30/08/2026
🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾
“Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka”
Sempena Hari Kebangsaan yang ke-69, marilah kita bersama-sama mengenang jasa dan pengorbanan para pejuang terdahulu yang telah membina sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi tanggungjawab untuk terus menjaga keharmonian, memperkukuh perpaduan dan membina masa depan Malaysia yang lebih baik.
Sebagai anak muda, marilah kita menjadi generasi yang berani membawa perubahan, menjaga perpaduan dan bersama-sama membangunkan Ledang dan Malaysia.
🇲🇾 Berbeza warna, satu jiwa.
Berbeza pandangan, satu Malaysia.
Selamat Hari Kebangsaan ke-69!
❤️🤍💙💛
Malaysia Kita, Tanggungjawab Kita