Pergigian Daerah Cameron Highlands

Call Directions Contact the organization

Pergigian Daerah Cameron Highlands Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pergigian Daerah Cameron Highlands, Public & Government Service, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Cameron Highlands, Tanah Rata.

PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN BERSAMA PDK CHERISH HOME CAMERON HIGHLANDS TAHUN 2026 Program Kesihatan Pergigian telah dija...
13/03/2026

PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN BERSAMA PDK CHERISH HOME CAMERON HIGHLANDS TAHUN 2026

Program Kesihatan Pergigian telah dijalankan bersama warga PDK Cherish Home, Tanah Rata bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mulut dalam kalangan komuniti PDK. Sepanjang program ini, pasukan pergigian telah menjalankan pemeriksaan serta rawatan pergigian kepada semua warga PDK Cherish.

PDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti) merupakan sebuah program berasaskan komuniti yang menyediakan sokongan, latihan serta pemulihan kepada kanak-kanak dan individu kurang upaya, bagi membantu mereka meningkatkan kebolehan diri dan menjalani kehidupan yang lebih berdikari dalam masyarakat.

Penjagaan kesihatan pergigian amat penting bagi warga PDK kerana mereka juga berisiko mengalami masalah gigi seperti karies, penyakit gusi dan kesakitan gigi yang boleh menjejaskan pemakanan, pertuturan serta kualiti hidup. Melalui pemeriksaan dan rawatan yang diberikan, diharapkan ia dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan mulut serta memberi pendedahan tentang kepentingan penjagaan gigi secara berkala.

AKTIVITI KESIHATAN PERGIGIAN BERSAMA IBU BAPA PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH RATA Program Promosi Kesihatan Pergigian ...
13/03/2026

AKTIVITI KESIHATAN PERGIGIAN BERSAMA IBU BAPA PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH RATA

Program Promosi Kesihatan Pergigian bersama ibu bapa murid Sekolah Kebangsaan Tanah Rata telah berlangsung pada 14 Januari 2026. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang kepentingan penjagaan kesihatan mulut dan gigi anak-anak sejak usia muda.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program ini, antaranya pameran kesihatan pergigian, ceramah pendidikan kesihatan pergigian, serta pemeriksaan gigi kepada para peserta. Melalui pameran dan ceramah yang disampaikan, ibu bapa diberi pendedahan tentang cara penjagaan gigi yang betul, kepentingan pemeriksaan gigi secara berkala serta peranan ibu bapa dalam membentuk tabiat penjagaan kesihatan mulut yang baik dalam kalangan anak-anak.

Diharapkan program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan ibu bapa agar mereka dapat bersama-sama menjadi contoh serta pembimbing kepada anak-anak dalam menjaga kesihatan pergigian. Kerjasama dan sokongan ibu bapa amat penting bagi memastikan anak-anak membesar dengan gigi yang sihat dan senyuman yang ceria.

12/02/2026

Jom sama-sama dengar tentang kanser mulut esok !

PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN BERSAMA BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT CAMERON HIGHLANDS 🦷✨Satu program kolaborasi bersama Balai...
27/01/2026

PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN BERSAMA BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT CAMERON HIGHLANDS 🦷✨

Satu program kolaborasi bersama Balai Bomba dan Penyelamat telah berjaya dilaksanakan pada 15 Januari 2026.

Program ini merangkumi pemeriksaan kesihatan pergigian, sesi pendidikan kesihatan mulut, serta rawatan pergigian secara sebagai satu inisiatif proaktif ke arah penjagaan kesihatan pergigian yang lebih menyeluruh dalam kalangan penjawat awam.

Matlamat utama program ini adalah untuk mempromosi kesedaran kepentingan penjagaan kesihatan mulut secara berterusan. Kami berharap program sebegini dapat dijadikan contoh dan diteruskan demi manfaat bersama.

Pergigian Pahang

AKTIVITI PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN DI SK TANAH RATA✨🦷Pada 14 Januari 2026, satu aktiviti promosi kesihatan pergigian t...
27/01/2026

AKTIVITI PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN DI
SK TANAH RATA✨🦷

Pada 14 Januari 2026, satu aktiviti promosi kesihatan pergigian telah berjaya diadakan di SK Tanah Rata. Aktiviti ini menumpukan pendidikan kesihatan mulut menyeluruh kepada ibu bapa, para pelajar serta guru.

Aktiviti promosi kesihatan pergigian ini menyasarkan kesedaran awal terhadap penjagaan kesihatan mulut dalam kalangan pelajar-pelajar, ibu bapa serta guru agar amalan kebersihan mulut diterapkan pada usia muda.

Semoga dengan inisiatif aktiviti promosi ini dapat memupuk amalan penjagaan kesihatan pergigian dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan guru secara berterusan.

#6020 Pergigian Pahang

Address

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Cameron Highlands
Tanah Rata
39000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6054911141

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Daerah Cameron Highlands posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pergigian Daerah Cameron Highlands:

Shortcuts

Share