Bahagian Pengurusan Dan Perundangan Tanah INSTUN

Call Directions Website

Bahagian Pengurusan Dan Perundangan Tanah INSTUN Menyediakan latihan dan konsultansi berkaitan sistem pentadbiran dan perundangan di Negeri-negeri Tanah Melayu. Kanun Tanah Negara sebagai sumber rujukan utama.

02/10/2026
🌿 𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐌𝐏𝐀𝐍📍 Hotel Tenera, Bangi | 📅 22 September 202...
23/09/2026

🌿 𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐌𝐏𝐀𝐍
📍 Hotel Tenera, Bangi | 📅 22 September 2026

Alhamdulillah, selesai sudah Seminar Pentadbiran Tanah Tahun 2026: Cabaran Pembangunan dan Pengurusan Strata anjuran Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) melalui Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah (BPPT).

Seminar ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Khalid bin Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Khairin Nazry bin Karim, Pengarah INSTUN.

Mengangkat tema “Kelestarian Ilmu Pemacu Pembangunan Negara”, seminar ini menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan pandangan dalam menangani cabaran pembangunan serta pengurusan hartanah berstrata yang semakin kompleks.

Seminar ini melibatkan 4 orang pembentang dengan topik yang dibincangkan merangkumi Akta Perancangan Bandar dan implikasinya terhadap pembangunan strata moden, Strata Masa Depan dan pembangunan berorientasikan transit, pengurusan JMB dan MC melalui pindaan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), serta bidang kuasa Tribunal Pengurusan Strata.

Program ini menghimpunkan 141 peserta daripada pelbagai agensi, terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kerajaan, badan berkanun, pemain industri, pemaju hartanah, pengamal undang-undang, penilai hartanah, ahli akademik serta komuniti strata.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Bahagian, Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah, seluruh pegawai BPPT, serta semua urusetia yang telah bertungkus-lumus memberikan komitmen, kerjasama dan tenaga bagi memastikan seminar ini berjalan lancar.

Di sebalik kelancaran sebuah program, ada begitu banyak usaha yang mungkin tidak kelihatan. Ada yang datang awal, pulang lewat, memastikan setiap perkara kecil diberi perhatian dan saling membantu apabila diperlukan.

Penat itu pasti. Tetapi apabila amanah selesai dengan baik, rasa syukur itu jauh lebih besar daripada segala lelah. 🤍

Alhamdulillah atas segala yang dipermudahkan. Terima kasih kepada semua yang menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

Satu pasukan, satu usaha, satu kejayaan.
Penat hari ini, insya-Allah menjadi kenangan manis suatu hari nanti. 🤲🏻✨

‘INSTUN - Melakar Kegemilangan, Mendahului Cabaran’ ☘️








23/09/2026

Alhamdulillah, Seminar Pentadbiran Tanah 2026 selesai 👏👏👏👍👍👍👍💪

23/09/2026
TLE25/26 - KURSUS DALAM TALIAN: KURSUS PENDAFTARAN TANAH11 August 2026 – 13 August 2026Slot 1 : Tanggungjawab dan kuasa-...
11/08/2026

TLE25/26 - KURSUS DALAM TALIAN: KURSUS PENDAFTARAN TANAH
11 August 2026 – 13 August 2026

Slot 1 : Tanggungjawab dan kuasa-kuasa Pendaftar di bawah KTN dan Kelayakan Orang/Perbadanan/Badan (Seksyen 43 KTN)
Penceramah : En Azizuddin bin Mohd Hashim

Video call link: https://meet.google.com/oju-gnge-tma

*KURSUS PELUPUSAN* *TANAH DI* *BAWAH KTN*  *PADA* *10 - 11* *OGOS 2026 DI ARENA* *PREMIER HOTEL,* *SEREMBAN*  *👉ANJURAN*...
11/08/2026

*KURSUS PELUPUSAN* *TANAH DI* *BAWAH KTN* *PADA* *10 - 11* *OGOS 2026 DI ARENA* *PREMIER HOTEL,* *SEREMBAN*

*👉ANJURAN* : PTG Negeri Sembilan
*👉BIL PESERTA* :40 org peg & kakitangan pelbagai gred di Pentadbiran Tanah Negeri Sembilan
*👉Penceramah* : Dr Azrihisyam Bin Jambut.

Slot petang Kursus Dalam Talian: Kursus Pengambilan Penceramah En Huzaifah
11/08/2026

Slot petang Kursus Dalam Talian: Kursus Pengambilan
Penceramah En Huzaifah

TLE25/26 - KURSUS DALAM TALIAN: KURSUS PENDAFTARAN TANAH11 August 2026 – 13 August 2026Slot 3: Pajakan, Sewaan dan Ismen...
11/08/2026

TLE25/26 - KURSUS DALAM TALIAN: KURSUS PENDAFTARAN TANAH
11 August 2026 – 13 August 2026

Slot 3: Pajakan, Sewaan dan Ismen serta pendaftarannya

Penceramah : Tn Hj Aziz bin Ismail

Address

BAHAGIAN PENGURUSAN DAN PERUNDANGAN TANAH, INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA
Tanjongmalim
35950

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Pengurusan Dan Perundangan Tanah INSTUN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share