22/10/2026
22.10.2026
ℹ️ WOW, SERIOUS LAH?! 🤩📱
Dulu kena beratur, sekarang permohonan gantian MyKad boleh dibuat secara online melalui telefon je!
Kini, aplikasi MyGOV Malaysia memudahkan anda membuat permohonan gantian MyKad secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter untuk memulakan permohonan. Lebih mudah dan menjimatkan masa! ✨
Ikuti 5 langkah MUDAH ini:
1️⃣ Muat turun atau kemas kini aplikasi MyGOV Malaysia.
2️⃣ Log masuk ke akaun MyGOV anda.
3️⃣ Pilih Kelahiran & Pengenalan Diri (Penggantian MyKad).
4️⃣ Isi maklumat dan muat naik dokumen sokongan jika diminta.
5️⃣ Hantar permohonan dan ikuti arahan seterusnya.
⚡ Kenapa guna MyGOV?
• ⏱️ Jimat masa – Urus permohonan secara dalam talian dengan lebih mudah.
• 📱 Mudah diakses – Mulakan permohonan secara dalam talian pada bila-bila masa, tertakluk pada ketersediaan sistem.
• 🔒 Urusan digital – Akses perkhidmatan kerajaan melalui satu aplikasi.
Lebih mudah, lebih digital! Jom manfaatkan kemudahan MyGOV Malaysia dan kongsikan info ini dengan keluarga serta rakan-rakan! 🙌