Perpaduan DUN Hulu Bernam

Call Directions Contact the organization

Perpaduan DUN Hulu Bernam Peduli Hulu Bernam

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَSalam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Al Kudus bin Ri yang telah k...
15/11/2026

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Al Kudus bin Ri yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi di Kampung Gesir Tengah.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebaikan dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah.

15/11/2026

Bola sepak bukan sekadar tentang kemenangan, tetapi juga semangat persahabatan dan kesukanan.

Hadir menyaksikan perlawanan persahabatan bola sepak veteran antara Kelab Bola Sepak Veteran Hulu Bernam menentang Kelab Bola Sepak Bukit Beruntung yang berlangsung di Stadium MPHS, Kuala Kubu Bharu.

Perlawanan seperti ini menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kesukanan dan terus menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan komuniti.

Tahniah kepada kedua-dua pasukan. Semoga semangat kesukanan ini terus kekal.

Abdul Mun'im

Buat anak-anak muda Selangor yang berminat dalam bidang TVET dan industri berteknologi tinggi.
14/11/2026

Buat anak-anak muda Selangor yang berminat dalam bidang TVET dan industri berteknologi tinggi.

Permohonan kini dibuka untuk menyertai Program Siemens PLC Certified Professional (PLCCP) yang ditaja sepenuhnya.

Tingkatkan kemahiran praktikal dalam pengaturcaraan PLC dan automasi industri menerusi program latihan selama 10 hari yang dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman daripada industri.

Program ini merangkumi latihan Siemens SITRAIN TIA Tahap 1 dan 2 serta terbuka kepada pelajar prasiswazah, graduan baharu dan individu yang ingin meningkatkan atau mempelajari kemahiran baharu.

📅 23 November – 4 Disember 2026
📍 STDC, Shah Alam

Keutamaan diberikan kepada pemohon dari Selangor yang berumur antara 18 hingga 35 tahun.

📲 Imbas kod QR pada poster untuk membuat permohonan sekarang. STDCx

13/11/2026

Malam tadi, ketika penduduk berdepan musibah banjir, keutamaan kita adalah memastikan mereka mendapat bantuan dan berada dalam keadaan selamat.

Saya bersama agensi yang terlibat turun membantu mangsa banjir di kawasan Kg. Batu 4 (Hadapan Petron Dusun Bay) Jalan Besar Kuala Lumpur–Ipoh.

Seramai 6 keluarga melibatkan 13 orang mangsa telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Hulu Bernam yang dibuka pada jam 9.30 malam.

Operasi bantuan meibatkan APM Daerah Hulu Selangor, Balai Bomba Dan penyelamat Kuala Kubu Bharu, Skuad Pantas Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Selangor, Polis Daerah Hulu Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, Jps Daerah Hulu Selangor & JPKK Hulu Bernam Utara & Selatan.

Terima kasih kepada semua anggota agensi, petugas dan sukarelawan yang bertungkus-lumus membantu penduduk yang terjejas.

Kepada semua mangsa, semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan menghadapi ujian ini. Kita doakan keadaan kembali pulih seperti sediakala.

Dalam keadaan begini, yang penting kita saling membantu dan memastikan tiada penduduk yang terpinggir.

Abdul Mun'im

07/11/2026

Semoga Deepavali ini disambut dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tersayang. Teruslah kita memelihara semangat perpaduan, saling menghormati dan hidup dalam suasana harmoni walaupun berbeza kaum dan agama.

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2026 yang akan menduduki peperiksaan be...
01/11/2026

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2026 yang akan menduduki peperiksaan bermula esok 2 hingga 5 November 2026.

Semoga anak-anak diberikan ketenangan hati, kesihatan yang baik, dipermudahkan untuk menjawab setiap soalan serta memperoleh keputusan yang cemerlang.

Buat ibu bapa dan para guru, terima kasih atas segala usaha, doa, bimbingan dan pengorbanan dalam mendidik anak-anak menjadi generasi yang berilmu dan berakhlak mulia.

Semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan mengurniakan kejayaan buat semua calon UPKK 2026.

Abdul Mun'im

Address

Taman Rajawali
Kalumpang
44100

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:00
Tuesday 09:30 - 17:00
Wednesday 09:30 - 17:00
Thursday 09:30 - 17:00
Friday 09:30 - 17:00

Telephone

+6054581264

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpaduan DUN Hulu Bernam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpaduan DUN Hulu Bernam:

Shortcuts

Share

Nearby government services