Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah

Directions

Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah Laman rasmi Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah. Salam Perkenalan!

Selamat Hari Pos Sedunia9 Oktober 2026Terima kasih kepada seluruh warga perkhidmatan pos yang sentiasa menjadi penghubun...
09/10/2026

Selamat Hari Pos Sedunia
9 Oktober 2026

Terima kasih kepada seluruh warga perkhidmatan pos yang sentiasa menjadi penghubung antara manusia, komuniti dan dunia.

Daripada sepucuk surat, bungkusan hinggalah kiriman penuh makna, jasa anda terus menyampaikan berita, harapan dan kasih sayang ke destinasi.

Ikhlas daripada,
Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDewan Muslimat PAS Negeri Sabah merakamkan ucapan takziah atas pemergian seor...
08/10/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah merakamkan ucapan takziah atas pemergian seorang guru wanita yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Pamol, Sapi Nangoh, Beluran, hari ini, Khamis, 8 Oktober 2026.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, kemalangan melibatkan sebuah Toyota Hilux dan Perodua Aruz. Mangsa yang merupakan pemandu Perodua Aruz dilaporkan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia, manakala tiga pelajar yang bersamanya mengalami kecederaan dan dirawat di Klinik Kesihatan Nangoh.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampunkan segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan dan ketabahan, manakala para pelajar yang cedera dikurniakan kesembuhan yang baik.

Al-Fatihah.

Salam takziah daripada
Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَBerat hati menerima khabar pemergian tiga beradik dalam satu kemalangan di Po...
08/10/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Berat hati menerima khabar pemergian tiga beradik dalam satu kemalangan di Pontian, Johor, hari ini, 8 Oktober 2026, kira-kira jam 7.00 pagi, ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Nor Daniel Aiman bin Norizan
Nor Daniel Fikri bin Norizan
Puteri Naufa Raisya binti Norizan

Tiga anak, tiga amanah, pergi dalam satu waktu. Tiada kata yang mampu menggambarkan beratnya ujian buat seorang ibu dan ayah yang kehilangan anak-anak tercinta serentak.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka, menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mengurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan buat seluruh keluarga dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Al-Fatihah.

Salam takziah daripada
Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah

The Borneo Post, 7 Oktober 2026
07/10/2026

The Borneo Post, 7 Oktober 2026

“Keselamatan anak-anak merupakan amanah Allah SWT yang amat besar”.
06/10/2026

“Keselamatan anak-anak merupakan amanah Allah SWT yang amat besar”.



Selamat Menduduki Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4)🗓️ 6–8 Oktober 2026Semoga dipermudahkan segala urusan, diberi keten...
05/10/2026

Selamat Menduduki Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4)

🗓️ 6–8 Oktober 2026

Semoga dipermudahkan segala urusan, diberi ketenangan dan dikurniakan kejayaan yang terbaik buat semua calon.

Ikhlas daripada:
Biro Pendidikan DMPN Sabah

𝗕𝗶𝘁𝘁𝗮𝘂𝗳𝗶𝗾 𝗪𝗮𝗻𝗻𝗮𝗷𝗮𝗵, 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵𝘂 𝗬𝘂𝗳𝘁𝗮𝗵 ‘𝗔𝗹𝗮𝗶𝗸𝘂𝗺 𝗙𝗶𝗹 𝗜𝗺𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻بِالتَّوْفِيقِ وَالنَّجَاحِ، اللَّهُ يَفْتَحُ عَلَيْكُمْ فِي الْاِ...
05/10/2026

𝗕𝗶𝘁𝘁𝗮𝘂𝗳𝗶𝗾 𝗪𝗮𝗻𝗻𝗮𝗷𝗮𝗵, 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵𝘂 𝗬𝘂𝗳𝘁𝗮𝗵 ‘𝗔𝗹𝗮𝗶𝗸𝘂𝗺 𝗙𝗶𝗹 𝗜𝗺𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻

بِالتَّوْفِيقِ وَالنَّجَاحِ، اللَّهُ يَفْتَحُ عَلَيْكُمْ فِي الْاِمْتِحَانِ

Selamat Menduduki Peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) 2026 kepada semua calon pada 5–14 Oktober 2026.

Semoga dipermudahkan segala urusan, diberi ketenangan hati, kelapangan fikiran dan dikurniakan kejayaan yang terbaik.

Usaha, doa dan tawakal.

Ikhlas daripada,
Biro Pendidikan DMPN Sabah

Selamat Hari Guru Sedunia📅 5 Oktober 2026Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya Allah, para malaikat-Nya, penghuni langit...
05/10/2026

Selamat Hari Guru Sedunia

📅 5 Oktober 2026

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah, para malaikat-Nya, penghuni langit dan bumi, bahkan semut di dalam lubangnya serta ikan, semuanya berselawat ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia."

(Riwayat al-Tirmizi)

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala ilmu, bimbingan, kesabaran dan dedikasi dalam membentuk generasi masa depan.

Ikhlas daripada,
Biro Pendidikan DMPN Sabah

✨ Bittaufiq Wannajah, Allahu Yuftah 'Alaikum Fil Imtihan ✨بِالتَّوْفِيقِ وَالنَّجَاحِ، اللَّهُ يَفْتَحُ عَلَيْكُمْ فِي ا...
04/10/2026

✨ Bittaufiq Wannajah, Allahu Yuftah 'Alaikum Fil Imtihan ✨

بِالتَّوْفِيقِ وَالنَّجَاحِ، اللَّهُ يَفْتَحُ عَلَيْكُمْ فِي الْاِمْتِحَانِ

Selamat Menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Ugama (SRU) 2026 kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan pada 5 hingga 9 Oktober 2026.

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, kelapangan fikiran, kemudahan dalam menjawab setiap soalan serta kejayaan yang diberkati.

"Kemudian apabila engkau telah berazam (untuk membuat sesuatu), maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya."

(Surah Ali 'Imran: 159)

Usaha dengan bersungguh-sungguh, iringi dengan doa dan serahkan segala hasilnya kepada Allah SWT.

Ikhlas daripada:
Biro Pendidikan
Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah

04/10/2026

Wanita yang dekat dengan masyarakat, menyantuni tanpa henti.

Jom kenali beliau!

Address

Pejabat DMPNS
Tawau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share