JKR Hilir Perak

Call Directions Website

JKR Hilir Perak Pejabat Jurutera Daerah
Jabatan Kerja Raya Daerah Hilir Perak
Jalan Mustaffa Al-Bakri, 36000 Teluk Intan
Tel:05-6221166/1167
Faks:05-6214590

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,1 Oktober 2026 l JKR Daerah Hilir PerakSatu Sesi Libat Urus (SLU) bersama YBhg. Datuk ...
01/10/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

1 Oktober 2026 l JKR Daerah Hilir Perak

Satu Sesi Libat Urus (SLU) bersama YBhg. Datuk Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah diadakan bersama pasukan JKR Daerah Hilir Perak dengan kehadiran wakil Head of Project Team (HOPT), JKR Malaysia serta wakil kontraktor.

Sesi ini turut disusuli dengan lawatan ke tapak projek bagi meninjau perkembangan semasa serta memantau kemajuan pelaksanaan projek agar segala kerja dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan tempoh yang ditetapkan.

Projek ini merupakan antara usaha penting dalam memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana serta menyediakan kemudahan perlindungan yang lebih selamat, selesai dan kondusif kepada masyarakat setempat.

Kemudahan yang dibangunkan ini diharapkan bukan sahaja dapat memenuhi keperluan rakyat ketika berlakunya bencana, malah menjadi satu bentuk kesiapsiagaan dan perlindungan jangka panjang demi kesejahteraan serta keselamatan komuniti setempat.

JKR terus komited memastikan setiap projek yang dilaksanakan memberi nilai dan manfaat yang bermakna kepada rakyat.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya (Public Works Department)
Jabatan Kerja Raya Negeri Perak




Assalamualaikum & Salam SejahteraSyukur Alhamdulillah, telah selesai sesi Pengauditan Pensijilan Ekosistem Kondusif Sekt...
01/10/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Syukur Alhamdulillah, telah selesai sesi Pengauditan Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) diketuai oleh Ir. Ts Mohd Fadzil bin Mohamed Ramlee, Jurutera Elektrik Kanan daripada Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) JKR Malaysia yang berlangsung pada 29 September hingga 1 Oktober 2026.

Pengauditan ini merupakan kemuncak kepada usaha yang telah dimulakan sejak setahun yang lalu

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja yang telah memberikan komitmen jitu demi memastikan persekitaran kerja yang kondusif ini terus diamalkan di JKR Hilir Perak. Terima kasih diucapkan kepada barisan auditor di atas segala perkongsian yang membina.

Semoga usaha ini membuahkan hasil yang cemerlang! 🌟

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Perak






🚨 RALAT PADA HARGA INDIKATIFNO. SEBUTHARGA: JKR.HIP.SH.BGN 47/2026Dimaklumkan bahawa terdapat RALAT pada Harga Indikatif...
30/09/2026

🚨 RALAT PADA HARGA INDIKATIF
NO. SEBUTHARGA: JKR.HIP.SH.BGN 47/2026

Dimaklumkan bahawa terdapat RALAT pada Harga Indikatif bagi sebut harga berikut:

📌 KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN PREMIX SEDIA ADA SERTA KERJA-KERJA LAIN YANG BERKAITAN DI SMK SUNGAI MANIK, DAERAH HILIR PERAK, PERAK DARUL RIDZUAN.

Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan diminta untuk menyemak semula e-mel yang telah dihantar dan memuat turun Borang Sebut Harga yang terkini.

Mohon pihak tuan/puan mengambil perhatian terhadap pembetulan tersebut bagi memastikan penggunaan dokumen sebut harga yang terkini.

Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.






Assalammualaikum & Selamat SejahteraMakluman mengenai kerja-kerja menurap semula permukaan jalan di Laluan FT070 (Jalan ...
30/09/2026

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Makluman mengenai kerja-kerja menurap semula permukaan jalan di Laluan FT070 (Jalan Kampar-Changkat Jong) Seksyen 19.50 hingga 20.00 (Berhampiran papan tanda sempadan daerah) akan dilaksanakan pada :-

Tarikh Mula : 30.9.2026 (Rabu)
Tarikh Siap : 9.10.2026 (Jumaat)

Waktu Kerja : 10.00 pagi hingga 6.00 petang

Pengguna dinasihatkan untuk berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut dan mematuhi arahan papan tanda yang disediakan.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Perak






Assalamualaikum & Salam Sejahteraإِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَJKR Daerah Hilir Perak merakamkan ucapan ta...
28/09/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
JKR Daerah Hilir Perak merakamkan ucapan takziah buat YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Perak






PERHIMPUNAN PAGI BIL. 3/202624 September 2026 | JKR Daerah Hilir PerakWarga JKR Daerah Hilir Perak terus memperkukuh bud...
24/09/2026

PERHIMPUNAN PAGI BIL. 3/2026

24 September 2026 | JKR Daerah Hilir Perak

Warga JKR Daerah Hilir Perak terus memperkukuh budaya kerja yang bukan sahaja berteraskan penyampaian perkhidmatan, malah turut menitikberatkan kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan warga kerja.

Perhimpunan Pagi Bil. 3/2026 diteruskan dengan Taklimat Kesihatan Pergigian dan Program Derma Darah JKR Hilir Perak Tahun 2026 sebagai usaha menyemai kesedaran kesihatan serta semangat keprihatinan dan kesukarelawanan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para doktor serta petugas Unit Transfusi Darah, Hospital Teluk Intan dan Klinik Pergigian Teluk Intan atas kerjasama dan khidmat yang diberikan.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi kesejahteraan warga kerja dan manfaat bersama.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Perak






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.📅 17 September 2026 — JKR Daerah Hilir Perak telah menerima Kunjungan Naziran Pematu...
17/09/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

📅 17 September 2026 — JKR Daerah Hilir Perak telah menerima Kunjungan Naziran Pematuhan Perakaunan Akuan bagi Komponen Belanja, Aset dan Hasil daripada Pejabat Kewangan Negeri Perak (PKN) yang diketuai oleh Encik Hafiz Hasbullah bin Ismail, Ketua Unit Akaun.

Naziran yang dilaksanakan setiap tahun ini merupakan satu langkah penting dalam memastikan pengurusan kewangan, aset dan hasil sentiasa dilaksanakan dengan teratur, cekap dan berintegriti. Ia juga menjadi ruang untuk menilai tahap pematuhan serta mengenal pasti aspek yang boleh dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

👏 Syabas kepada seluruh warga kerja JKR Daerah Hilir Perak, khususnya Unit Kewangan, atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan naziran kali ini.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Perak






🚧 NOTIS  SEBUT HARGA JKR HILIR PERAKKontraktor G1 CIDB Kategori Pengkhususan B04 & B24 & CE01 & CE21JKR.HIP.SH.BGN 46/20...
17/09/2026

🚧 NOTIS SEBUT HARGA JKR HILIR PERAK
Kontraktor G1 CIDB Kategori Pengkhususan B04 & B24 & CE01 & CE21

JKR.HIP.SH.BGN 46/2026
KERJA-KERJA PENYENGGARAAN PEJABAT DAN KEDIAMAN ORANG BESAR JAJAHAN (OBJ) SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DENGANNYA DI
DAERAH HILIR PERAK, PERAK DARUL RIDZUAN.

JKR.HIP.SH.BGN 47/2026
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN PREMIX SEDIA ADA SERTA KERJAKERJA LAIN YANG BERKAITAN DI SMK SUNGAI MANIK,
DAERAH HILIR PERAK, PERAK DARUL RIDZUAN.

✅ Lawatan tapak TIDAK DIWAJIBKAN
✅ Projek JKR Hilir Perak
✅ Kategori: B & CE
📅 Tutup Sebut Harga: 02/10/2026 (12.00 tengah hari)
📍 Pastikan sijil CIDB, SSM, STB & SPKK & SIJIL TCC masih sah.

👉 Klik BERMINAT di pautan S3PK :

JKR.HIP.SH.BGN 46/2026
https://s3pk.perak.gov.my/IklanDetails.aspx?refNo=PRO260915111152076

JKR.HIP.SH.BGN 47/2026
https://s3pk.perak.gov.my/IklanDetails.aspx?refNo=PRO260915130952135

bermula dari tarikh 21/09/2026 bermula jam 08:00 pagi sehingga 23/09/2026 jam 05:00 petang.
📞 Pertanyaan: 05-6221166

➡️Rujuk gambar untuk maklumat selanjutnya :

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Perak






Assalamualaikum & Salam SejahteraSELAMAT HARI MALAYSIA  🇲🇾Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.16 September 2026 - S...
15/09/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

SELAMAT HARI MALAYSIA 🇲🇾
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.

16 September 2026 - Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.
Semoga semangat perpaduan terus kukuh, bersama-sama melangkah demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Perak






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera100 Hari Kepimpinan. 100 Hari Memacu Penyampaian15 September 2026 - Warga JKR Hilir P...
15/09/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

100 Hari Kepimpinan. 100 Hari Memacu Penyampaian

15 September 2026 - Warga JKR Hilir Perak sama-sama memberikan sokongan padu dengan menonton Siaran Langsung Audio Siar 100 Hari Kepimpinan YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR).

Kami cukup terinspirasi dengan amanat utama yang ditekankan oleh YBhg. Dato’ iaitu “DELIVERY IS OUR PRIORITY”.

Pendekatan berani serta penerapan formula 4K (Keep People Informed, Involved, Interested & Inspired) menjadi kompas utama kami untuk memastikan setiap tugasan dilaksanakan dengan kualiti terbaik.

Tanpa mengira gred jawatan, seluruh warga JKR Hilir Perak komited sepenuhnya untuk menterjemahkan amanat ini demi memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada rakyat!.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Perak






Address

Pejabat Jurutera Daerah, JKR Hilir Perak, Jalan Mustafa Al-Bakri
Teluk Intan
36000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Hilir Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share