01/07/2026
𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐎𝐑𝐈𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐏𝐒𝐒𝐓𝐋𝐃𝐌 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟔
TAWAU, 29 Jun 2026 – Majlis Pembukaan Program Orientasi Pegawai dan Laskar Muda Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) Tawau Siri 1/2026 seramai 2x Pegawai Kadet dan 17x Laskar Muda PSSTLDM telah berjaya dilaksanakan di Auditorium KD SRI TAWAU.
Majlis pembukaan telah ini menghimpunkan Pegawai dan Laskar Muda yang akan mengikuti siri latihan serta pendedahan menyeluruh berkaitan organisasi, peranan, etika, disiplin ketenteraan, kepimpinan dan nilai-nilai teras TLDM. Program ini bertujuan memberikan kefahaman yang jelas mengenai tanggungjawab sebagai anggota PSSTLDM di samping memupuk semangat patriotisme, kerjasama berpasukan dan jati diri yang tinggi.
Sepanjang program orientasi, para peserta akan mengikuti pelbagai sesi taklimat, latihan serta aktiviti yang dirancang bagi meningkatkan pengetahuan dan kesiapsiagaan mereka sebelum menjalani latihan seterusnya.
Diharapkan program ini menjadi asas yang kukuh dalam melahirkan pegawai dan laskar muda PSSTLDM yang kompeten, berdisiplin serta sentiasa bersedia menyahut sebarang penugasan demi mempertahankan kedaulatan perairan negara.
Markas Pasukan Simpanan TLDM