02/07/2026
27 Jun 2026, Sabtu: PERSIAP Tawau telah mengadakan Program Jom Sihat yang bertempat di Dewan Taman Ehsan, Penjara Tawau. Antara aktiviti-aktiviti yang menarik adalah Senamrobik yang diketuai oleh Zin/JMT/Coach Vina bersama dengan jurulatih dan instructor yang hebat serta ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Cawangan Tawau.
Sesi soal jawab dan pemeriksaan kesihatan turut dijalankan pada hari tersebut. Diharapkan agar program bermanfaat seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang untuk mengeratkan sillaturahim diantara semua anggota PERSIAP Tawau.