Parti Keadilan Rakyat Cabang Tapah

Directions Website Contact the organization

Parti Keadilan Rakyat Cabang Tapah Parti Keadilan Rakyat Cabang Tapah Official

PROGRAM ZIARAH KASIH MADANICABANG KEADILAN TAPAH Sabtu,03 Oktober 2026Cabang Keadilan Tapah meneruskan Program Ziarah Ka...
03/10/2026

PROGRAM ZIARAH KASIH MADANI
CABANG KEADILAN TAPAH

Sabtu,03 Oktober 2026

Cabang Keadilan Tapah meneruskan Program Ziarah Kasih Madani dengan menziarahi Saudara Zamrid A/L Bah Ju,Biro Sukarelawan Cabang Keadilan Tapah,yang baru menerima cahaya mata.

Dalam kesempatan ini,Ketua Cabang Keadilan Tapah,Saudara Azam Afandi,telah mewakilkan AJK Cabang untuk menyampaikan sumbangan kepada Saudara Zamrid sebagai tanda ingatan dan tahniah atas kelahiran cahaya mata baharu.

Semoga kehadiran cahaya mata ini membawa kebahagiaan,keberkatan dan keceriaan buat Saudara Zamrid serta seluruh keluarga.

Tahniah dan selamat menjalani kehidupan sebagai sebuah keluarga yang baru.

UCAPAN TAKZIAHإِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَCabang Keadilan Tapah merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr. ...
28/09/2026

UCAPAN TAKZIAH

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Cabang Keadilan Tapah merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga atas pemergian isteri tercinta,Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah,mengampuni segala dosa dan kesalahan,menerima segala amal kebajikan serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga diberikan kekuatan,ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan yang amat disayangi.

Al-Fatihah.

Daripada:

Ketua Cabang dan seluruh barisan kepimpinan
Cabang Keadilan Tapah.

PROGRAM ZIARAH KASIH MADANI CABANG KEADILAN TAPAH27 SEPTEMBER 2026Alhamdulillah,Cabang Keadilan Tapah meneruskan Program...
27/09/2026

PROGRAM ZIARAH KASIH MADANI CABANG KEADILAN TAPAH
27 SEPTEMBER 2026

Alhamdulillah,Cabang Keadilan Tapah meneruskan Program Ziarah Kasih Madani dengan mengadakan kunjungan ke rumah Saudara Izzad,Setiausaha AMK Cabang Tapah,sempena kelahiran cahaya mata beliau.

Dalam kunjungan tersebut,Cabang Keadilan Tapah turut menyampaikan sumbangan barangan asas serta sumbangan wang tunai sebagai tanda ingatan sempena kelahiran cahaya mata daripada Ketua Cabang Keadilan Tapah,Saudara Azam Afandi.

Sumbangan telah disampaikan oleh Setiausaha Cabang Keadilan Tapah yang mewakili Ketua Cabang serta seluruh warga Keadilan Tapah.

Cabang Keadilan Tapah mengucapkan tahniah kepada Saudara Izzad dan keluarga atas kelahiran cahaya mata yang baharu.Semoga anak yang dikurniakan ini membesar dengan sihat,menjadi anak yang solehah,serta menjadi penyejuk hati dan kebahagiaan buat seluruh keluarga.

PROGRAM ZIARAH KASIH CABANG KEADILAN TAPAH 25 SEPTEMBER 2026Alhamdulillah,Cabang Keadilan Tapah meneruskan Program Ziara...
25/09/2026

PROGRAM ZIARAH KASIH CABANG KEADILAN TAPAH 25 SEPTEMBER 2026

Alhamdulillah,Cabang Keadilan Tapah meneruskan Program Ziarah Kasih dengan menziarahi dua orang penerima di sekitar Tapah Road dan Temoh yang sedang melalui dugaan kehidupan.

1. Manivel A/L Renggopan
Perumahan Awam,Kampung Mak Teh,Tapah Road

Beliau terlibat dalam kemalangan dan telah menjalani pembedahan pada bahagian tulang pinggul/punggung yang mengakibatkan keadaan kaki tidak seimbang.Keadaan tersebut turut menjejaskan keupayaan beliau untuk mencari rezeki seperti biasa.

2. Paramsuchi A/L Maniam
Temoh,Perak.

Beliau mengalami kehilangan kaki yang menjejaskan pergerakan serta mata pencarian. Dalam masa yang sama,beliau turut menjaga isteri dan anak yang berdepan dengan masalah kesihatan.

Dalam kunjungan ini,sumbangan kotak makanan dan sumbangan kewangan daripada Ketua Cabang Keadilan Tapah merangkap Pegawai Khas Menteri Besar Perak,Saudara Azam Afandi telah disampaikan kepada kedua-dua penerima.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua Cabang bersama Setiausaha Cabang Keadilan Tapah sebagai tanda simpati dan solidariti terhadap masyarakat yang memerlukan.

Semoga sumbangan yang disampaikan ini dapat membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung serta memberi semangat kepada penerima dan keluarga untuk terus tabah menghadapi dugaan.

ALHAMDULILLAH,SAUDARA RASHID SEMAKIN SIHATAlhamdulillah,saudara Rashid kini semakin sihat selepas hampir dua bulan mener...
19/09/2026

ALHAMDULILLAH,SAUDARA RASHID SEMAKIN SIHAT

Alhamdulillah,saudara Rashid kini semakin sihat selepas hampir dua bulan menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.Namun begitu,beliau masih perlu menjalani rawatan dan pemeriksaan susulan di Hospital Besar Ipoh.

Sebagai tanda simpati dan sokongan,Cabang Keadilan Tapah melalui Timb Ketua Cabang yang juga merupakan Pengerusi JPKK Kg Lubuk Mas turut mengambil kesempatan menziarahi serta menyampaikan sumbangan dari Ketua Cabang merangkap Pegawai Khas MB Saudara Azam Afandi kepada saudara Rashid bagi membantu meringankan sedikit beban beliau sepanjang menjalani rawatan.

Pihak Cabang Keadilan Tapah melalui En Ir Harriffin akan terus mengikuti perkembangan saudara Rashid dan berusaha membantu menghubungkan beliau dengan saluran bantuan yang bersesuaian.

Semoga saudara Rashid terus diberikan kesihatan,kekuatan dan dipermudahkan segala urusan rawatan.

SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Selamat menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia,khususnya warga Tapah dan Ba...
15/09/2026

SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Selamat menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia,khususnya warga Tapah dan Batang Padang.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti perpaduan,menghargai kepelbagaian serta memperkukuhkan semangat kebersamaan demi membina Malaysia yang lebih aman,harmoni, adil dan sejahtera.

Berbeza latar belakang bukan penghalang untuk kita berdiri bersama sebagai satu bangsa Malaysia.Perpaduan adalah kekuatan kita dan Malaysia adalah rumah kita bersama.

Semoga semangat Hari Malaysia terus menyatukan kita dalam usaha membina masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Malaysia Madani,Jiwa Merdeka,Teguh Bersama 🇲🇾

Ikhlas daripada

YBhg. Azam Affandi
Ketua Cabang Keadilan Tapah
serta seluruh barisan Ahli Jawatankuasa
Cabang Keadilan Tapah.

13/09/2026
PROGRAM JELAJAH KASIH CABANG KEADILAN TAPAH 13/09/2026Alhamdulillah,Program Jelajah Kasih Cabang Keadilan Tapah diterusk...
13/09/2026

PROGRAM JELAJAH KASIH CABANG KEADILAN TAPAH 13/09/2026

Alhamdulillah,Program Jelajah Kasih Cabang Keadilan Tapah diteruskan dengan menyantuni ahli lama sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam perjuangan parti.

Sumbangan berupa barangan makanan mentah daripada Ketua Cabang Keadilan Tapah saudara Azam Afandi telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Cabang Keadilan,Saudara Sunder.

Semoga sumbangan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan mengeratkan lagi ukhuwah dalam keluarga besar Keadilan.

KEADILAN PERAK RAKAM PENGHARGAAN ATAS SOKONGAN RAKAN KERAJAAN PERPADUAN
10/09/2026

KEADILAN PERAK RAKAM PENGHARGAAN ATAS SOKONGAN RAKAN KERAJAAN PERPADUAN

IPOH — Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Negeri Perak hari ini merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri, atas pemilihan beliau sebagai Ahli Dewan Negara mewakili negeri...

Address

Jalan RAJA
Tapah
35000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:00
15:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Keadilan Rakyat Cabang Tapah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Parti Keadilan Rakyat Cabang Tapah:

Shortcuts

Share