28/09/2026
๐ ๐ท๐ฌ๐น๐ฒ๐ฌ๐ท ๐ฐ๐ท๐ซ ๐ป๐จ๐พ๐จ๐ผ ๐บ๐ฌ๐น๐ป๐จ๐ฐ ๐ท๐ฌ๐น๐ป๐จ๐ต๐ซ๐ฐ๐ต๐ฎ๐จ๐ต ๐ฉ๐ถ๐ณ๐จ ๐ป๐จ๐ด๐ท๐จ๐น ๐จ๐ต๐ฑ๐ผ๐น๐จ๐ต ๐ฒ๐น๐ป ๐ญ๐ฌ๐ณ๐ซ๐จ ๐ผ๐ด๐จ๐บ 3 ๐
Tarikh: 27 September 2026 (Ahad)
Masa: 0800 โ 1500 hrs
Tempat: Perkarangan Dewan Semai Bakti, FELDA Umas 3
FELDA UMAS 3, TAWAU | 27 SEPTEMBER 2026 โ Seramai 9 orang terdiri daripada anggota polis/KTA/ahli PERKEP telah mewakili PERKEP IPD Tawau dalam Pertandingan Bola Tampar anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) FELDA Umas 3 yang berlangsung di Perkarangan Dewan Semai Bakti, FELDA Umas 3.
Pertandingan tersebut disertai sebanyak 14 pasukan, dengan PERKEP IPD Tawau ditempatkan dalam Kumpulan D bersama dua (2) pasukan lain.
Walaupun tidak berjaya mara ke peringkat suku akhir, pasukan PERKEP IPD Tawau tetap memberikan saingan yang sengit dan menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang pertandingan. Dalam aksi menentang pasukan BBL, PERKEP tewas tipis dengan mata 24โ25, manakala perlawanan menentang pasukan Borneo turut berlangsung sengit dengan keputusan 22-25.
Penyertaan ini merupakan satu peluang yang amat bermakna buat PERKEP IPD Tawau, khususnya apabila menerima jemputan daripada pihak penganjur untuk menyertai pertandingan berkenaan. Selain menggalakkan gaya hidup sihat dan memupuk semangat kesukanan, penglibatan ini turut menjadi platform bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara PDRM melalui PERKEP dengan komuniti setempat.
Program seperti ini juga memberi peluang kepada ahli PERKEP untuk memperoleh pengalaman baharu, membina semangat berpasukan serta memperkukuh jaringan kerjasama dengan masyarakat.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli PERKEP IPD Tawau yang telah mengambil bahagian dan memberikan komitmen terbaik sepanjang pertandingan.
๐ช Sukan Menyatukan, Komuniti Diperkasa!
๐ PERKEP IPD Tawau โ Aktif, Cergas, Prihatin