Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Proton City

Directions

Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Proton City Menyampaikan sebarang maklumat dan aktiviti Sekolah Kebangsaan Proton City. Moga memberi manfaat kepada semua.

19/10/2026

NYALA KPM 2026 | SUCCESS STORY
SK PROTON CITY

Satu Sekolah, Seribu Potensi

SK Proton City yang mengetengahkan usaha sekolah dalam mendukung aspirasi Reformasi Pendidikan melalui

Teras Strategik 2 : Mengoptimumkan Potensi Setiap Murid Melalui Pengalaman Pembelajaran Bermakna Untuk menjadi Warganegara Global

Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi dan menjadi pemangkin kepada usaha penambahbaikan pendidikan yang berterusan.

πŸŽ₯ Tonton video di TikTok sebagai tanda sokongan
https://vt.tiktok.com/ZSgkF98GF/




MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KETUA PENGAKAP NEGARA (AKPN) RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK DAN MAJLIS APRESIASI PERSEKUTUAN PEN...
19/10/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KETUA PENGAKAP NEGARA (AKPN) RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK DAN MAJLIS APRESIASI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH MUALLIM 2026

18 Oktober 2026 (Ahad)
Dewan SITC, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim.

TAHNIAH & SYABAS SK PROTON CITY!

KECEMERLANGAN PENGAKAP SK PROTON CITY 2026

Alhamdulillah, satu lagi pencapaian yang membanggakan buat SK Proton City!

πŸ… PENCAPAIAN DAN PENGIKTIRAFAN:

πŸ₯‡ Anugerah Sekolah Cemerlang Rambu Biru – Emas

πŸ₯‡ Sijil Penghargaan Rakan Strategik Pengakap Daerah Muallim

πŸ₯‡ Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negeri

πŸ₯‡ Pemimpin dan Penolong Pemimpin Cemerlang Rambu Biru

πŸ₯‡ Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Rambu Biru

Lebih membanggakan, SK Proton City turut mencatatkan jumlah 37 penerima Anugerah Perdana Rambu Pengakap Kanak-Kanak, jumlah tertinggi dalam kalangan sekolah yang disenaraikan di daerah Muallim!

Kejayaan ini merupakan hasil usaha berterusan barisan pentadbir, guru-guru pembimbing, murid-murid serta sokongan ibu bapa dalam memperkasakan aktiviti kokurikulum di sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan komitmen sehingga kejayaan ini dapat dicapai.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melahirkan generasi Pengakap yang berdisiplin, berkemahiran, berkeyakinan dan berkepimpinan tinggi.

Makluman buat semua warga SK Proton City
16/10/2026

Makluman buat semua warga SK Proton City

TAHNIAH DAN SYABAS SK PROTON CITY! 🎬✨ANUGERAH PENTAS LAGENDA PERINGKAT KEBANGSAAN 2026MAJLIS ANUGERAH R.E.A.D πŸ“… Tarikh: ...
16/10/2026

TAHNIAH DAN SYABAS SK PROTON CITY!
🎬✨
ANUGERAH PENTAS LAGENDA PERINGKAT KEBANGSAAN 2026
MAJLIS ANUGERAH R.E.A.D

πŸ“… Tarikh: 14 Oktober 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 2.00 petang
πŸ“ Tempat: Pentas Utama, Pasaraya Mydin Meru Raya, Ipoh, Perak

Alhamdulillah, satu lagi kejayaan membanggakan buat warga SK Proton City!

SK PROTON CITY berjaya meraih kejayaan bagi Pertandingan Bercerita Duo bagi kategori

ANUGERAH VIDEOGRAFI TERBAIK

dalam Anugerah Pentas Lagenda Peringkat Kebangsaan 2026.

Pengumuman pemenang telah berlangsung bersempena Majlis Anugerah R.E.A.D 2026 yang dikelolakan oleh Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam penghasilan karya ini. Segala usaha, kreativiti, komitmen dan kerjasama akhirnya membuahkan hasil yang cukup bermakna.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkarya, mencungkil bakat dan menghasilkan lebih banyak karya kreatif pada masa hadapan.

SK PROTON CITY, TERUS MELAKAR KEJAYAAN!

MAKLUMAN PELAKSANAAN SESI PERSEKOLAHAN 2 SESI SK PROTON CITY, TANJONG MALIM, PERAKAssalamualaikum warahmatullahi wabarak...
14/10/2026

MAKLUMAN PELAKSANAAN SESI PERSEKOLAHAN
2 SESI SK PROTON CITY, TANJONG MALIM, PERAK

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa SK Proton City, Tanjong Malim, Perak akan melaksanakan sistem persekolahan dua sesi bagi memenuhi keperluan pengurusan sekolah serta memastikan proses pengajaran dan pembelajaran anak-anak dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa dan penjaga dimohon mengambil maklum tentang pelaksanaan ini serta memberikan kerjasama dan sokongan demi kelancaran pengurusan sekolah.

Pihak sekolah amat berharap agar ibu bapa dapat memahami bahawa pelaksanaan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan kebajikan, keselesaan dan kepentingan pembelajaran anak-anak sentiasa diberikan keutamaan.

Segala kerjasama, perhatian dan sokongan daripada pihak ibu bapa amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

GURU BESAR
SK PROTON CITY
Tanjong Malim, Perak

πŸš€ REFORMASI SEKOLAH: PRAKARSA PENINGKATAN MUTU SEKOLAHSHOWCASE KmR – SK PROTON CITY 2026πŸ“Œ Project Based Learning (PBL) m...
12/10/2026

πŸš€ REFORMASI SEKOLAH: PRAKARSA PENINGKATAN MUTU SEKOLAH

SHOWCASE KmR – SK PROTON CITY 2026

πŸ“Œ Project Based Learning (PBL) melalui Kemahiran melalui Rekabentuk (KmR)

Program ini bertujuan membudayakan kreativiti, inovasi dan KBAT melalui pembelajaran berasaskan projek serta penghasilan produk yang bermakna.

🎯 Sasaran: 585 orang murid Tahap 2
πŸ“… Tarikh Showcase: 15 September 2026
🏫 Pelaksanaan: SK Proton City dengan sokongan PPD Muallim dan JPN Perak.

πŸ”Ή Aktiviti utama: Analisis data dan saringan murid, taklimat PBL, pertandingan reka bentuk, bengkel lakaran, pembentangan, komunikasi dan pertandingan akhir KmR.

πŸ“Š Sasaran keberhasilan:

β€’ 31.3% penyertaan murid dalam pertandingan.
β€’ 77.5% penglibatan murid dalam penghasilan produk.

πŸ’‘ Bersama Menambah Idea, Membina Inovasi!

Meneroka potensi, mencetus kreativiti dan melahirkan murid yang berfikiran kritis, inovatif serta berdaya saing melalui pembelajaran autentik.

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERKHIDMATSK Proton City dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran empat orang guru baharu :C...
06/10/2026

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERKHIDMAT

SK Proton City dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran empat orang guru baharu :

Cikgu Fairuz binti Ismail
Cikgu Siti Romzah binti Abdul Hamid
Cikgu Aleesya Balqis binti Muhammad Suhaimi
Cikgu Fatin Nazura binti Noorrizan

Semoga kehadiran cikgu-cikgu menambah kekuatan pasukan pendidik SK Proton City serta bersama-sama kita mencurahkan ilmu, membentuk sahsiah murid dan terus melakar kecemerlangan buat murid serta sekolah.

Insya Allah bersama kita bekerja bagai satu keluarga.

Ikhlas daripada Guru Besar dan seluruh warga SK Proton City

KEPADA SEMUA MURID TAHUN 4 SK PROTON CITYSELAMAT MENDUDUKI MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4 2026Semoga beroleh ketenangan da...
05/10/2026

KEPADA SEMUA MURID TAHUN 4
SK PROTON CITY

SELAMAT MENDUDUKI MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4 2026

Semoga beroleh ketenangan dan dapat mejawab dengan baik.

PROGRAM KENALI DIRI ANDAUNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELINGSK PROTON CITYHari : JumaatTarikh : 2.10.2026Masa : 10.30 pagi -12....
05/10/2026

PROGRAM KENALI DIRI ANDA
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK PROTON CITY

Hari : Jumaat
Tarikh : 2.10.2026
Masa : 10.30 pagi -12.00 tengahhari
Tempat : Dewan Zaliha
Sasaran : Tahun 1 & 2

MAJLIS  PENYAMPAIAN HADIAHKARNIVAL APRESIASI SASTERA PERPADUANPeringkat Daerah Muallim 20261 Oktober 20262:30 petangSK A...
05/10/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
KARNIVAL APRESIASI SASTERA PERPADUAN
Peringkat Daerah Muallim 2026

1 Oktober 2026
2:30 petang
SK Aminuddin Baki

Pencapaian SK Proton City
1) Johan Koir Sekolah Rendah
2) Tempat ke-3 Dendangan Syair

Tahniah diucapkan kepada semua peserta, guru pembimbing dan semua yang terlibat.
Terus lakar kejayaan tertinggi.

Address

Proton City
Tanjung Malim
35900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Proton City posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share