SPRM Melaka

Call Directions Website Contact the organization

SPRM Melaka Sila hubungi SPRM Negeri Melaka sekiranya anda mempunyai maklumat berkaitan kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.

Pada masa yang sama, anda semua juga boleh menghubungi kami untuk program/aktiviti pendidikan anti rasuah.

AMANAH DALAM PERKHIDMATAN, INTEGRITI DALAM TINDAKAN!MELAKA, 17 September 2026 – Api boleh dipadamkan. Tetapi api rasuah ...
18/09/2026

AMANAH DALAM PERKHIDMATAN, INTEGRITI DALAM TINDAKAN!

MELAKA, 17 September 2026 – Api boleh dipadamkan. Tetapi api rasuah perlu dicegah sebelum membakar kepercayaan dan integriti sesebuah organisasi.

Dalam usaha memperkukuh kefahaman serta kesedaran warga perkhidmatan awam terhadap ancaman rasuah, SPRM Negeri Melaka terus memperluas jalinan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan melalui Program Ceramah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka.

Program ini memberi penekanan kepada pemahaman berkaitan rasuah dalam perkhidmatan, termasuk kepentingan menolak sebarang bentuk perlakuan yang boleh menjejaskan amanah, kredibiliti dan kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan awam.

Antara intipati eksklusif yang dikupas secara radikal termasuklah:

1. Sifar Toleransi Rasuah – Kupasan undang-undang di bawah Akta SPRM 2009 mengenai larangan menawarkan, menjanjikan, memberi, meminta, atau menerima sebarang bentuk suapan.

2. Polisi Pengurusan Hadiah – Peringatan tegas mengenai larangan menerima atau memberi hadiah yang boleh mewujudkan konflik kepentingan dalam urusan rasmi jabatan.

3. Kerahsiaan Data Kerajaan – Kesedaran tinggi buat pengguna perkhidmatan MyGovUC untuk sentiasa melindungi kerahsiaan maklumat Rahsia Rasmi Kerajaan.

Seperti anggota bomba yang sentiasa bersedia menghadapi ancaman demi keselamatan masyarakat, warga perkhidmatan awam juga perlu mempunyai keberanian untuk berkata TIDAK kepada rasuah, walaupun berdepan tekanan, peluang atau kepentingan tertentu.

Kerjasama antara SPRM Negeri Melaka dan JBPM Negeri Melaka ini menjadi salah satu platform penting dalam memperkukuh budaya integriti serta menyemai kesedaran bahawa membanteras rasuah merupakan tanggungjawab bersama.










Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 daripada kami di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka. Tangg...
15/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 daripada kami di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka.

Tanggal 16 September bukan sekadar cuti umum, tetapi merupakan detik bersejarah penyatuan tanah air kita. Kedaulatan dan keharmonian yang kita nikmati hari ini adalah amanah yang wajib kita pelihara.

Ayuh bersama Berani dan Radikal Perangi Rasuah demi masa depan negara yang lebih gemilang.










INTEGRITY TOWARDS SUSTAINABILITY – “MEMBINA RANTAIAN VENDOR YANG BERINTEGRITI, TELUS DAN LESTARIMELAKA, 09 September 202...
09/09/2026

INTEGRITY TOWARDS SUSTAINABILITY – “MEMBINA RANTAIAN VENDOR YANG BERINTEGRITI, TELUS DAN LESTARI

MELAKA, 09 September 2026 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka terus mengorak langkah strategik dalam memperkukuh benteng integriti sektor korporat melalui penglibatan eksklusif di program Vendor Connect 2026: Towards Sustainability (Zon Selatan) yang berlangsung berprestij di Holiday Inn Melaka.

Atas jemputan rasmi daripada FPM Academy of Management & Excellence (F.A.M.E.) dan Felda Plantation Management Sdn. Bhd. (FPMSB), SPRM Negeri Melaka melalui PKPs Sheikh Mohd Hilmi Bin Sheikh Abdul Halim, Cawangan Pendidikan Masyarakat (PenMas) menzahirkan komitmen padu SPRM dalam membina ekosistem perniagaan yang bersih dan telus.

Di pentas utama pagi tadi, telah disampaikan pengisian eksklusif yang membedah kepentingan tadbir urus terbaik, sekali gus memperkasakan para vendor dengan kefahaman meluas mengenai impak penolakan rasuah dalam kelestarian rantaian bekalan industri.

Selain perkongsian ilmu, turut membuka Pertanyaan Eksklusif sepanjang program berlangsung. Inisiatif ini memberi ruang dialog dua hala secara terus kepada para pengusaha korporat dan vendor untuk mendapatkan khidmat nasihat, panduan, serta pendedahan langsung mengenai budaya antirasuah.

Sinergi korporat mampan hanya akan tercapai apabila ketelusan dijadikan teras utama kerja. Syabas diucapkan kepada pihak penganjur dan seluruh syarikat vendor yang memberikan komitmen luar biasa dalam usaha bersamaa-sama memastikan rasuah terus ditolak untuk memastikan ekosistem perniagaan yang bersih dan telus.










PROGRAM KESEDARAN INTEGRITI KESEDARAN INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (KIAR) BAGI PELAJAR ADTEC JTM MELAKA KAMPUS BUKIT KATILME...
09/09/2026

PROGRAM KESEDARAN INTEGRITI KESEDARAN INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (KIAR) BAGI PELAJAR ADTEC JTM MELAKA KAMPUS BUKIT KATIL

MELAKA, 08 September 2026 — Usaha memperkukuh kefahaman mengenai integriti dan antirasuah dalam kalangan pelajar institusi pendidikan terus diperkasakan menerusi penglibatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka dalam Program Kesedaran Integriti dan Antirasuah (KIAR) Sesi 2 Tahun 2026 anjuran ADTEC JTM Kampus Bukit Katil.

Program tersebut menampilkan Ps Noor Haslinna binti Hafadz@Harun sebagai penceramah yang menyampaikan perkongsian berkaitan integriti, pencegahan rasuah serta kepentingan membudayakan nilai antirasuah dalam kalangan pelajar, khususnya sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Melalui sesi ceramah dan perkongsian yang disampaikan, para pelajar turut diberi penekanan mengenai tanggungjawab sebagai generasi muda dalam menolak sebarang bentuk perlakuan rasuah serta kepentingan membuat keputusan yang berintegriti apabila berhadapan dengan cabaran dan dilema etika di tempat kerja.

Pendedahan seumpama ini penting dalam membentuk jati diri pelajar yang berintegriti serta membudayakan sikap tolak rasuah sejak di bangku institusi pendidikan, sekali gus melahirkan bakal tenaga kerja yang amanah, bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran tinggi terhadap kepentingan integriti.

SPRM Negeri Melaka komited untuk terus memperluas program pendidikan masyarakat dan kesedaran antirasuah melalui kerjasama strategik bersama institusi pendidikan dan pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha membentuk generasi muda yang berintegriti serta memperkukuh budaya antirasuah dalam masyarakat.










PROGRAM PEMBUDAYAAN DAN PENGUKUHAN INTEGRITI SERTALAWATAN UNIT INTEGRITI, KEMENTERIAN KOMUNIKASI KE KOMPLEKS SPRM NEGERI...
07/09/2026

PROGRAM PEMBUDAYAAN DAN PENGUKUHAN INTEGRITI SERTA
LAWATAN UNIT INTEGRITI, KEMENTERIAN KOMUNIKASI KE KOMPLEKS SPRM NEGERI MELAKA

MELAKA, 07 September 2026 — Dalam usaha memperkukuh kefahaman serta membudayakan nilai integriti dalam perkhidmatan awam, SPRM Negeri Melaka hari ini menerima kunjungan Unit Integriti, Kementerian Komunikasi menerusi Program Pembudayaan dan Pengukuhan Integriti.

Program ini menjadi platform strategik untuk meningkatkan kesedaran kepada 30 peserta mengenai kesan dan akibat ketidakpatuhan terhadap undang-undang, khususnya yang berkaitan dengan rasuah, tatakelola dan amanah dalam perkhidmatan awam.

Melalui perkongsian dan interaksi bersama SPRM, peserta diberi ruang untuk memperkukuh pemahaman bahawa usaha membanteras rasuah bukan hanya tanggungjawab satu agensi, sebaliknya merupakan tanggungjawab bersama seluruh warga perkhidmatan awam.

Antara pengisian lawatan termasuk:
1. Taklimat fungsi dan peranan SPRM
2. Penerangan berkaitan kesalahan dan pencegahan rasuah
3. Perkongsian mengenai integriti dan kesedaran antirasuah dalam
kalangan peserta
4. Lawatan ke fasiliti dan ruang bersesuaian di SPRM Negeri
Melaka

Taklimat dan lawatan telah disampaikan oleh PKPs Sheikh Mohd Hilmi Bin Sheikh Abdul Halim dan KPKPs Mohd Sufian Bin Mohd Khalid dari Cawangan Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM Negeri Melaka.

SPRM Negeri Melaka terus komited memperluas jaringan kerjasama strategik bersama kementerian, jabatan dan agensi kerajaan dalam memperkasa pendidikan pencegahan rasuah serta pembudayaan integriti demi mewujudkan perkhidmatan awam yang lebih telus, berakauntabiliti dan berintegriti.










MEMPERKASA INTEGRITI, MEMANTAPKAN PENGURUSAN, MEMBASMI RASUAH BERSAMA SPRM NEGERI MELAKA & JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MEL...
01/09/2026

MEMPERKASA INTEGRITI, MEMANTAPKAN PENGURUSAN, MEMBASMI RASUAH BERSAMA SPRM NEGERI MELAKA & JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA TAHUN 2026

MELAKA, 01 September 2026 — Integriti dalam pendidikan bukan sekadar nilai — ia adalah benteng utama dalam memastikan setiap amanah diurus dengan telus, berakauntabiliti dan bebas daripada rasuah. Dalam usaha memperkukuh budaya integriti serta meningkatkan kefahaman berkaitan risiko rasuah dalam pengurusan pendidikan, SPRM Negeri Melaka bersama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka terus memperkasa warga pendidikan melalui program kolaborasi strategik ini.

Program yang melibatkan seramai 30 orang pentadbir sekolah ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan konsep kepimpinan berintegriti, pengukuhan tadbir urus organisasi serta pengurusan risiko rasuah dalam pentadbiran sekolah.

Sepanjang sesi perkongsian, peserta telah didedahkan dengan pelbagai isu dan risiko rasuah yang berpotensi berlaku dalam sektor pendidikan termasuk kesalahan meminta atau menerima rasuah, menawar atau memberi rasuah, tuntutan palsu, salah guna kuasa serta konflik kepentingan dalam pelaksanaan tugas rasmi. Turut dikongsikan adalah langkah-langkah pencegahan rasuah, amalan tadbir urus terbaik serta kepentingan pematuhan kepada peraturan dan prosedur bagi memastikan setiap keputusan dibuat secara telus, adil dan berakauntabiliti. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan, idea, atau pelan tindakan pencegahan rasuah berdasarkan situasi yang diberikan oleh fasilitator SPRM.

Interaksi dua hala ini menggalakkan perkongsian pengalaman sesama peserta dan Pegawai SPRM Melaka dalam mengendalikan isu pengurusan di premis masing-masing. Ceramah dan LDK ini dikendalikan oleh PKPs Muhamad Fadir Bin Abdullah dan KPKPs Mohd Sufian Bin Mohd Khalid.

Kerjasama strategik antara SPRM dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka ini menjadi platform penting dalam membina warga pendidikan yang bukan sahaja kompeten dalam tugas, malah berani mempertahankan integriti dan menolak sebarang bentuk rasuah.










SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69.Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita untuk membina Malaysia yang s...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita untuk membina Malaysia yang sejahtera, maju dan berintegriti.

Ayuh bersama Berani dan Radikal Perangi Rasuah demi masa depan negara yang lebih gemilang.





MEMPERKASA KEPIMPINAN BERINTEGRITI DAN TADBIR URUS UTAMA - LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (KETENGAH).MELAKA, 27 Ogos...
27/08/2026

MEMPERKASA KEPIMPINAN BERINTEGRITI DAN TADBIR URUS UTAMA - LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (KETENGAH).

MELAKA, 27 Ogos 2026 — Penyebaran nilai integriti, akauntabiliti, dan ketelusan kekal menjadi agenda utama dalam memacu kecemerlangan tadbir urus negara. Atas dasar komitmen ini, Institut Pengurusan dan Integriti Melaka (INSPIM) dengan kerjasama strategik Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan jayanya menganjurkan Program Pengukuhan Governans, Integriti Dan Antirasuah Bagi Ketua Jabatan & Kumpulan Pengurusan Dan Profesional yang berlangsung bermula 26 hingga 27 Ogos 2026.

Program berprestij selama dua hari ini menghimpunkan para peneraju, ketua jabatan, serta pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dari pelbagai agensi. Penganjuran ini memfokuskan kepada pemantapan pelaksanaan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE), di samping memperkasakan peranan kepimpinan sebagai benteng utama dalam membudayakan ekosistem kerja yang bebas rasuah dan beretika tinggi.

Program hari ini membawa dimensi pembelajaran luar bilik darjah yang cukup mendalam. Para peserta telah dibawa melawat ke Penjara Dusun Dato' Murad, Melaka untuk sesi pengkisahan dari tirai besi secara langsung yang mana SPRM Negeri Melaka yang diwakili Ps Muhammad Aiman Lingen Bin Abdullah selaku Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat mengupas mengenai Di Sebalik Siasatan: Kisah Benar Dari Fail SPRM bagi membongkar realiti kes jenayah kolar putih dan manipulasi kuasa.

Melalui pendedahan realistik dan perkongsian impak salah laku ini, adalah diharapkan agar setiap nakhoda organisasi pulang dengan tekad yang lebih utuh untuk mempertahankan nilai integriti, membina tadbir urus yang mampan, dan melestarikan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak KETENGAH, Jabatan Penjara Malaysia, serta seluruh urus setia dan peserta yang telah menjayakan program berimpak tinggi ini.










LAWATAN SAMBIL BELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU KE SPRM NEGERI MELAKA.MELAKA, 27 Ogos 2026 — Kunjungan Kolej Komuniti ...
27/08/2026

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU KE SPRM NEGERI MELAKA.

MELAKA, 27 Ogos 2026 — Kunjungan Kolej Komuniti Tangga Batu ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka menjadi wadah penting dalam menyemai dan memperkukuh budaya integriti serta kesedaran antirasuah dalam kalangan warga institusi pendidikan. Seramai 13 orang pelajar bersama 13 tenaga pengajar hadir dalam satu Lawatan Akademik hari ini.

Program ini menjadi platform interaksi dan perkongsian ilmu antara SPRM dengan golongan pelajar, khususnya dalam memahami fungsi dan peranan SPRM, kesalahan-kesalahan berkaitan rasuah serta kepentingan membudayakan nilai antirasuah dalam kehidupan seharian.

Antara pengisian lawatan termasuk:
🔹 Taklimat fungsi dan peranan SPRM
🔹 Penerangan berkaitan kesalahan dan pencegahan rasuah
🔹 Perkongsian mengenai integriti dan kesedaran antirasuah dalam kalangan pelajar
🔹 Lawatan ke fasiliti dan ruang bersesuaian di SPRM Negeri Melaka

Taklimat dan lawatan telah disampaikan oleh PKPs Mohd Zulhairni Bin Ibrahim dan PPs Azril Bin Ibrahim dari Cawangan Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM Negeri Melaka.

Melalui pendekatan pendidikan dan pencegahan seperti ini, SPRM Negeri Melaka terus komited memperkukuh kesedaran antirasuah dalam kalangan generasi muda agar mereka menjadi generasi yang berani menolak rasuah, menjunjung integriti dan bertanggungjawab dalam setiap tindakan.

SPRM Negeri Melaka turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kolej Komuniti Tangga Batu atas inisiatif murni ini. Melalui sinergi pendidikan seumpama ini, kita bukan sahaja melahirkan modal insan yang mahir di dalam industri, malah membentuk barisan kepimpinan masa depan yang berwibawa, berprinsip, dan sifar rasuah.










LAWATAN AKADEMIK KOLEJ KOMUNITI BUKIT BERUANG KE SPRM NEGERI MELAKA.MELAKA, 26 Ogos 2026 — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...
26/08/2026

LAWATAN AKADEMIK KOLEJ KOMUNITI BUKIT BERUANG KE SPRM NEGERI MELAKA.

MELAKA, 26 Ogos 2026 — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka hari ini menerima kunjungan 36 orang pelajar bersama 2 orang pensyarah/pengiring dari Kolej Komuniti Bukit Beruang dalam satu Lawatan Akademik yang memberi fokus kepada penghayatan nilai integriti serta kesedaran terhadap bahaya rasuah.

Program ini menjadi platform interaksi dan perkongsian ilmu antara SPRM dengan golongan pelajar, khususnya dalam memahami fungsi dan peranan SPRM, kesalahan-kesalahan berkaitan rasuah serta kepentingan membudayakan nilai antirasuah dalam kehidupan seharian.

Antara pengisian lawatan termasuk:
🔹 Taklimat fungsi dan peranan SPRM
🔹 Penerangan berkaitan kesalahan dan pencegahan rasuah
🔹 Perkongsian mengenai integriti dan kesedaran antirasuah dalam
kalangan pelajar
🔹 Lawatan ke fasiliti dan ruang bersesuaian di SPRM Negeri Melaka

Taklimat dan lawatan telah disampaikan oleh PKPs Sheikh Mohd Hilmi Bin Sheikh Abdul Halim dan PKPs Muhamad Fadir Bin Abdullah dari Cawangan Pendidikan Masyarakat (PenMAs) SPRM Negeri Melaka.

Melalui pendekatan pendidikan dan pencegahan seperti ini, SPRM Negeri Melaka terus komited memperkukuh kesedaran antirasuah dalam kalangan generasi muda agar mereka menjadi generasi yang berani menolak rasuah, menjunjung integriti dan bertanggungjawab dalam setiap tindakan.

SPRM Negeri Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kolej Komuniti Bukit Beruang atas inisiatif murni ini. Melalui sinergi pendidikan seumpama ini, kita bukan sahaja melahirkan modal insan yang mahir di dalam industri, malah membentuk barisan kepimpinan masa depan yang berwibawa, berprinsip, dan sifar rasuah.










Address

Jalan Alai Perdana 16, Crystal Bay
Telok Mas
75460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SPRM Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SPRM Melaka:

Shortcuts

Share