Pusat Kebudayaan UPSI

Call Directions Website Contact the organization

Pusat Kebudayaan UPSI Page rasmi Pusat Kebudayaan UPSI

🎭🎶 15 HARI LAGI! PULARA 2026 KEMBALI! 🎶🎭Ayuh kita raikan keindahan puisi, muzik dan warisan budaya dalam Festival Puisi ...
08/10/2026

🎭🎶 15 HARI LAGI! PULARA 2026 KEMBALI! 🎶🎭

Ayuh kita raikan keindahan puisi, muzik dan warisan budaya dalam Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) 2026!

Bertemakan “Mengakar Budaya, Menjulang Warisan”, PULARA 2026 menghimpunkan penggiat seni, pencinta budaya dan komuniti dalam sebuah festival yang meraikan kepelbagaian seni dan warisan.

📅 23 & 24 Oktober 2026
📍 Dataran MADANI, Seri Manjung, Perak

Dua hari yang bakal dipenuhi dengan puisi, lagu rakyat, seni budaya dan pelbagai persembahan istimewa yang mengangkat warisan sebagai identiti dan kekuatan bangsa.

✨ Ayuh bersama-sama menyemarakkan kecintaan terhadap seni, budaya dan warisan.

Membuka tirai Karnival Alam Sekitar 2026! 🌿✨Kelab Tarian Destar Limar, Pusat Kebudayaan berasa amat berbesar hati kerana...
03/10/2026

Membuka tirai Karnival Alam Sekitar 2026! 🌿✨

Kelab Tarian Destar Limar, Pusat Kebudayaan berasa amat berbesar hati kerana diberi peluang mempersembahkan Tarian Selamat Datang Ke Negeri Perak di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan ini. Semoga persembahan kami dapat menyerikan lagi suasana dan memeriahkan program! 💃🎭



🚗 JOM SERTAI EKSPLORASI PULARA 2026!Jom sertai pengembaraan penuh cabaran meneroka budaya dan sejarah melalui Eksplorasi...
25/09/2026

🚗 JOM SERTAI EKSPLORASI PULARA 2026!

Jom sertai pengembaraan penuh cabaran meneroka budaya dan sejarah melalui Eksplorasi PULARA 2026!

📅 24 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 8.30 pagi
📍 Mula: Tanjung Malim (UPSI)
🏁 Tamat: Dataran MADANI Seri Manjung, Perak
🛣️ Jarak eksplorasi sekitar 250 km

Rebut peluang memenangi hadiah menarik serta cabutan bertuah yang menanti para peserta!

Penyertaan adalah TERHAD.

📌 Tarikh tutup penyertaan: 10 Oktober 2026
👉 Untuk mendaftar, sila imbas kod QR pada poster.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi:

📱 WhatsApp Yatt: 014-838 4782
📧 E-mel: [email protected]

Kembara warisan, cabar diri, cipta memori!
Jumpa anda di Eksplorasi PULARA 2026!

✨FORUM NUSANTARA TANPA SEMPADAN ✨🌏 Menyatukan Budaya, Seni dan Adat 🌏Pusat Kebudayaan, Universiti Pendidikan Sultan Idri...
24/09/2026

✨FORUM NUSANTARA TANPA SEMPADAN ✨

🌏 Menyatukan Budaya, Seni dan Adat 🌏

Pusat Kebudayaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan sukacitanya menjemput semua untuk menyertai Forum Nusantara Tanpa Sempadan: Menyatukan Budaya, Seni dan Adat yang melibatkan perkongsian budaya, seni dan adat dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.

📅 Tarikh: 28 September 2026
⏰ Masa: 9.00 pagi – 11.00 pagi
💻 Platform: Secara atas talian melalui Zoom Meeting
🎟️ Yuran penyertaan: PERCUMA

🔗 Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster

📌 Tempat adalah terhad. Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama meneroka kepelbagaian budaya, seni dan adat Nusantara!

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Aisyah: 010-950 0103
Ros: 017-930 7440

✨ Ayuh bersama menyemarakkan warisan dan kebudayaan Nusantara! ✨

✨ FORUM NUSANTARA TANPA SEMPADAN ✨“Menyatukan Budaya, Seni dan Adat”🌏 Merentas sempadan, menyatukan warisan! 🇲🇾🇮🇩🇸🇬Jom s...
22/09/2026

✨ FORUM NUSANTARA TANPA SEMPADAN ✨
“Menyatukan Budaya, Seni dan Adat”

🌏 Merentas sempadan, menyatukan warisan! 🇲🇾🇮🇩🇸🇬

Jom sertai forum yang menghimpunkan perkongsian dan perbincangan mengenai budaya, seni dan adat Nusantara dengan penglibatan dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.

📅 28 September 2026
🕘 9.00 pagi – 11.00 pagi
💻 Platform: Zoom Meeting
💰 Yuran Penyertaan: RM50

🎟️ DAFTAR SEKARANG!

Imbas kod QR pada poster untuk membuat pendaftaran.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama meneroka kepelbagaian budaya Nusantara dan membina jambatan persahabatan melalui seni dan warisan. 🌺

Ikuti hebahan dan segala informasi Pusat Kebudayaan UPSI

✅ Facebook : Pusat Kebudayaan UPSI
✅ Instagram : kebudayaan.upsi
✅ TikTok : Pusat Kebudayaan UPSI
✅ Laman web : kebudayaan.upsi.edu.my

📢 MAKLUMAN PENTING: SEWAAN BUSANA @ PUSKEB KINI DIBUKA SEMULA! 🎭✨​Mencari pakaian dan busana tradisional untuk acara and...
22/09/2026

📢 MAKLUMAN PENTING: SEWAAN BUSANA @ PUSKEB KINI DIBUKA SEMULA! 🎭✨

​Mencari pakaian dan busana tradisional untuk acara anda? Jangan risau! Koleksi Busana Seni & Persembahan di Pusat Kebudayaan, UPSI (PUSKEB) kini kembali dibuka untuk sewaan bermula 10 SEPTEMBER 2026! 🗓️

​Kami menyediakan pelbagai pilihan busana yang sesuai untuk:

✅ Persembahan & Pertandingan
✅ Program Rasmi
✅ Aktiviti Kebudayaan
✅ Penggambaran & Produksi Seni
​
​💬 Sebarang pertanyaan atau urusan sewaan, sila hubungi:

📞 Cik Norhafizza Bt Mohd Noh: 012-207 4132
📞 En. Mohamad Asri Bin Othman: 011-2427 8892

Ikuti hebahan dan segala informasi Pusat Kebudayaan UPSI

✅ Facebook : Pusat Kebudayaan UPSI
✅ Instagram : kebudayaan.upsi
✅ TikTok : Pusat Kebudayaan UPSI
✅ Laman web : kebudayaan.upsi.edu.my


Pementasan Teater Baloo - Jejak Sang Mimpi yang dijayakan oleh para pelajar program Diploma Awal Kanak-kanak semalam (18...
19/09/2026

Pementasan Teater Baloo - Jejak Sang Mimpi yang dijayakan oleh para pelajar program Diploma Awal Kanak-kanak semalam (18 September 2026) di Panggung Percubaan, KSAS.

Terima kasih diucapkan kepada,Unit Teknikal dan Logistik yang bertugas bagi persiapan sistem audio, pencahayaan dan skrin LED teater tersebut.

✨ Ikuti kami di media sosial untuk maklumat lanjut dan aktiviti kebudayaan:

✅Facebook & TikTok : Pusat Kebudayaan UPSI
✅Laman web : kebudayaan.upsi.edu.my

🎉 Tahniah 🎉Tahniah diucapkan kepada Encik Muhamad Fakhrullah bin Farrok, Pegawai Kebudayaan atas lantikan sebagai Juri P...
17/09/2026

🎉 Tahniah 🎉

Tahniah diucapkan kepada Encik Muhamad Fakhrullah bin Farrok, Pegawai Kebudayaan atas lantikan sebagai Juri Proton Master Chef Competition 2026 yang akan berlangsung pada 19 September 2026.

Ikuti hebahan dan segala informasi Pusat Kebudayaan UPSI

✅Facebook : Pusat Kebudayaan UPSI
✅Instagram : kebudayaan.upsi
✅TikTok : Pusat Kebudayaan UPSI
✅Laman web : kebudayaan.upsi.edu.my


Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 🇲🇾​"Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati"​Menyemarakkan semangat 16 September, ...
15/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 🇲🇾

​"Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati"

​Menyemarakkan semangat 16 September, warga Pusat Kebudayaan UPSI mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga perpaduan merentasi pelbagai kaum dan budaya sentiasa menjadi tunggak keharmonian serta kemakmuran negara.

​✨ Ikuti kami di media sosial untuk maklumat lanjut dan aktiviti kebudayaan:

✅Facebook : Pusat Kebudayaan UPSI
✅Instagram : kebudayaan.upsi
✅TikTok : Pusat Kebudayaan UPSI
✅Laman web : kebudayaan.upsi.edu.my

​ JiwaUPSI

📢 HEBAHAN | LENSA PUSKEB 📸Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Perancangan dan Penyelarasan ...
07/09/2026

📢 HEBAHAN | LENSA PUSKEB 📸

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Perancangan dan Penyelarasan Jawatankuasa Kecil PULARA 2026 telah diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 7 September 2026 (Isnin)
📍 Bilik Mesyuarat BKK1

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan serta menyelaras persiapan, perancangan dan gerak kerja Jawatankuasa Kecil PULARA 2026 bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program yang akan datang.

Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan pandangan dalam memastikan persiapan PULARA 2026 berjalan lancar.

✨ Ikuti kami di media sosial untuk maklumat lanjut dan aktiviti kebudayaan:

✅Facebook : Pusat Kebudayaan UPSI
✅Instagram : kebudayaan.upsi
✅TikTok : Pusat Kebudayaan UPSI
✅Laman web : kebudayaan.upsi.edu.my

Address

Pusat Kebudayaan, Tingkat 2, Blok A, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjung Malim
35900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6054505426

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kebudayaan UPSI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Kebudayaan UPSI:

Shortcuts

Share