30/09/2026
HEBAHAN PENUTUPAN JALAN SEMPENA LE TOUR DE LANGKAWI 2026 π΄ββοΈπ²πΎ
Dimaklumkan bahawa beberapa laluan di sekitar Pekan Tangkak dan Lebuh AMJ akan ditutup sementara sempena Program Perlumbaan Kayuhan Le Tour de Langkawi 2026 pada Sabtu dan Ahad, 03 - 04 Oktober 2026.
π§ Penutupan Laluan 1 untuk Stage 7 (03/10/2026)
π Jalan Chohong, Jalan Sialang, Jalan Muar - Segamat ( Bermula T/Light IPD Tangkak hingga ke T/Light Kebun Baru ),Pekan Sagil, Jalan Teratai,Jalan Felda Sri Jaya dan Jalan Durian Chondong.
π 11.30 pagi β 2.00 petang
π§ Penutupan Laluan 2 (Stage 8) 04/10/2026)
π Jalan Tg Agas, Jalan Parit Bunga, Lebuh AMJ ( Bermula T/Light Parit Bunga hingga T/Light Kesang Laut ).
π 11.30 pagi β 1.00 petang
β οΈ Penutupan dilaksanakan secara berperingkat.
Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan pihak berkuasa serta menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Kerjasama dan perhatian daripada semua pengguna jalan raya amat dihargai.