24/09/2026
BILA RAKYAT DIBANTU, JANGAN PURA PURA TIDAK NAMPAK!
Kemudahan biasiswa untuk anak-anak Sabah yang melanjutkan pengajian di IPT dan IPTA bukan perkara kecil. Ia mengurangkan beban ibu bapa dan penjaga serta membuka peluang untuk anak-anak membina masa depan.
Terima kasih kepada Kerajaan GRS dan Kerajaan MADANI atas kemudahan pendidikan yang disalurkan.
Kepada pihak pembangkang, jangan hanya pandai mencari salah dan bermain retorik politik. Kalau sesuatu itu benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, beranilah mengakuinya!
Kita mahu politik yang menghasilkan bantuan, peluang dan masa depan, bukan sekadar janji dan suara lantang.
Ayuh sokong pendidikan Sabah. Pertahankan peluang anak-anak kita untuk berjaya. Rakyat melihat, rakyat menilai berdasarkan apa yang dilaksanakan!