APM Tanjung Manis

Call Directions Contact the organization

APM Tanjung Manis “Walaupun Sikit Kami Tetap Ada
Semangat Kami Untuk Tetap Bersatu”

LATIHAN MINGGUAN 20-22 OKTOBER 2026, Tanjung Manis- Anggota APM Tanjung Manis membuat ulang kaji di Pusat Kawalan Operas...
22/10/2026

LATIHAN MINGGUAN

20-22 OKTOBER 2026, Tanjung Manis- Anggota APM Tanjung Manis membuat ulang kaji di Pusat Kawalan Operasi. Silibus yang diulangkaji Ikatan dan penyelengaraan peralatan operasi, mesin gergaji berantai.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Pusat Pertahanan Awam Sarawak
Mohtar Samat

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI APM TANJUNG MANIS






🚨 GEMPAR! ULAR SAWA BATIK SEPANJANG 6 METER DITEMUI DALAM RAK DAPUR RUMAH DI KAMPUNG BARU RAJANG!TANJUNG MANIS, 21 OKTOB...
21/10/2026

🚨 GEMPAR! ULAR SAWA BATIK SEPANJANG 6 METER DITEMUI DALAM RAK DAPUR RUMAH DI KAMPUNG BARU RAJANG!

TANJUNG MANIS, 21 OKTOBER 2026 – Penghuni sebuah rumah di Kampung Baru Rajang berdepan detik cemas apabila seekor ular sawa batik sepanjang kira-kira enam meter seberat 15 kilogram ditemui bersembunyi di dalam kotak rak dapur, pagi tadi.

Susulan panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 8.48 pagi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tanjung Manis segera menggerakkan empat anggota ke lokasi kejadian.

Hasil tindakan pantas dan cekap anggota bertugas, ular sawa batik tersebut berjaya ditangkap menggunakan kaedah menjerut dan menyepit.

APM menasihatkan orang ramai supaya tidak menghampiri atau cuba menangkap ular yang ditemui di kawasan kediaman kerana tindakan tersebut boleh mengundang bahaya. Orang awam disarankan menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Pusat Pertahanan Awam Sarawak
Mohtar Samat

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI APM TANJUNG MANIS






TRAGIS! KEMALANGAN KERETA DAN TRELER DI JALAN SIBU–TANJUNG MANIS, SEORANG MAUT SEORANG CEDERA!TANJUNG MANIS, 19 OKTOBER ...
19/10/2026

TRAGIS! KEMALANGAN KERETA DAN TRELER DI JALAN SIBU–TANJUNG MANIS, SEORANG MAUT SEORANG CEDERA!

TANJUNG MANIS, 19 OKTOBER 2026 – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan ringan dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kereta dan sebuah treler di Jalan Sibu–Tanjung Manis, pagi Isnin.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tanjung Manis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 10.35 pagi sebelum menggerakkan sebuah ambulans bersama empat anggota ke lokasi kejadian pada jam 10.37 pagi. Pasukan tiba di lokasi pada jam 10.55 pagi.

Setibanya di lokasi, anggota APM mendapati dua orang lelaki terlibat dalam kemalangan berkenaan. Seorang mangsa berusia 51 tahun mengalami kecederaan ringan pada lengan serta sakit dada dan dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Manis untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, seorang lagi mangsa berusia 43 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sepanjang operasi, anggota APM turut membantu mengawal lalu lintas bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta membantu pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengangkat mangsa ke bahu jalan.

Operasi ini turut melibatkan kerjasama Klinik Kesihatan Tanjung Manis dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Operasi di lokasi selesai pada jam 11.40 pagi dan anggota APM kemudiannya bergerak pulang ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD).

APM DAERAH TANJUNG MANIS
“Sentiasa Siap Sedia, Pantas dan Berintegriti.”

APM Sarawak
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Mohtar Samat
Pusat Pertahanan Awam Sarawak

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI APM TANJUNG MANIS




ULANG TAHUN ANGGOTASeluruh Warga Kerja APM Tanjung Manis mengucapkan selamat ulang tahun kepada Kpl (PA) Mastura Binti J...
19/10/2026

ULANG TAHUN ANGGOTA

Seluruh Warga Kerja APM Tanjung Manis mengucapkan selamat ulang tahun kepada Kpl (PA) Mastura Binti Jim. Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Pusat Pertahanan Awam Sarawak
Mohtar Samat

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI APM TANJUNG MANIS





ULAR TEDUNG HITAM MUNCUL DI PORT TANJUNG MANIS! 4 ANGGOTA APM BERTINDAK PANTASTANJUNG MANIS, 16 OKTOBER 2026 – Angkatan ...
16/10/2026

ULAR TEDUNG HITAM MUNCUL DI PORT TANJUNG MANIS! 4 ANGGOTA APM BERTINDAK PANTAS

TANJUNG MANIS, 16 OKTOBER 2026 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tanjung Manis bertindak pantas selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung penemuan seekor ular tedung hitam di kawasan Port Tanjung Manis, petang tadi.

Seramai empat anggota APM telah digerakkan ke lokasi kejadian pada jam 1.38 petang dengan menggunakan sebuah ambulans bagi menjalankan operasi menangkap ular berkenaan.

Setibanya di lokasi, anggota yang lengkap dengan peralatan perlindungan diri (PPE) berjaya menangkap ular tedung hitam sepanjang kira-kira 30 sentimeter menggunakan kaedah menyepit dan menjerut.

APM menasihatkan orang awam supaya tidak cuba menangkap atau menghampiri ular yang ditemui. Sebaliknya, segera hubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.









UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI APM TANJUNG MANIS

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pertahanan Awam Sarawak
APM Sarawak
Mohtar Samat

ULANG TAHUN ANGGOTA Seluruh warga kerja APM Tanjung Manis mengucapkan Selamat Ulang Tahun kepada Pbt (PA) Wan Shafiee Bi...
11/10/2026

ULANG TAHUN ANGGOTA

Seluruh warga kerja APM Tanjung Manis mengucapkan Selamat Ulang Tahun kepada Pbt (PA) Wan Shafiee Bin Wan Suzali. Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Pusat Pertahanan Awam Sarawak
Mohtar Samat

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI APM TANJUNG MANIS




PENYELENGARAAN PERALATAN OPERASI5 Oktober 2026, Tanjung Manis- Anggota membuat penyelengaraan peralatan operasi iaitu me...
05/10/2026

PENYELENGARAAN PERALATAN OPERASI

5 Oktober 2026, Tanjung Manis- Anggota membuat penyelengaraan peralatan operasi iaitu mesin pemotong berantai (chainsaw) dan kenderaan operasi. Penyelegaraan inin bertujuan memastikan operasi berjalan denga lancar.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Pusat Pertahanan Awam Sarawak
APM Sarawak

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI APM TANJUNG MANIS




ULANG TAHUN ANGGOTASeluruh warga kerja APM Tanjung Manis mengucapkan Selamat Ulang Ulang Tahun kepada Pbt (PA) Josephine...
01/10/2026

ULANG TAHUN ANGGOTA

Seluruh warga kerja APM Tanjung Manis mengucapkan Selamat Ulang Ulang Tahun kepada Pbt (PA) Josephine Anak Robin. Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Pusat Pertahanan Awam Sarawak
APM Sarawak
Mohtar Samat

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI APM TANJUNG MANIS





PROGRAM SEHARI BERSAMA APM:SAYA ANAK BIJAK & SELAMAT30 September 2026, Tanjung Manis- APM Tanjung Manis bersama Perpusta...
30/09/2026

PROGRAM SEHARI BERSAMA APM:SAYA ANAK BIJAK & SELAMAT

30 September 2026, Tanjung Manis- APM Tanjung Manis bersama Perpustakaan Desa Tanjung Manis dan Tadika Sedidik Tanjung Manis mengadakan progam ceramah keselamatan di Perpustakaan Tanjung Manis. Ibu Bapa dan kanak-kanak merupakan poersrrta bagi program ini. Program tersebut mendedahkan mengenai tugas APM serta langkah langkah keselamatan ketika menghadapi bencana. Kanak-kanak juga berkesempatan menaiki ambulan APM. Terima kasih kepada Pihak Perpustakaan Desa dan Tadika Sedidik, semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Pusat Pertahanan Awam Sarawak
Mohtar Samat

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI APM TANJUNG MANIS






ULANG TAHUN ANGGOTA Seluruh warga kerja APM Tanjung Manis mengucapkan Selamat Ulang Tahun kepada L/Kpl (PA) Mohd Shammar...
29/09/2026

ULANG TAHUN ANGGOTA

Seluruh warga kerja APM Tanjung Manis mengucapkan Selamat Ulang Tahun kepada L/Kpl (PA) Mohd Shammarul Bin Ibrahim. Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pertahanan Awam Sarawak
Mohtar Samat

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI APM TANJUNG MANIS




Address

P2 Perumahan Pusaka
Tanjung Mani

Telephone

+6084613033

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Tanjung Manis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to APM Tanjung Manis:

Shortcuts

Share