Gagasan Rakyat Bahagian Sri Tanjong

Directions

Gagasan Rakyat Bahagian Sri Tanjong GAGASAN RAKYAT BAHAGIAN SRI TANJONG

31/08/2026
25/08/2026
24/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1448H/ 2026M

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan menyemarakkan rasa cinta kepada Baginda serta menghayati akhlak, sunnah dan ajaran yang dibawa sebagai panduan dalam kehidupan.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini terus menyuburkan nilai kasih sayang, perpaduan, ukhuwah dan keharmonian dalam kalangan masyarakat serta membawa keberkatan kepada seluruh umat Islam di Sabah.

โ€œMencintai Rasulullah SAW bukan sekadar pada kata kata, tetapi diterjemahkan melalui akhlak dan amalan dalam kehidupan.โ€



22/08/2026
17/08/2026

๐–๐š๐ง๐ข๐ญ๐š ๐†๐š๐ ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐๐š๐Ÿ๐ข ๐ƒ๐š๐ค๐ฐ๐š๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ ๐”๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐ƒ๐ž๐ฌ๐š๐ค ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐–๐š๐ง๐ข๐ญ๐š ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐๐ฎ๐ซ

Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menafikan dakwaan kononnya terdapat 20 usul daripada bahagian-bahagian parti yang mendesak Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Datuk Redonah Bahanda, supaya berundur daripada jawatannya.

Dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan tidak mencerminkan keadaan sebenar dalam kepimpinan Wanita Gagasan Rakyat.
Wanita Gagasan Rakyat juga difahamkan bahawa poster yang sedang disebarkan dengan menggunakan logo Sabah Info adalah palsu dan bukan bahan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, khususnya kandungan yang boleh menimbulkan kekeliruan serta mencetuskan persepsi tidak tepat terhadap organisasi dan kepimpinannya.

Hakikatnya, Wanita Gagasan Rakyat masih memerlukan kepimpinan Datuk Redonah Bahanda untuk meneruskan usaha memperkukuh organisasi, menjaga kesatuan dalam kalangan ahli serta melaksanakan agenda memperkasa wanita di peringkat akar umbi.

Perbezaan pandangan dalam mana-mana organisasi adalah perkara biasa, namun ia tidak sewajarnya dijadikan asas untuk mereka-reka cerita atau mewujudkan gambaran seolah-olah berlaku desakan besar-besaran terhadap kepimpinan.

Wanita Gagasan Rakyat kekal memberi tumpuan kepada perpaduan, kestabilan organisasi dan khidmat kepada rakyat, bukannya polemik yang bersandarkan maklumat tidak sahih.





31/08/2025

๐Œ๐š๐ซ๐ญ๐š๐›๐š๐ญ ๐˜๐š๐ง๐  ๐ƒ๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐ก๐š๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐๐ข๐ก๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ๐ข

Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah menegaskan kepentingan memelihara martabat Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah (TYT). Hantaran media sosial berunsur fitnah, palsu dan menghina institusi TYT adalah serius dan boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang.

Orang ramai diingatkan agar mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi serta menggunakan media sosial secara bertanggungjawab demi menjaga keharmonian dan menghormati institusi negeri.

Address

T2
Tawau
91000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gagasan Rakyat Bahagian Sri Tanjong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share