Polis Daerah Hilir Perak

Call Directions

Polis Daerah Hilir Perak IPD Hilir Perak IPD Hilir Perak merangkumi lapan (8) buah balai polis :

1. Balai Polis Teluk Intan : 05-6299192
2. Balai Polis Hutan Melintang : 05-6411222
3.

Balai Polis Rungkup : 05-6489222
4. Balai Polis Bagan Datuk : 05-6466222
5. Balai Polis Langkap : 05-6591222
6. Balai Polis Chui Chak : 05-6592222
7. Balai Polis Labu Kubong : 05-6512222
8. Balai Polis Ulu Bernam : 05-6366222

06/11/2026

DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah serta selamat menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Ta...
06/11/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah serta selamat menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Tahun 2026 kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku, mengurniakan kesihatan yang baik serta sentiasa melimpahkan rahmat dan keberkatan ke atas pemerintahan Tuanku.

Menjunjung kasih Tuanku.

Sembah takzim daripada:

ACP Chua Kok Lian Ketua Polis Daerah Hilir Perak

Serta seluruh warga kerja IPD Hilir Perak.

06/11/2026

ZIARAH KEBAJIKAN DAN UCAPAN TAKZIAHKetua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Chua Kok Lian bersama barisan pegawai dan anggota...
05/11/2026

ZIARAH KEBAJIKAN DAN UCAPAN TAKZIAH

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Chua Kok Lian bersama barisan pegawai dan anggota IPD Hilir Perak telah menziarahi ASP Mohd Faissol bin Rahim, Ketua Bahagian Logistik dan Teknologi IPD Hilir Perak, susulan pemergian Allahyarham bapanya, Allahyarham Hj. Rahim bin Asman pada 4 November 2026.

Dalam kunjungan tersebut, Ketua Polis Daerah turut menyampaikan sumbangan serta ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Seluruh warga IPD Hilir Perak merakamkan ucapan takziah dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Al-Fatihah.

05/11/2026

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH HILIR PERAK: KES BUNUH DI TAMAN BANJAR JAYA, TELUK INTANIPD Hilir Perak mengesahkan s...
04/11/2026

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH HILIR PERAK: KES BUNUH DI TAMAN BANJAR JAYA, TELUK INTAN

IPD Hilir Perak mengesahkan satu kejadian bunuh melibatkan seorang lelaki yang dipercayai ditetak menggunakan senjata tajam di hadapan sebuah kedai di sekitar Teluk Intan pada 3 November 2026, kira-kira jam 3.53 petang.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai diserang oleh tiga lelaki yang tidak dikenali. Seorang wanita tempatan berusia 27 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini supaya menghubungi IPD Hilir Perak di talian 05-629 9222 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan.

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA.




SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN PROFESIONAL YDH ACP CHUA KOK LIANSeti...
03/11/2026

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN PROFESIONAL YDH ACP CHUA KOK LIAN

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YDH ACP CHUA KOK LIAN, Ketua Polis Daerah Hilir Perak atas penganugerahan Program Diploma Kemahiran Malaysia Pengurusan Operasi Bahagian (Kepolisan) Tahap 4.

Pengiktirafan ini bersempena Majlis Pengiktirafan Kecemerlangan Akademik dan Profesional PDRM Tahun 2026.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin kecemerlangan dalam kerjaya serta perkhidmatan kepada masyarakat.

Syabas dan tahniah! 🎉

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Kerja Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak.

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH HILIR PERAK: KEMALANGAN MAUT MELIBATKAN MOTOSIKAL DAN LORI DI JALAN TELUK INTAN-BIDORPol...
03/11/2026

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH HILIR PERAK: KEMALANGAN MAUT MELIBATKAN MOTOSIKAL DAN LORI DI JALAN TELUK INTAN-BIDOR

Polis mengesahkan satu kemalangan maut melibatkan sebuah motosikal dan lori di Kilometer 19, Jalan Teluk Intan-Bidor pada 2 November 2026.

Kejadian mengakibatkan seorang penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pembonceng dilaporkan melarikan diri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Muhammad Syamil bin Abd Manan di talian 05-6299056 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Address

Teluk Anson

Telephone

+6056233969

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Hilir Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services