16/10/2026
ππππππ ππππππππ πππππππ, ππ ππππππ ππππ ππππππ πππππ ππππππππ
TAWAU, 15 Okt β Seorang lelaki tempatan ditahan polis bagi membantu siasatan berkaitan kes curi buah kelapa sawit dalam kejadian di sebuah kawasan ladang di Kalabakan, semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Rosdi bin Mat Jusoh berkata, tangkapan dilakukan sepasukan anggota dari Balai Polis Kalabakan kira-kira jam 11 pagi.
Sementara itu, polis turut merampas sebanyak 65 buah tanda kelapa sawit serta sebuah kenderaan pacuan empat roda yang disyaki digunakan dalam kejadian tersebut.
Sebelum itu, satu laporan polis dibuat seorang lelaki yang bertugas sebagai Biro Keselamatan Ladang yang mendakwa telah melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda sedang berhenti di kawasan ladang dengan penuh muatan kira-kira jam 5.40 pagi.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki mendakwa telah diarahkan seseorang untuk mengambil buah sawit tersebut dengan memberi upah sebanyak RM350 pertan.
Susulan dari kejadian itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Kalabakan telah menahan semula seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun di hadapan Balai Polis Kalabakan.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Tambahnya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan jenayah. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil atau memindahkan hasil ladang tanpa kebenaran pemilik serta segera menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan.