02/10/2026
BENGKEL KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF PERINGKAT HOSPITAL KLUSTER PERAK SELATAN 2026
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Kump**an Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Hospital Kluster Perak Selatan 2026 pada 30 September hingga 1 Oktober 2026 bertempat di Dewan Jauhari, Hospital Teluk Intan.
Majlis telah dirasmikan dengan jayanya oleh YBrs. Pengarah Hospital Teluk Intan, Dr. Nordin Bin Nasir. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan, En Muhammad Fauzee bin Jasini dan Puan Shuhaila binti Mohd Radzi, atas perkongsian ilmu serta bimbingan yang sangat bernilai sepanjang dua hari bengkel ini berlangsung.
Semoga segala ilmu dan cetusan idea inovasi yang diperoleh dapat diaplikasikan demi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan yang berimpak tinggi kepada masyarakat!