatan diri dan keluarga, iaitu :-

1) 𝗡𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 - menandakan orang ramai perlu keluar dari bangunan atau kenderaan, berkumpul di kawasan lapang dan menjauhi kawasan berbahaya.
https://go.miniapp.malaysia.gov.my/NADAPANJANG

2) 𝗡𝗔𝗗𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗟𝗨𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 - menandakan orang ramai perlu segera berlindung di bangunan yang selamat atau kawasan tinggi serta menjauhi struktur yang berisiko.
https://go.miniapp.malaysia.gov.my/NADABERALUN

3) 𝗡𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗘𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 - menunjukkan bahawa orang ramai boleh keluar dari tempat perlindungan setelah keadaan selamat. Mereka hendaklah memeriksa keadaan sekeliling, membantu mangsa jika perlu dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
https://go.miniapp.malaysia.gov.my/NADAPENDEK

4) 𝗡𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗠𝗨𝗠𝗔𝗡 - memerlukan orang ramai mendengar dengan teliti dan mengambil tindakan seperti yang diarahkan.
https://go.miniapp.malaysia.gov.my/NADAPENGUMUMAN

Kesimpulannya, setiap individu perlu memahami maksud bunyi amaran awam agar dapat bertindak dengan pantas dan tepat. Kesedaran serta kerjasama masyarakat amat penting untuk mengurangkan risiko kecederaan dan kehilangan nyawa ketika kecemasan.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.

Sumber daripada :
Cawangan Pembangunan Strategik,
Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelarasan,
Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Jabatan Perdana Menteri














**

13/10/2026
12/10/2026

TERKINI: SEKOLAH DI BEBERAPA NEGERI DAN DAERAH DITUTUP ESOK, 13 OKTOBER 2026

Situasi jerebu yang masih melanda negara menyebabkan lebih banyak kawasan terlibat dengan penutupan sekolah.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengumumkan sekolah di kawasan berikut ditutup pada Selasa, 13 Oktober 2026.

Penutupan seluruh negeri / wilayah:

* Johor
* Melaka
* Negeri Sembilan
* Putrajaya

Selangor (mengikut PPD):

* Hulu Langat
* Petaling Perdana
* Kuala Langat
* Sepang

Pahang (mengikut PPD):

* Kuantan
* Rompin

Sekolah di kawasan lain beroperasi seperti biasa.

Kepada ibu bapa,

Kami faham penutupan sekolah secara berulang boleh menyukarkan urusan kerja dan penjagaan anak.

Namun, jerebu bukan sekadar masalah penglihatan. Partikel halus PM2.5 boleh memasuki jauh ke dalam paru-paru dan meningkatkan risiko masalah pernafasan, khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan mereka yang mempunyai asma.

Penutupan sekolah juga bukan bermakna anak-anak boleh keluar bermain sepanjang hari.

Kurangkan aktiviti luar, tutup tingkap apabila udara tercemar dan pantau bacaan IPU di kawasan masing-masing.

Keadaan jerebu boleh berubah dengan cepat. Sentiasa rujuk pengumuman rasmi sekolah, PPD dan JPN.

Kesihatan anak-anak perlu menjadi keutamaan.

Sumber: Pemakluman Menteri Pendidikan, 12 Oktober 2026; Malaysia Tribune.

07/10/2026

🚨 MAKLUMAN PENTING: LAPORAN KEROSAKAN PASCA GEMPA BUMI LAHAD DATU 🚨

​Susulan gempa bumi bermagnitud 5.0 yang melanda pada 6 Oktober 2026, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lahad Datu bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) memohon kerjasama orang ramai.

​Sekiranya terdapat sebarang kerosakan struktur pada bangunan atau kediaman anda, sila maklumkan kepada kami dengan segera untuk tindakan lanjut.

​Cara untuk melapor:
📸 Ambil gambar kerosakan dengan jelas
📝 Nyatakan jenis kerosakan (Contoh: Dinding retak, tiang pecah, bumbung mendap)
📍 Berikan lokasi penuh kejadian

​Sila hantarkan maklumat ini mesej terus (DM) ke laman ini.
Sebarang pertanyaan hubungi pihak APM Lahad Datu di talian 089-880991

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah















LAHAD DATU Update Info Lahad Datu Lahad Datu info. Lahad Datu info, Lahad Datu Fm JaPen Lahad Datu

APM Cameron Highlands telah menerima kunjungan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang dalam satu...
11/09/2026

APM Cameron Highlands telah menerima kunjungan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang dalam satu sesi perjumpaan bersama warga APM Cameron Highlands.

Dalam kesempatan yang sama, Pengarah APM Negeri Pahang turut menyampaikan sumbangan daripada YAB Menteri Besar Pahang kepada anggota APM Cameron Highlands yang telah terpilih.

Turut berlangsung Majlis Perasmian Teratak Adam, sebagai satu lagi detik bermakna buat warga APM Cameron Highlands. Teratak ini diharapkan menjadi ruang yang memberi manfaat kepada anggota serta mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan warga APM.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengarah APM Negeri Pahang atas kesudian hadir, beramah mesra serta menyempurnakan perasmian Teratak Adam.

Semoga kunjungan dan perjumpaan ini terus menyemarakkan semangat setiakawan, kebersamaan dan komitmen warga APM Cameron Highlands dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

APM Pahang
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri



  Rabu, 9 September 2026 : Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Cameron Highlands telah menerima panggilan kecemasan bencana...
09/09/2026



Rabu, 9 September 2026 : Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Cameron Highlands telah menerima panggilan kecemasan bencana tanah runtuh di Kampung Sungai Ubi, Mukim Tanah Rata menyebabkan laluan utama masuk ke kampung terhalang.

Sepasukan anggota terdiri dari 1x Pegawai dan 5x anggota digerakkan ke lokasi bagi meninjau dan mendapatkan maklumat. Laluan kini telah dibuka semula kepada penduduk kampung dengan bantuan jentera dari JKR Cameron Highlands.

Laporkan kejadian bencana dan kecemasan sekitar Cameron Highlands dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau ;

Pusat Kawalan Operasi : 054901999
PKOB cameron Highlands Mobile : 01163312122

APM Pahang
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri













31 Ogos 2026 : Penyertaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Cameron Highlands dalam Sambutan Hari Kebangsaan ke-6...
31/08/2026

31 Ogos 2026 : Penyertaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Cameron Highlands dalam Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 Peringkat Daerah Cameron Highlands bertempat di Padang Awam Tanah Rata, Cameron Highlands

APM Pahang
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri

Isnin, 31 Ogos 2026 : Penyertaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Cameron Highlands di dalam Perbarisan se...
31/08/2026

Isnin, 31 Ogos 2026 : Penyertaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Cameron Highlands di dalam Perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 Peringkat Daerah Cameron Highlands.

Kontinjen APM Cameron Highlands diketuai oleh Lt.M (PA) Mohd Khomaini bin Yusoff bersama 30 orang anggota telah memenangi Tempat Ke-3 Kategori Keseragaman Badan Beruniform. Tahniah diucapkan kepada semua pegawai dan anggota terlibat.

APM Pahang
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri

Address

Jalan Sungai Ruil
Tanah Rata
39000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Cameron Highlands posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share