05/10/2026
5 Oktober 2026, Isnin.
Pagi ini mengiringi YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor meninjau sendiri pelaksanaan Program Nutrisi Selangor (NUTRISEL) 2026 di SK Telok Panglima Garang dan SMK Telok Panglima Garang, termasuk penyerahan simbolik program bagi peringkat Majlis Perbandaran Kuala Langat.
NUTRISEL tahun ini melibatkan peruntukan RM12.56 juta dan memberi manfaat kepada lebih 104,000 pelajar daripada keluarga B40 di seluruh Selangor.
Perkara asas seperti pemakanan yang baik dan seimbang memang perlu diberi perhatian sejak anak-anak berada di bangku sekolah. Dengan nutrisi yang secukupnya, anak-anak dapat kekal sihat, bertenaga dan lebih fokus dalam pembelajaran.
Dalam kita menjaga soal pemakanan, keselamatan dan keselesaan anak-anak di sekolah juga tidak boleh diketepikan.
Sekolah perlu menjadi tempat yang baik dan selamat untuk mereka belajar, berkawan dan membesar, dengan sokongan bersama daripada guru, ibu bapa dan masyarakat.
Semoga program seperti ini dapat terus memberi manfaat dan sedikit sebanyak membentuk tabiat yang baik dalam kalangan anak-anak kita untuk menjaga kesihatan sejak usia muda.
Maju Bersama