Penjara Tawau Official

Call Directions

Penjara Tawau Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penjara Tawau Official, Government Organization, Tawau.

Ucapan Syabas dan Tahniah Berlangsungnya Pemakaian Pangkat kepada PPP Pahareh bin Rahim @ Bahari yang disempurnakan oleh...
06/10/2026

Ucapan Syabas dan Tahniah

Berlangsungnya Pemakaian Pangkat kepada PPP Pahareh bin Rahim @ Bahari yang disempurnakan oleh PKK Hasrul Anwar bin Hasim, Pengarah Penjara Tawau bersama TPP Johari Chok Tang, Ketua Bahagian Korektif Penjara Tawau di Bilik Mesyuarat, Penjara Tawau.

Seiring dengan kenaikan pangkat yang diterima, diharapkan beliau dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan, berintegriti serta bertanggungjawab.

DIALOG BULANAN PENJARA TAWAU | 30 September 2026Dewan Wawasan, Taman EhsanDialog Bulanan Penjara Tawau telah berlangsung...
30/09/2026

DIALOG BULANAN PENJARA TAWAU | 30 September 2026
Dewan Wawasan, Taman Ehsan

Dialog Bulanan Penjara Tawau telah berlangsung dengan lancar sebagai wadah untuk menyampaikan amanat, perkongsian serta maklumat semasa kepada kakitangan Penjara Tawau yang telah dipengerusikan oleh PP Philip Pangkat, Timbalan Pengarah Penjara Tawau diiringi oleh TPP Amsar bin Ahmad, Ketua Bahagian Keselamatan & Ketenteraman Penjara Tawau.

Antara pengisian yang diadakan ialah penyampaian sumbangan POA kepada SJN Siti Marhumah binti Kandoy sebagai tanda keprihatinan dan sokongan warga Penjara Tawau. Program turut diserikan dengan cabutan bertuah kepada warga kerja yang hadir.

Selain itu, turut diadakan Taklimat MAKSak Medic Care yang disampaikan oleh En. Sirajudin bin Saruddin, Pegawai Perhubungan MAKSak Medic Care, bagi memberikan penerangan berkaitan kemudahan dan manfaat perlindungan kesihatan yang disediakan.

Semoga Dialog Bulanan ini terus menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim, menyemai keprihatinan serta memperkukuh kebersamaan dalam kalangan warga Penjara Tawau.

Jawatan Kosong Personel Mystep Penjara TawauTaraf Jawatan : KontrakKadar Upah : RM1,900.00 (Sebulan)Sila hantar resume/C...
25/09/2026

Jawatan Kosong Personel Mystep Penjara Tawau

Taraf Jawatan : Kontrak
Kadar Upah : RM1,900.00 (Sebulan)

Sila hantar resume/Curriculum Vitae (CV) yang lengkap berserta salinan :
•Kad Pengenalanan
•Sijil Kelahiran
•Sijil Akademik & dokumen sokongan berkaitan

Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke Unit Pentadbiran dan Kewangan Penjara Tawau. Tarikh tutup permohonan adalah pada 02 Oktober 2026

Kursus Peranan & Tanggungjawap Sarjan Mejar Penjara Peringkat Institusi Penjara Tawau
23/09/2026

Kursus Peranan & Tanggungjawap Sarjan Mejar Penjara Peringkat Institusi Penjara Tawau

PROGRAM JELAJAH PEDALAMAN 2.0 SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN“ERAT SEBUAH KEBEBASAN”10-13 September 2026PRISONOFFICER 4x4 CLUB...
14/09/2026

PROGRAM JELAJAH PEDALAMAN 2.0 SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
“ERAT SEBUAH KEBEBASAN”

10-13 September 2026
PRISONOFFICER 4x4 CLUB

Program Jelajah Pedalaman 2.0 sempena Bulan Kemerdekaan bertemakan “Erat Sebuah Kebebasan" telah dilaksanakan dengan penglibatan warga Penjara Tawau dalam menyemarakkan semangat patriotisme dan mengeratkan hubungan bersama komuniti.

Program ini diketuai oleh PP Philip Pangkat, Timbalan Pengarah Penjara Tawau bersama TPP Walter Blasius, Ketua Bahagian Pengurusan Penjara Tawau. Pelaksanaan program turut memberi ruang kepada warga Jabatan Penjara Malaysia untuk mendekati masyarakat serta menyampaikan mesej perpaduan, kebersamaan dan kecintaan kepada tanah air.

Ibarat aur dengan tebing, eratnya hubungan menjadi asas kekuatan bersama, selaras dengan semangat kemerdekaan yang menyatukan rakyat tanpa mengira latar belakang.
Jabatan Penjara Malaysia
Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan

Perarakan Maulidur Rasul 1448 H Jabatan Penjara Malaysia , Penjara Tawau "Meneladani Akhlak Rasul Membina Ummah Madani"1...
13/09/2026

Perarakan Maulidur Rasul 1448 H Jabatan Penjara Malaysia , Penjara Tawau
"Meneladani Akhlak Rasul Membina Ummah Madani"

13 September 2026 perarakan bermula dari Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT) ke Dewan Masyarakat Tawau. Seramai 60 orang kakitangan Penjara Tawau bersama PERSIAP Tawau hadir meramaikan dan kehadiran daripada PKK Hasrul Anwar bin Hasim, Pengarah Penjara Tawau bersama Pengerusi PERSIAP Tawau, Puan Era Endut.

Simulasi Keselamatan Pengendalian Senjata Api8-10 September 2026 bertempat di Ruang VIP & Bilik Mesyuarat Penjara TawauF...
13/09/2026

Simulasi Keselamatan Pengendalian Senjata Api
8-10 September 2026 bertempat di Ruang VIP & Bilik Mesyuarat Penjara Tawau

Fasilitator : Pegawai Amra & Unit Latihan (ULIN)

Simulasi Keselamatan Pengendalian Senjata Api ialah latihan digital atau praktikal yang mereka bentuk situasi sebenar bagi melatih pengguna cara mengendalikan senjata api dengan selamat dan betul tanpa melibatkan risiko kecederaan fizikal

Pelepasan Program Jelajah Pedalaman 2.0 Sempena Bulan KemerdekaanPelepasan ini telah dirasmikan oleh PKK Hasrul Anwar bi...
10/09/2026

Pelepasan Program Jelajah Pedalaman 2.0 Sempena Bulan Kemerdekaan

Pelepasan ini telah dirasmikan oleh PKK Hasrul Anwar bin Hasim, Pengarah Penjara Tawau. Semoga perjalanan ini berjalan dengan lancar dan sampai ke destinasi yang dituju.

Iklan - Kenyataan Pelawaan Sebut HargaKerja-kerja Penyelenggaraan Kuarters Di Penjara Tawau Serta Kerja-kerja Berkaitan....
01/09/2026

Iklan - Kenyataan Pelawaan Sebut Harga

Kerja-kerja Penyelenggaraan Kuarters Di Penjara Tawau Serta Kerja-kerja Berkaitan. Rujuk pada gambar tersebut

28/08/2026

BUSANA PENGACARA SIARAN LANGSUNG RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM) SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2026

Untuk tahun ini, busana yang digayakan oleh pengacara bagi mengendalikan siaran langsung RTM sempena Hari Kebangsaan 2026 telah dihasilkan oleh Prospek dari Bengkel Batik, Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan.

Penghasilan busana tersebut merupakan hasil daripada Program Latihan Kemahiran TVET Jabatan Penjara Malaysia, yang menjadi platform dalam memperkasa kemahiran serta bakat penghuni melalui latihan kemahiran yang berstruktur dan berterusan.

Inisiatif ini turut membuktikan komitmen Jabatan Penjara Malaysia dalam menyediakan peluang pembangunan kemahiran dan potensi penghuni, khususnya dalam bidang seni dan kraf, selaras dengan usaha pemulihan serta reintegrasi ke dalam masyarakat.

Jangan lupa saksikan siaran langsung RTM sempena Hari Kebangsaan 2026 pada 31 Ogos 2026 (Isnin) dan sama-sama merasai kemeriahan sambutan hari bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia.



RTM - Radio Televisyen Malaysia
fans

Address

Tawau
91008

Telephone

+6089715862

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penjara Tawau Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share