Nazari Sabran Team

Directions

Nazari Sabran Team Update terkini aktiviti melibatkan Hj Mohd Nazari Sabran & Team

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2026! Selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2026, khususnya anak-anak Sungai Manik....
26/10/2026

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2026!

Selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2026, khususnya anak-anak Sungai Manik.

Teruskan berusaha, yakin dengan kemampuan diri dan jangan lupa berdoa. Semoga segala urusan dipermudahkan dan kejayaan menjadi milik kalian.

Doa kami sentiasa mengiringi perjuangan anda. ❤️

Ikhlas daripada,
Mohd Nazari Bin Sabran

16/10/2026

TARIK SAMPAI JUARA!
TEAM NST MEMANG PADU! 🏆 💪

Bukan calang-calang tenaga, bukan biasa-biasa semangat! Tahniah buat Pasukan Tarik Tali NST yang berjaya dinobatkan sebagai JOHAN sempena Hari Sukan Negara Peringkat Hilir Perak 2026! 🥇👏

Kejayaan diraikan, penat lelah dihargai! ❤️

Hj Nazari berkesempatan meraikan para juara dalam satu makan malam santai sambil menyampaikan sedikit imbuhan sebagai tanda penghargaan atas usaha dan semangat juang mereka.

Bagi Hj Nazari, anak muda yang aktif dalam sukan wajar terus diberi galakan dan sokongan. Bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi membina semangat berpasukan, disiplin dan kebersamaan.

Tahniah sekali lagi Team NST!
Lepas ni kita tarik lagi sampai juara! 💪🔥

Peduli Dari Hati ❤️

12/10/2026

SEKELIP MATA, TEMPAT BERTEDUH MUSNAH DIJILAT API.

Duka yang menimpa sebuah keluarga di Parit 2A, Sungai Manik apabila kediaman mereka musnah dalam kejadian kebakaran baru-baru ini.

Tuan Hj Mohd Nazari Sabran menzahirkan rasa dukacita dan simpati atas musibah yang menimpa keluarga ini.

Prihatin dengan nasib 8 sekeluarga yang kehilangan tempat berteduh, Hj Nazari mengambil tindakan segera dengan mencarikan sebuah rumah sementara bagi memastikan mereka mempunyai tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat.

Semoga sedikit usaha ini dapat meringankan beban keluarga berkenaan sementara mereka berusaha membina semula kehidupan selepas musibah yang menimpa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hilir Perak, Penghulu, Pengerusi JPKK, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), pihak Polis dan RELA atas kerjasama, keprihatinan serta bantuan yang diberikan dalam menguruskan kebajikan keluarga yang terjejas.

Semoga seluruh ahli keluarga terus diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan. Sesungguhnya, setiap ujian pasti ada hikmah di sebaliknya 🤲

Peduli Dari Hati ❤️

12/10/2026

TAHNIAH ANAK MUDA SUNGAI MANIK!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada saudara Mohamad Firdaus Saidi, anak jati Chenderong Balai, Sungai Manik atas pencapaian yang membanggakan!

Kejayaan anak muda tempatan seperti ini bukan sahaja menjadi kebanggaan keluarga, malah turut mengharumkan nama Sungai Manik.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat dan inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk terus berusaha, mengembangkan bakat serta mencipta kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Nazari Sabran Team (NST) akan terus memberikan sokongan dan dorongan kepada belia Sungai Manik untuk melangkah lebih jauh.

Anak Sungai Manik, Kebanggaan Kita!

Peduli Dari Hati ❤️

06/10/2026

BERSAMA MEMPERKASA INSTITUSI KARIAH

Alhamdulillah, Hj Nazari berkesempatan hadir ke Program Bengkel Jawatankuasa Kariah Mukim Sungai Manik & Sungai Durian, di samping turut memberikan sedikit sumbangan bagi menjayakan program ini.

Bengkel seperti ini menjadi ruang yang baik untuk memperkukuhkan pengurusan kariah, bertukar pandangan serta mengeratkan kerjasama dalam memastikan masjid dan surau terus memainkan peranan penting dalam masyarakat.

Terima kasih kepada seluruh Jawatankuasa Kariah Mukim Sungai Manik & Sungai Durian atas komitmen dan usaha yang diberikan dalam mengimarahkan institusi masjid serta menjaga kebajikan komuniti setempat.

Semoga segala ilmu, usaha dan perancangan daripada bengkel ini memberi manfaat kepada seluruh kariah dan menjadi amal jariah buat semua yang terlibat. 🤲

Peduli Dari Hati. ❤️

LEBIH 95 RUMAH TERJEJAS BANJIR KILAT DI ATTADURI & LANGKAPHujan lebat yang berterusan menyebabkan beberapa kawasan di At...
05/10/2026

LEBIH 95 RUMAH TERJEJAS BANJIR KILAT DI ATTADURI & LANGKAP

Hujan lebat yang berterusan menyebabkan beberapa kawasan di Attaduri dan Langkap dilanda banjir kilat, melibatkan lebih 95 buah rumah yang terjejas.

Hj Nazari bersama Team NST turun ke kawasan terlibat bagi melihat sendiri keadaan penduduk, bertanya khabar serta menyampaikan bantuan kepada keluarga yang terkesan.

Bukan mudah apabila rumah dimasuki air dan rutin seharian terganggu dalam sekelip mata. Semoga semua keluarga yang diuji diberikan kekuatan dan ketabahan, serta dipermudahkan segala urusan. 🤲

Terima kasih juga kepada semua pihak dan penduduk setempat yang bersama-sama berganding bahu membantu mereka yang memerlukan.

Susah senang, kita hadapi bersama.
Peduli Dari Hati ❤️

04/10/2026

MAT MOTOR X SUKAN RAKYAT | PART 2 🇲🇾

Sambungan kemeriahan Hari Malaysia! Ride, sukan, gelak tawa & moment bersama komuniti Sungai Manik.

Semangat tetap sama, kenangan makin bertambah!

Peduli Dari Hati ❤️


Address

Parit 13B Sungai Manik
Teluk Intan
36000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nazari Sabran Team posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share