Ameerah Tapah

Directions

Ameerah Tapah INI ADALAH AKAUN RASMI AMEERAH TAPAH

MUSLIMAT MUDA PAS
Kepimpinan | Informatif | Politik Islam

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MALAYSIA 202616 September menjadi lambang penyatuan, kekuatan dan semangat kebersamaan sebuah negara ber...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026

16 September menjadi lambang penyatuan, kekuatan dan semangat kebersamaan sebuah negara bernama Malaysia.

Berbeza negeri, kepelbagaian budaya dan bahasa, namun kita tetap berdiri megah di bawah satu Jalur Gemilang.

Semoga tahun demi tahun , sambutan Hari Malaysia dapat terus menyatukan hati, menyuburkan rasa cinta kepada tanah air serta menggerakkan kita bersama-sama membina Malaysia yang aman, berilmu dan sejahtera.

Selamat Hari Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Tulus ikhlas daripada ,
Ameerah Tapah

Malaysia milik kita, bersama kita menjaganya. πŸ‡²πŸ‡Ύ



π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π— π—˜π—‘π—¬π—”π— π—•π—¨π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π—žπ—˜π—•π—”π—‘π—šπ—¦π—”π—”π—‘ π—žπ—˜-𝟲𝟡31 Ogos tarikh keramat,Bersama kita menyambut merdeka,Bersatu berazam penuh seman...
31/08/2026

π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π— π—˜π—‘π—¬π—”π— π—•π—¨π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π—žπ—˜π—•π—”π—‘π—šπ—¦π—”π—”π—‘ π—žπ—˜-𝟲𝟡

31 Ogos tarikh keramat,
Bersama kita menyambut merdeka,
Bersatu berazam penuh semangat,
Mari pertahankan kemerdekaan kita.

Marilah sama-sama kita mengekalkan keamanan negara ini dengan memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Salam Maulidur Rasul ο·ΊΨ§Ω„Ω„Ω‡Ω… ءلِّ ΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ― ΩˆΨΉΩ„Ω‰ Ψ’Ω„Ω‡ ΩˆΨ΅Ψ­Ψ¨Ω‡ ΩˆΨ³Ω„Ω…Selamat menyambut Maulidur Rasul ο·Ί daripada kami,Amee...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul ο·Ί

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… ءلِّ ΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ― ΩˆΨΉΩ„Ω‰ Ψ’Ω„Ω‡ ΩˆΨ΅Ψ­Ψ¨Ω‡ ΩˆΨ³Ω„Ω…

Selamat menyambut Maulidur Rasul ο·Ί daripada kami,Ameerah Tapah.

Marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ο·Ί dan menghayati kembali perjuangan, akhlak serta sunnah Baginda dalam kehidupan kita.

Rasulullah ο·Ί mengajar kita bahawa kejayaan bukan hanya tentang harta dan pencapaian, tetapi juga tentang akhlak, amanah, ilmu, usaha dan keberkatan.

Semoga kita menjadi umat yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Baginda, menjaga hubungan sesama manusia dan memberi manfaat kepada lebih ramai keluarga di sekeliling kita.

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΩˆΨ³Ω„Ω… ΩˆΨ¨Ψ§Ψ±Ωƒ ΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ― ο·Ί

Semoga cinta kita kepada Rasulullah ﷺ bukan sekadar pada kata-kata, tetapi diterjemahkan melalui kehidupan dan akhlak kita setiap hari. 🀍

Salam Maulidur Rasul ο·Ί
1448H | 2026


γ‚šviralγ‚·

🌸 Jumaat datang lagi, masa untuk berkongsi rezeki 🌸Jom sama-sama kita hidupkan Infaq Jumaat Ameerah Tapah 🀍Walaupun RM1,...
03/07/2026

🌸 Jumaat datang lagi, masa untuk berkongsi rezeki 🌸

Jom sama-sama kita hidupkan Infaq Jumaat Ameerah Tapah 🀍

Walaupun RM1,
cukup ikhlas dari hati.
Sedikit daripada kita, besar maknanya buat mereka 🫢


*Selamat Hari Bapa* ✨Buat semua ayah yang menjadi tempat berteduh, sumber kekuatan dan insan yang tidak pernah jemu berk...
21/06/2026

*Selamat Hari Bapa* ✨

Buat semua ayah yang menjadi tempat berteduh, sumber kekuatan dan insan yang tidak pernah jemu berkorban demi keluarga.

Terima kasih atas setiap doa, kasih sayang, pengorbanan dan didikan yang tidak ternilai harganya. Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan, kebahagiaan serta melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada semua insan bergelar ayah.

Ikhlas daripada,
Ameerah Tapah πŸ’š

πŸŒ™βœ¨ π’π€π‹π€πŒ 𝐀𝐖𝐀𝐋 πŒπ”π‡π€π‘π€πŒ πŸπŸ’πŸ’πŸ– π‡πˆπ‰π‘π€π‡ βœ¨πŸŒ™Alhamdulillah, kita melangkah ke tahun baharu Hijrah dengan penuh kesyukuran dan har...
16/06/2026

πŸŒ™βœ¨ π’π€π‹π€πŒ 𝐀𝐖𝐀𝐋 πŒπ”π‡π€π‘π€πŒ πŸπŸ’πŸ’πŸ– π‡πˆπ‰π‘π€π‡ βœ¨πŸŒ™

Alhamdulillah, kita melangkah ke tahun baharu Hijrah dengan penuh kesyukuran dan harapan. Semoga kedatangan 1 Muharam 1448H menjadi titik permulaan untuk kita memperbaiki diri, memperkukuhkan iman serta meningkatkan amal ibadah.

Marilah kita sama-sama menjadikan semangat hijrah sebagai inspirasi untuk terus melangkah ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.

πŸ’« 𝘏π˜ͺ𝘫𝘳𝘒𝘩 π˜”π˜ͺ𝘯π˜₯𝘒, 𝘏π˜ͺ𝘫𝘳𝘒𝘩 𝘏𝘒𝘡π˜ͺ, π˜”π˜¦π˜―π˜Άπ˜«π˜Ά π˜’π˜¦π˜«π˜’π˜Ίπ˜’π˜’π˜― π˜‹π˜Άπ˜―π˜ͺ𝘒 π˜₯𝘒𝘯 𝘈𝘬𝘩π˜ͺ𝘳𝘒𝘡.

Selamat Menyambut Awal Muharam 1448 Hijrah kepada seluruh warga Malaysia khususnya yang berada di kawasan Tapah πŸ₯°

π’πšπ₯𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐚π₯ π‡π’π£π«πšπ‘ πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡.

Takbir❗️Allahuakbar✊🏻
16/06/2026

Takbir❗️
Allahuakbar✊🏻

SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR PAS

Syukur ke hadrat Allah SWT, seramai 15 tokoh dan individu baharu yang terdiri daripada bekas menteri, exco kerajaan negeri, pemimpin parti, tokoh akademik, profesional, bekas pegawai kanan kerajaan, serta bekas atlet kebangsaan secara rasmi telah mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PAS.

Kehadiran barisan pemimpin dan profesional berpengalaman ini membuktikan keyakinan masyarakat yang semakin padu terhadap perjuangan parti demi membina sebuah negara yang sejahtera.

Satu hala tuju, satu perjuangan. Semoga penyertaan ini membawa limpahan rahmat dan mengukuhkan lagi penyatuan ummah di bumi Malaysia. In Shaa Allah.




Dosa memfitnah lebih besar daripada dosa membunuh .
15/06/2026

Dosa memfitnah lebih besar daripada dosa membunuh .

Tuduhan PAS parti Mullah, ayatullah,taliban dan ekstrim datang dari mereka yang keterlaluan membenci PAS, tetapi muflis idea untuk mempengaruhi orang lain supaya sama-sama benci PAS.

Kasihan orang begini.

Beberapa kerat tulisan kebencian kepada PAS adalah "penawar" kepada penyokong yang saban hari menghadap tekanan kebencian organik kepada Madani yang tidak terbendung lagi.

Kalau baca ribuan tulisan/komen rakyat yang lain, depa stress. Realitinya, teruk Madani kena hentam hari-hari. Jadi ada beberapa kerat tulisan habuan menyedapkan hati depa, jadilah tuan-tuan.

Kesian juga sebenarnya. Lantik KP untuk mempertahankan Madani, beliau malah menyumbang pertambahan jumlah kutukan secara mencanak. Tak kesian ka?

Usaha memotretkan PAS dengan imej Taliban dan sewaktu dengannya bukan baru hari ini, tetapi telah lama. Dan semua label itu gagal berkali-kali.

Jika tuduhan itu dipercayai rakyat Malaysia, maka PAS tidak akan menang lebih 2/3 majoriti di empat negeri dan menjadi parti dengan jumlah kerusi parlimen terbanyak. PAS turut memenangi banyak kerusi di Pulau Pinang dan Selangor. PAS menang kerusi di Sabah.

Maka, jika penggunaan label-label itu matlamatnya untuk mengurangkan sokongan rakyat, IANYA TERBUKTI GAGAL.

Tulisan ini bukan untuk pembenci yang selesa dengan dunia dogmatiknya sendiri. Untuk orang begini hanya ada satu ubat yang prescriptionnya adalah "lantak pi kat hang lah".

Tulisan ini hanya untuk mereka yang jujur menilai fakta dan mahu mengenali PAS.

1. Tuduhan PAS ekstrim - PAS konsisten sejak Merdeka memilih jalan demokrasi pilihan raya dan tidak memilih "jihad qital" (perang) atau rusuhan jalanan untuk memimpin negara.

2. Negara menyaksikan Al-Arqam dan Al-Maunah serta beberapa lagi organisasi Islam diharamkan dan diambil tindakan.

Tetapi PAS tidak pernah mampu diharamkan kerana tidak ada satu pun pergerakan PAS yang illegal/melanggar undang-undang. Usia PAS kini sudah 75 tahun.

3. Jika krisis politik dalaman dijadikan hujah untuk menuduh PAS parti mullah atau ayatullah, menggunapakai kata-kata mereka yang tidak berpuas hati dengan Presiden PAS, maka saya sarankan dengar baik-baik satu persatu tuduhan Rafizi kepada Dato' Sri Anwar Ibrahim. Dengar baik-baik tuduhan yang dilemparkan terhadap DS Zahid Hamidi oleh mereka yang marahkan Presiden UMNO.

Konflik politik atau komen dari lawan politik bukanlah hujah yang berasas untuk membuktikan bahawa sesuatu organisasi itu dipimpin secara diktator mahupun authoritarian.

4. Ironinya tuduhan keputusan dibuat secara individu/mutlak oleh Presiden PAS datang selepas MESYUARAT AJK PAS Pusat. AJK PAS Pusat dianggotai oleh wakil pimpinan PAS dari seluruh Malaysia.

Boleh lihat siaran pelbagai media yang menunggu di Pejabat Agung PAS, menemuramah pimpinan semasa mesyuarat AJK PAS Pusat akan berlangsung. Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang walaupun ada kuasa sebagai Presiden, tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan bersifat keputusan akhir sebelum mesyuarat selesai.

Di hujung mesyuarat, SATU keputusan perlu dibuat walaupun pandangan berbeza pastilah ada ketika mesyuarat.

Kenapa perlu adakan mesyuarat kalau Presiden boleh buat keputusan seorang sahaja? Apabila keputusan dibuat secara mesyuarat, tuduhan ayatullah dan mullah tidak lagi relevan.

5. Hudud.

Cuba perhati betul-betul, bukankah orang yang paling lantang mendesak PAS soal pelaksanaan hudud, datang dari mereka yang tidak menyokong hudud dilaksanakan di Malaysia?

Cuba tanya mereka yang bangkitkan isu "hudud tak buat masa 33 bulan", kamu itu sendiri sokong atau tidak hudud dilaksanakan di Malaysia?
Nescaya mereka ini akan "putar halim" sampai ke sudah dan tak akan mampu jawab sokong, kerana mereka sendiri tidak sokong?

Kalau mereka angkat lagi isu "hudud tak buat masa 33 bulan", minta mereka jawab dulu soalan, kamu itu sendiri sokong atau tidak hudud dilaksana di Malaysia? Kalau jawab sokong, barulah relevan kamu nak sembang topik itu. Kalau kamu sendiri tak sokong, dok kalut tak ketahuan pasaipa?

Golongan Muslim yang menyokong atau non Muslim yang tidak masuk campur, mereka tidak mendesak-desak pun.

Hakikatnya, hudud ini adalah bukti betapa PAS ini parti yang bergerak dalam ruang lingkup demokrasi, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang. 75 tahun ditubuhkan, kita masih bergerak dalam ruang lingkup perlembagaan negara.

(Tidak ada keperluan berbahas soal hudud dengan mereka yang tidak berniat baik (bona fide), kerana risau nanti mereka terlajak mengata/mempertikai/merendahkan hukum Islam p**a. Berbahas mengenai hudud memerlukan ilmu setidak-tidaknya asas undang-undang jenayah Islam).

Kita hormati dan laksanakan undang-undang syariah sedia ada dan komited untuk tambah baik, pada masa yang sama mampu menjadi rakyat yang mematuhi Perlembagaan dan undang-undang sivil sedia ada. Inilah PAS.

(Cita-cita yang ada berdasarkan keimanan, tunduk dan patuh kepada setiap yang menjadi perintah Allah tetap kekal dan utuh).

6. PAS mempunyai sistem pendidikan yang memanfaatkan rakyat, bukan hanya ahli PAS.(PAS bergaul, bermasyarakat, tidak tertutup seperti lazimnya entiti ekstrim)

Sekolah-sekolah kelolaan PAS "dari TASTI, PASTI, SRITI, SMITI dan IPT menerima pelajar-pelajar dalam kalangan rakyat Malaysia dan bukan hanya orang PAS.

Orang PAS atau pemimpin PAS p**a tidak diwajibkan hantar anak-anak ke "sekolah PAS". Boleh hantar anak-anak ke sekolah SK, SMK, SJKC atau international school. Nak hantar ke "sekolah PAS" pun boleh. Pilihan sendiri.

Institusi pendidikan di bawah PAS bukan tempat untuk survival doktrin, dengan itu dibuka untuk ahli PAS sahaja, belajar pasal PAS. Tidak. Tetapi dilaksana sebagai tanggungjawab memberi hak pendidikan yang berintegrasi Islam kepada rakyat walaupun tidak mendapat sokongan kewangan dari Kerajaan.

Jika PAS ekstrim, institusi pendidikan PAS dah lama mati. Orang awam tidak akan mampu terus hantar anak-anak ke PASTI dan SRITI jika anak-anak balik jadi pelik. Tapi demand semakin tinggi, jumlah semakin bertambah.

7. Baru-baru ini PAS menerima penyertaan tokoh-tokoh seperti bekas Menteri, bekas pemimpin-pemimpin dari PH dan UMNO. Individu yang sekian lama dicop liberal dan sekular pun sertai PAS.

Penyertaan ini tidak termasuk ribuan keahlian ahli baharu PAS yang diumumkan setiap bulan.

Jika label ayatullah, mullah, taliban dan ekstrim ini berkesan, maka kita tidak akan melihat rakyat dan tokoh-tokoh ini masuk PAS.

Cukuplah setakat ini. Terlalu panjang hujah untuk menyangkal dakwaan kitar semula dari mereka yang muflis idea.

Selepas ini akan keluar perkataan-perkataan lain p**a. Ya, ubat untuk mereka ini adalah "lantak pi kat hang lah". Selagi tak bengkak hati kamu dengan stress kebencian, sila teruskan.

Mardhiyyah Johari
Ketua Pengarah Ameerah Malaysia

09/06/2026

KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT

KERJASAMA POLITIK PAS–BERSATU

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, Isnin 8 Jun 2026, telah membuat ketetapan seperti berikut:

i. Memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun 2026 berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS, atas prinsip penyatuan ummah;

ii. Meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik PAS–BERSATU berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa;

iii. Menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU;

iv. Meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya (electoral pact) demi penyatuan ummah, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16; dan

v. Menerima hasrat tokoh-tokoh akademik, profesional, pemimpin politik, dan aktivis masyarakat untuk menyertai PAS.

β€œKembali Kepada Penyelesaian Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 22 Zulhijjah 1447 / 8 Jun 2026

Berkorban bukan hanya tentang memberi, tetapi tentang ikhlas melepaskan demi redha Allah.Selamat Hari Raya Aidiladha bua...
27/05/2026

Berkorban bukan hanya tentang memberi, tetapi tentang ikhlas melepaskan demi redha Allah.
Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam✨

Address

Tapah

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ameerah Tapah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share